perfect...liar

1K 65 9
                                        

Ji Hyo keluar dari keretanya yang diparkir dalam garaj kereta.  Dia keluar pada awal pagi lagi kerana dia  perlu membeli keperluan untuk house warming party. Pada awalnya dia mahu pergi dengan Sehun namun suaminya awal awal lagi mempunyai urusan di pejabatnya.

Ji Hyo memikul bag kertas yang berisi sayuran dan juga daging. Dengan langkah yang berhati hati dia membuka pintu rumahnya. Mak dan ayahnya sudah sampai dirumah Ji Hyo tengah hari tadi.

Ji Hyo mengerutkan dahinya apabila melihat keadaan rumah yang gelap gelita. Dia membuka suis lampu namun lampu tidak menyala dan  tidak berfungsi.

" Sehun? Mak, ayah? Kenapa gelap ni? Korang ada kat mana? Jihun sayang kamu ada kat mana?" ji hyo menuju ke dapur. Namun kelibat ahli keluarganya langsung tiada. Ji Hyo menjadi cemas.

Tap

Tap

Tap

Bunyi titisan air menjadi kuat akibat suasana yang sunyi mencengkam banglo tersebut. Ji hyo melihat pintu bilik tamu yang sedikit terbuka. Ji Hyo memberanikan diri untuk masuk kedalam bilik tersebut.

Tap

Tap

Dia merasakan titisan air diatas kepalanya serta lantai yang terasa melekit dan basah. Seingat dia semasa dia dan Sehun membeli banglo tersebut mereja dimaklumkan bahawa tiada sebarang kebocoran pada syiling dan juga mana mana tempat. Keadaan bilik yang gelap menyukarkan penglihatan Ji Hyo. Ji Hyo meraba raba dinding untuk membuka suis lampu bilik tersebut.

Klik


Pandangan Hyo silau sekejap. Dia menenyeh matanya berkali kali. Pandangannya dialihkan disyiling bilik tersebut.








"Ayah" Ji Hyo jatuh terjelepuk diatas lantai.

Dia menekup kepalanya cuba menidakkan kebenaran. Di atas syiling ayah digantung secara terbalik dengan kawat besi. Badannya dijahit dan bekas torehan senjata tajam jelas kelihatan dibadannya. Luka yang mengeluarkan darah mengalir perlahan lahan.

Tap

Tap

Tap

Darah mengalir lesu...

Ji Hyo menangis. Dia mengelengkan kepalanya berulang kali. Ayahnya mati secara tragis. Dibunuh kejam. Dia menunduk menangis teresak esak. Dia kemudian bangun.

" mak! Jihun! Sehun? Apa yang berlaku? Mana korang!!" Ji Hyo melangkah laju mencari kelibat ahli keluarganya yang lain. Ji Hyo memberhentikan langkahnya apabila melihat darah diatas lantai. Darah tersebut kelihatan seperti  seseorang yang sedang luka diseret disepanjang lantai. Ji Hyo yang tersedu menangis mengikut bekas seretan darah tersebut.

Darah tersebut membawa dia ke dalam bilik air. Ji hyo terpaku dihadapan pintu bilik air tersebut. Dia menguak pintu tersebut. Air mata nya mengalir laju. Mak  dia yang berada dalam bath tub yang dipenuhi  air yang bercampur darahnya sndiri. Terdapat lubang besar didadanya. Menandakan dibuka dan jantungnya dikorek keluar. Lidah maknya terjulur keluar serta mata yang terbeliak. Ji Hyo menghampiri maknya dan menutup mata maknya.

Dia terpandang pada  cermin dihadapannya. Dadanya berdegup kencang  apabila melihat kelibat seseorang didalam cermin. Serentak dari itu dia mendengar tangisan anaknya Jihun. Bunyi tersebut kedengaran dari bilik atas. Ji Hyo berlari menaiki tangganya. Apa apa pun dia mesti selamatkan nyawa anaknya.

Ji Hyo membuka pintu biliknya laju. Namun dia terlambat. Anak nya terbaring kaku didalam baby coat kerana kepalanya ditekup dengan plastik. Ji Hyo menangis kuat. Dia mengendong Ji Hun.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jan 05, 2018 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

[C] My Naive BoyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang