change up

944 99 27
                                        

Ji Hyo mengelus perutnya perlahan lahan. Seboleh bolehnya senyuman yang sedari tadi cuba disembunyikan tidak terkeluar. Dia menjeling sedikit orang yang berada disebelahnya. Seorang lelaki yang dari tadi memandu kereta pacuan empat roda dengan tenang.

" Kenapa tenung aku macam tu? Ada jerawat ke baru tumbuh kat muka aku?" Lelaki tersebut bersuara menyebabkan muka Ji Hyo merona. Dia malu tertangkap melihat wajah lelaki tersebut. Sehun.

" Tiada apa apa Sorry." Ji Hyo menunduk.  Dia bimbang kalau Sehun akan marah kepadanya namun Sehun hanya diam dan fokus pada pemanduannya.

Akhirnya mereka sudah sampai ke tempat yang dituju. Seoul Hospital. Ji Hyo membuka pintu kereta. Dia cuba keluar dari kereta tersebut. Namun tidak berjaya kerana perutnya yang berasa sedikit senak.

Sehun yang melihat keadaan itu terus membuka tali pinggang keselamatan yang dari tadi melilit tubuhnya dan keluar dari kereta untuk membantu Ji Hyo. Dia memapah Ji Hyo keluar dari kereta dan terus membawanya masuk kedalam hospital.
Mereka akhirnya masuk kedalam ruangan bilik doktor selepas membuat beberapa pengesahan di kaunter. Itu pun Sehun yang uruskan semuanya. Ji Hyo sedikit terharu apabila melihat Sehun yang sedikit berubah. Dia harapkan Sehun akan dapat menerimanya kembali dan menerima bayi mereka kelak.

" So kandungan Puan Oh dah masuk bulan yang ke 7 ya. Kandungan Puan sihat tiada apa apa komplikasi dan kalau tak ada aral Puan akan melahirkan seorang bayi yang sihat dan sempurna. Saya syorkan Puan agar terus makan makanan yang berkhasiat dan jauhkan dari minuman beralkohol dan makanan yang tidak bergizi. Nanti saya akan bagi preskripsi ubat kepada puan. Sekarang ni ada sebarang masalah dengan kandungan Puan?" Doktor yang bertag Dr Kang tersenyum memandang Ji Hyo.

" Sekarang okay. Tiada rasa apa apa masalah. Cuma saya lebih kerap buang air kecil waktu malam. Tu normal ke doktor?" Ji Hyo memegang perutnya. Sehun yang berada disebelahnya hanya mendengar perbualan Ji hyo dan doktor tersebut.

" Itu normal. Jadi puan kena minum air yang secukupnya. Puan taknak scan bayi puan untuk tahu jantina bayi puan?" Dr Kang bertanya selepas dia menulis sesuatu di bukunya.

" Tak mengapa. Biarlah surprise. Kan Sehun?" Ji Hyo mengerling kearah Sehun dan tersenyum.

" Hah? Ya. Tak payah la scan biar jadi rahsia. " Sehun membalas pendek.

" Baiklah kalau macam tu. Okay ni preskripsi ubat. Encik boleh ambil kat kaunter farmasi dan selesaikan bil disana. " Dr Kang menyerahkan sekeping kertas.

" Terima kasih doc." Sehun mencapai kertas tersebut dan memimpin Ji hyo keluar dari bilik tersebut.

Setelah selesai mengambil ubat mereka keluar dari hospital tersebut. Sehun memandu keretanya dengan kelajuan sederhana. Ji Hyo diam namun dia kadang kadang mengerling kearah Sehun. Sehun yang menangkap aksi Ji Hyo akhirnya bersuara.

" Kenapa? Kau ada apa apa nak cakap dengan aku?" Sehun bertanya.

" Tak ada. Tapi boleh tak awak berhenti kat gerai buah hujung sana. Saya teringin nak makan buah." Ji Hyo mengetap bibirnya. Dia bimbang Sehun marah kerana mengarahnya.

" Okay. "Sehun membalas pendek. Dia membelokkan keretanya dan berhenti di satu gerai buah.

" Kau nak buah apa? Biar aku yang belikan. " Sehun membuka tali pinggang keselamatannya.

" Sa...sa..saya nak makan buah nenas." Ji Hyo menunding tangannya kearah buah nanas yang dipotong kecil kecil.

" Buah nenas? Big no! Kau tak tau ke makan buah nanas boleh menyebabkan keguguran? Tak boleh. Kau cakap saja nak buah apa asalkan jangan buah nenas." Sehun memberi kata putus.

" Tapi saya nak makan. Ada mak cik cakap perempuan mengandung boleh makan buah nenas kalau kandungannya berusia 4 bulan keatas." Ji Hyo bersuara takut takut.

" Tapi kalau jadi apa apa komplikasi macam mana? Tak payah la. Dengar cakap aku Ji Hyo. Aku taknak kau dan baby kita jadi apa apa. Aku beli buah epal okay?" Sehun cuba memujuk.

" Baiklah." Ji hyo mengangguk. Sehun tersenyum segarit. Dia mengusutkan rambut Ji Hyo dan keluar dari keretanya untuk membeli buah epal.

"Tadi dia cakap baby kita. Dia dah dapat terima baby ni ke ? Kalau betul terima kasih Tuhan. Aku rasa sangat gembira. Semoga Sehun dapat terima aku kembali dalam hidupnya." Ji Hyo berdoa.

Tak lama selepas itu Sehun kembali dengan satu plastik yang penuh dengan epal. Dia menghulurkan plastik tersebut kepada Ji Hyo.

" Nah. Dah ada yang dipotong kecil kecil. Makanlah." Sehun menghidupkan keretanya dan terus memandu pulang ke rumah..

" Terima kasih Sehun." Ji Hyo tersenyum.

" Hurmm. " sehun hanya mengguman.

Sampainya mereka dirumah, Sehun lekas lekas membuka pintu keretanya dan  membantu Ji Hyo keluar dari kereta tersebut. Ji Hyo berjalan agak lambat kerana perutnya yang semakin membesar. Sehun yang melihat keadaan tersebut tidak dapat menahan lagi.

" Arghh!" Ji hyo terjerit kecil.











Dia menekup mukanya malu kerana Sehun mengangkatnya ala bridal. Sehun hanya membuat muka beku sambil mengangkat Ji Hyo. Tangan Ji Hyo dilingkarkan pada leher suaminya sementara wajahnya disorokkan didada bidang Sehun yang dilapisi kemeja merah.

" Kau ni rupanya berat juga kan?" Sehun mengusik.

" Yahh Oh Sehun!" Ji Hyo menjerit. Namun Sehun hanya diam dan membawa Ji Hyo masuk.



WELL NAMPAKNYA MEREKA SEDIKIT BAHAGIA. NAK TAMBAHKAN DERITA OR NOT?😊

[C] My Naive BoyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang