Ji Hyo yang sedang duduk menonton tv begitu asyik makan aiskrim yang dibeli Sehun. Dia menyedok aiskrim tersebut dengan sangat gembira. Sudah lama dia mahu makan aiskrim green mint yang ditabur dengan coklat serta hirisan epal hijau.
Akhirnya Sehun mahu membelikannya setelah Ji Hyo berjanji makan dengan jumlah yang sedikit. Akhirnya habis satu mangkuk aiskrim tersebut. Ji Hyo bangun untuk membasuh bekas tersebut. Dengan langkah yang sedikit payah kerana kandungannya sudah mencapai 9 bulan 4 hari Ji hyo menuju ke dapur.
Prang
Namun entah macam mana Ji Hyo terlepas mangkuk tersebut menyebabkan mangkuk tersebut jatuh terhempas diatas lantai. Ji Hyo mengurut dadanya kerana terkejut. Dia membongkok mengutip kaca yang yang bertaburan diatas lantai.
Terdapat kesan aiskrim terpalit diatas lantai. Ini membuatkan Ji Hyo sedikit risau. Dia risau jika Sehun memarahinya kerana membuat kotor. Dia lantas menuju ke dapur dan mengambil mop lantai dan juga baldi. Dia segera membersihkan lantai tersebut. Lantai tersebut agak licin kerana sabun yang diletakkan Ji hyo.
Semasa dia sedang sibuk mengemop lantai dia tidak perasan yang dia terpijak lantai yang agak licin menyebabkan dia tergelincir. Dia tidak dapat mengawal badannya menyebabkan badannya melayang. Ji hyo memejamkan matanya. Menghadapi segala kemungkinan.
Namun dia hairan apabila badannya tidak menyentuh lantai. Perlahan lahan Ji hyo membuka matanya. Matanya membulat apabila melihat suaminya, Oh Sehun yang sedang memeluk erat badannya.
Oh Sehun segera membetulkan badannya dan mengcempung Ji hyo kearah sofa. Ji Hyo yang masih tergaman hanya diam.
" Kau dah kenapa? Dah tahu badan sarat kenapa buat kerja lagi? Kalau jadi apa apa dekat kau tadi apa yang aku nak jawab dengan keluarga kau?" Sehun mengurut kaki Ji hyo.
" Sa. Saya tak sengaja terjatuhkan mangkuk. Sebab tu saya mop lantai." Ji Hyo menunduk.
" Kenapa tak panggil aku? Kalau jadi apa apa aku tak akan maafkan diri aku sendiri. Dah sekarang rehat. Kau nak apa apa panggil aku. Faham?" Sehun ingin bangun namun tiba tiba Ji Hyo menarik rambutnya kuat.
Arghhhh
Ji hyo merentap rambut Sehun kasar. Sehun cuba meleraikan tangan Ji Hyo namun gagal. Malahan kedua dua tangan ji Hyo mengenggam kuat rambut Sehun dan dia menjerit kuat
" Kau dah kenapa? Lepas la weh. Kalau geram pun tak payah la tarik rambut aku." Sehun meringis kesakitan
" Baby!! Baby nak keluar. Arghhhhggg!!" Ji hyo terus menjerit kuat.
" What? Baby nak keluar?? Jap cakap kat dia tunggu dulu. Jangan keluar lagi. Jom pergi pasaraya.. ehh no kita pergi hospital." Sehun mencempung tubuh Ji Hyo dan menuju ke keretanya. Dia memandu dengan kelajuan sederhana.
" Sehun ahh. Cepat!! Sakit ni. Arghhh aduhhh." Ji Hyo memegang perutnya. Sehun yang panik cuba bertenang
" Tarik nafas. Hembus. Tarik. Hembus." Sehun terus memandu keretanya membelah jalan raya. Dia cuba fokus sepenuhnya walaupun dia bimbang dengan keadaan Ji hyo.
Akhirnya mereka sampai di hospital. Sehun terus mengangkat Ji hyo dan menjerit meminta bantuan. Nurse yang berada disitu lantas memberi bantuan. Ji Hyo diletakkan dalam stretcher.
Stretcher ditolak ke bilik bersalin. Sehun mengikut dan memegang tangan Ji Hyo. Peluh Ji Hyo sehingga ke dahinya. Sehun mengelap peluh tersebut.
" Sabar Hyo. Saya tahu awak boleh. Jangan lemah semangat." Sehun memberi kata semangat.
" Sehunnie. Saya arghh na..nak minta maaf untuk segala galanya. Tolong maafkan kesilapan saya masa dulu, sekarang dan akan datang. Saya betul betul bersalah atas apa.."Belum sempat Ji Hyo menyambung ayatnya Sehun terus menutup mulut Ji hyo.
" Sshuhh. Saya dah maafkan segala galanya. Sekarang ni fokus pada kandungan awak dan juga awak sendiri. Saya sayangkan awak." Sehun mencium ubun ubun Ji Hyo.
Ji Hyo akhirnya dibawa masuk kedalam bilik bersalin. Sehun disuruh untuk menunggu diluar. Sehun menanti dengan penuh debaran. Tidak lama itu ibu dan ayah Ji Hyo datang. Mereka lantas menuju kearah Sehun.
" Sehun. Macam mana dengan Ji Hyo?" Tanya ibu Ji Hyo panik.
" Saya tidak tahu. Ji Hyo baru saja dimasukkan dalam wad. Kita doakan yang terbaik untuk Hyo." Sehun memegang tangan ibu Ji hyo.
" Sama sama kita doakan yang terbaik untuk anak dan cucu kita chagi." Ayah Ji Hyo menenangkan isterinya.
Tidak lama selepas itu doktor keluar. sehun dan ibu ayah Ji hyo meluru kearah doktor tersebut.
" Doktor macam mana dengan isteri saya?" Sehun bertanya dengan tidak sabar.
" Tahniah anda mendapat bayi perempuan. Cukup sifat dan sihat. Nanti anda boleh melawat anak dan ibu. Saya minta diri dulu." Doktor yang bertag Kim Ara berlalu.
" Syukur anak dan cucu kita selamat." Ayah Ji hyo tersenyum dan memeluk isterinya yang menangis terharu.
" Anak kita dah bagi kita cucu yeobo. Saya tak sabar nak tengok cucu kita." Mak Ji Hyo tersenyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] My Naive Boy
FanfictionDia sangkakan bahawa dia wanita paling bijak. Bijak menakluk si lelaki yang naif dan kacak. Bijak mengatur strategi yang licik agar lelaki tersebut jatuh dalam genggamannya. Agar malam dan siang lelaki itu hanya ingat sentuhannya. Belaiannya, suara...