pain,regret,sad

850 89 18
                                        

Ji Hyo membuka matanya. Dia melirik disebelah kanannya. Susuk seorang namja yang tampan sedang tertidur disampingnya. Tangan namja itu melilit pada perut rampingnya. Ji Hyo mengalih tangan tersebut. Dia bangun  dan berjalan dengan langkah yang pincang.

" Kau  nak pergi mana?" Namja itu bersuara.

" Saya nak ke tandas, Sehun." Ji Hyo menunduk memandang lantai.

" Hurmm. Siapkan sarapan. Aku nak makan. " Sehun menutup matanya dan kembali tertidur. Ji Hyo mengetap bibirnya. Dia meneruskan langkahnya ke tandas.

Di dalam tandas, Ji Hyo melihat pantulan tubuhnya pada cermin. Dia mengeluh. Perlahan lahan dia mengusap mukanya. Mukanya yang lebam serta terdapat kesan lebam di beberapa anggota tubuh yang lain. Itu semua dibuat oleh suaminya sendiri, Oh Sehun.

Namun Ji Hyo tidak marah. Dia tidak membantah. Dia tidak pernah merungut.  Kerana dia layak mendapat balasan  atas apa yang dia buat pada masa dulu. Sekarang dia telah mendapat balasannya satu persatu.

Sudah 3 bulan Ji hyo hidup dalam neraka ciptaan Sehun. Sehun melarang Ji Hyo sama sekali untuk keluar bersosial, ji Hyo juga berhenti kerja di syarikat ayahnya serta merta atas arahan Sehun dan juga hubungan Ji Hyo dengan dunia luar terputus.

Pada keluarga dan kawannya, Ji Hyo memberikan alasan bahawa dia mahu menumpukan perhatian terhadap Sehun. Kononnya mahu memulihkan ingatan Sehun padahal Sehun yang mendera Ji Hyo sewenang wenangnya.

Ji Hyo didera fizikal dan mental. Setiap hari Sehun akan memukul Ji Hyo jika melakukan kesalahan walaupun kesalahan tersebut hanya kecil. Dan kadang kadang Ji Hyo terpaksa melayan nafsu Sehun. Ji Hyo terpaksa. Kalau tak nyawa keluarganya akan terancam. Namun dalam terpaksa Ji hyo relakan kerana dia sangat cintakan suaminya Oh Sehun.

Skip

Ji Hyo sedang menyusun makanan diatas meja. Sehun melangkah menghampiri meja makan tersebut. Ji Hyo segera melayan Sehun. Sehun diam memakan makanan yang dimasak Ji hyo.

Ji Hyo terasa mual di tekaknya. Namun dia cuba menahan. Namun rasa mual tersebut makin terasa sehinggalah Ji Hyo tidak dapat menahannya. Ji hyo berlari ke bilik air dan muntah. 

Selesai membasuh mukanya, ji hyo keluar dari bilik air. Dia terkejut apabila melihat Sehun yang bersandar didinding.

" Kau mengandung?" Tanya Sehun dingin.

" Sa..sa..saya tak tahu." Ji Hyo membalas ketakutan. Sehun pun berlalu pergi. Ji hyo jatuh diatas lantai.

" Macam mana kalau aku mengandung. Apa yang aku nak buat?" Ji Hyo memegang perutnya yang kempis.

Ji Hyo kemudian keluar dan mengemas meja makan. Dia mula melakukan tugas hariannya. Semua itu atas arahan Sehun juga. Ingkar? Sehun akan menghukumnya.

Pernah sekali apabila botol kicap jatuh diatas lantai, sos kicap tersebut tidak hilang walaupun Ji hyo membersihkannya berkali kali. Kerana takut dimarahi Sehun, Ji hyo menukar kedudukan karpet untuk melindungi kesan tersebut.

Dan Sehun mengejutnya dari tidur pada jam 3 pagi . Melemparkan kertas pasir dimuka dan  menyuruhnya menghilangkan kesan tersebut. Selagi tidak hilang selagi tu la Ji Hyo tidak dapat tidur.

Ji hyo menggesekkan kertas pasir tersebut diatas lantai.  Berulang kali sehingga tangannya lenguh. Namun begitu kotoran tersebut tidak hilang. Waktu subuh barulah dia boleh berehat itu pun setelah dimaki oleh sehun. Menjadi isteri yang dibenci menyebabkan Ji Hyo merubah dia menjadi matang dan penyabar.

Dia sayangkan Sehun. Kerana itulah dia sanggup melakukan apa saja.

Debumm

Ji hyo mendengar pintu dihempas. Muncul Sehun dihadapannya. Ji Hyo menundukkan kepalanya. Sehun menyerahkan satu bungkusan kepadanya.

" Pergi. Aku nak tahu keputusannya." Sehun bersuara.

"A..Apa ni?" Ji Hyo bertanya.

" Preganancy test. Cepat la! Terhegeh hegeh!"  Sehun mengherdik kuat.

Ji Hyo berlalu ke dalam tandas. Dia membuka bungkusan tersebut.

" Apa pun yang akan terjadi lepas ni. Aku mesti kuat!" Ji Hyo tersenyum nipis.

Selepas 20 minit, Ji Hyo keluar. Sehun yang bermain dengan telefonnya memandang Ji hyo tajam.

" Apa keputusannya?" Tanya Sehun.

"Positif. Sa...saya ha..hamil.." Ji Hyo menunduk.

Sehun bangun. Dia keluar dari bilik dan menghempaskan pintu dengan kuat. Tak lama selepas itu deruman enjin kereta kedengaran. Ji hyo jatuh.

" Ottokae?"  Ji Hyo menangis.

[C] My Naive BoyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang