Sreshhhh sresshhhhh
Sresssshhhhh slesshhhhhhh
Bunyi seperti benda tajam diasah kedengaran dalam sebuah bilik. Seolah olah diasah untuk menjadi sangat tajam untuk digunakan sebagai alat memburu mangsa.
Seorang yeoja, terikat diatas katil. Tangan dan kaki nya yang terikat dengan kuat dan utuh sehingga menyebabkan pergelangan tangan dan kaki membiru.
Dia tidak sedarkan diri. Mungkin sudah pengsan selama sehari semalaman. Tak sedar akan nasib yang akan mengubahnya setelah dia membuka mata. Nasib yang buruk akibat perbuatan dia sendiri di masa lalu. Masa tak boleh diundur walau sebanyak mana penyesalan kau katakan, walau sebanyak mana wang yang kau berikan, masa tak akan terundur kembali.
Ironinya, dia tak tahu dia melakukan perbuatan tersebut boleh menyebabkan nasib dia telah berubah sejak dari peristiwa itu.
Tak faham???
Tanya lah ustaz😊
Sresshhh sresss
Bunyi tersebut masih kedengaran. Sehingga mengejutkan yeoja tersebut. Yeoja yang bernama Song Ji Hyo.
Ji Hyo membuka matanya namun keadaan persekitaran masih lagi gelap gelita. Dia tak tahu apa yang terjadi. Dia cuba mengerakkan tangan dan kakinya namun gagal. Ji Hyo mula panik. Dia bersuara namun yang keluar dari mulutnya adalah suara yang tidak jelas. Kerana terlebih dahulu mulutnya ditekup oleh seseorang.
Sringggggg
Bunyi benda tajam yang seolah olah diseret dilantai jelas kedengaran menyebabkan Ji hyo bertambah takut. Dia meronta dengan lebih kuat namun hampa. Ikatan yang kuat menyebabkan usahanya gagal malah dia semakin sakit akibat tali yang semakin menjerut tangan dan kakinya apabila digerakkan.
Pletak
Bunyi benda tajam itu dihentak diatas lantai menimbulkan bunyi yang kuat. Peluh menitis di dahi Ji Hyo. Sesungguhnya dia takut akan nasib dirinya. Dalam hati dia berdoa semoga Sehun cepat cepat balik ke Villa dan menolongnya.
Malangnya doa dia tidak termakbul..
Rambutnya Ji Hyo dielus lembut oleh seseorang. Ji Hyo cuba melarikan kepalanya namun gagal apabila seseorang itu menarik kepalanya kuat sebelum dihempas kuat dikepala katil. Ji Hyo meringis kesakitan.
Orang tersebut mengangkat benda tajam itu dan dibawa ke seluruh badan Ji Hyo. Menyentuh kulit lengan, pipi dan kaki Ji hyo tapi tidak menekannya. Kalau ditekan sedikit pasti akan menyebabkan luka kerana ketajaman setelah diasah tadi.
Ji Hyo mula menangis. Dia takut. Dia merintih apabila benda tajam itu dilarikan pada wajahnya. Dia tak tahu tu apa tapi yang dia tahu benda tersebut mampu melukakannya. Orang tersebut kemudian mengait satu persatu butang baju Ji Hyo menyebabkan butang tersebut tercabut. Namun hanya butang tiga diatas. Yang lain dia masih biarkan.
Orang tersebut mendekati Ji Hyo. Mencium aroma badan Ji Hyo yang memabukkannya. Ji Hyo menangis apabila maruahnya seolah dipijak oleh orang asing tersebut. Orang tersebut kemudian mendekatkan wajahnya pada leher Ji Hyo. Dan menggigit sedikit leher Ji hyo.
Hmpphh!! .
Ji Hyo menjerit. Namun jeritannya tersekat. Dia merasakan bahawa tangan orang tersebut berada dikepalanya dan mencabut kasar penutup matanya.
Mata Ji Hyo terkebil kebil menerima cahaya. Matanya agak silau setelah menerima cahaya. Setelah beberapa saat dia dapat melihat dengan jelas. Dan benda pertama yang dia lihat ialah
Sekujur tubuh yang memakai pakaian serba hitam. Lengkap dengan hoodie dan topeng Joker. Dan benda yang paling menakutkan Ji Hyo ialah ditangan orang tersebut terdapat sebilah pedang panjang persis milik seorang yakuza terhunus tepat dibadannya. Orang tersebut kemudian membuka ikatan di mulut Ji hyo.
" K..kau siapa? Apa kau nak dari aku?" Tanya Ji Hyo. Namun orang tersebut hanya diam. Dia meletakkan pedang miliknya dan mencapai kayu golf yang terletak di hujung bilik.
Dia hayun ke kiri dan kanan menyebabkan bunyi libasan kedengaran dan ianya merupakan bunyi yang mengerikan Ji hyo.
" To..to..tolong lepaskan aku. Apa salah aku?" Ji Hyo menangis. Orang tersebut menghentikan aksinya. Dia mengangkat kayu golt tersebut tinggi melepasi kepala Ji Hyo dan
Zzap zzap zzap
Arghhhhhhhhh
Jeritan Ji hyo kuat kedengaran apabila orang tersebut memukul kaki Ji Hyo dengan menggunakan kayu golf tersebut. Dia terus memukul kaki Ji Hyo berulang kali. Ji Hyo mrnjerit kuat kerana kesakitan namun orang tersebut yang tidak mempunyai sifat keperimanusiaan tidak menghentikan perbuatan sadisnya.
" Jebal...sa..sakit..tolong jangan pukul aku. Apa sa..salah... ak...aku?? " Ji Hyo menangis.
Orang tersebut melemparkan kayu golfnya. Dia kemudian membuka ikatan ditangan dan kaki Ji Hyo. Ji Hyo terus memeluk kakinya yang sakit. Air mata mengalir di pipi mulusnya. Orang tersebut memanjat katil tersebut. Ji Hyo cuba mengengsot namun gagal apabila orang itu memegang kakinya dan menekan kuat. Orang tersebut menindih Ji hyo dan mendekatkan mulutnya pada telinga Ji Hyo.
" Dalam 15 saat. Aku bagi kau masa untuk keluar dari villa ni. Kalau kau tak dapat keluar. Kau tawanan aku SELAMA LAMANYA." Orang tersebut memberi arahan. Suaranya yang garau seperti robot menggerunkan Ji Hyo.
" Satu saat..."
Masa bermula. Ji Hyo lantas bangun. Namun dia jatuh apabila kakinya terasa sakit. Orang tersebut duduk sambil melihat aksi Ji Hyo. Ji hyo terkial kial bangun. Dia kemudian berjalan terhincut hincut mencari jalan keluar.
Dan
Kita berehat dahulu. Kita jumpa selepas yini. Tereretttt terettttt

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] My Naive Boy
FanfictionDia sangkakan bahawa dia wanita paling bijak. Bijak menakluk si lelaki yang naif dan kacak. Bijak mengatur strategi yang licik agar lelaki tersebut jatuh dalam genggamannya. Agar malam dan siang lelaki itu hanya ingat sentuhannya. Belaiannya, suara...