Flashback
Sehun baru balik dari kelab malam. Dia masuk kedalam rumah. Dia mengerutkan dahi apabila dia tidak nampak kelibat Ji Hyo. Dia terus mencari Ji hyo namun gagal.
Sehun akhirnya masuk kedalam bilik Ji hyo. Bilik yang malap akibat lampu ditutup menyebabkan pergerakan Sehun terbatas. Dia membuka lampu bilik tersebut. Semasa dia berpaling kearah tingkap, matanya terbuntang. Dia kemudian jatuh terjelepuk.
Apabila melihat Ji hyo dengan mata yang terpejam. Dengan darah yang membasahi lengan dan lantai. Terdapat pisau lipat ditangannya. Pisau yang digunakan untuk memotong nadi pergelangan tangannya.
" Ji Hyoooooooo!!"
End flashback.
Sehun bangun dari mimpi yang mengerikan. Dia mengelap peluh yang membasahi mukanya. Dia lantas bangun dan membuka pintu biliknya. Dengan langkah yang laju dia menuju ke bilik Ji Hyo. Dia membuka pintu bilik Ji Hyo kasar.
Dia menarik nafas lega apabila melihat Song JiHyo yang lena diatas katilnya. Tiada luka dan tiada darah.
Sehun menuju ke katil Ji Hyo. Dia memanjat perlahan diatas katil. Menarik selimut yang dipakai Ji Hyo dan masuk kedalam selimut tersebut. Sehun mendekatkan dirinya pada Ji Hyo dan memeluk tubuh isterinya dari belakang.
Sehun mencium dahi Ji Hyo perlahan. Namun menyebabkan lena Ji Hyo terganggu. Ji Hyo mencelikkan matanya. Dia pelik apabila merasakan badannya dipeluk seseorang. Namun apabila dia menangkap bauan yang begitu biasa dia bau, Ji Hyo hanya diam.
Namun kemudian bersuara memecah kebisuan.
Cuba untuk faham situasi yang berlaku." Kenapa Oh Sehun? Awak tak sihat? Nak saya reneh sup untuk awak?" Tanya Ji Hyo prihatin.
" Tidak. Biarkan keadaan begini. Tidurlah. Aku tak akan buat apa apa kat kau." Sehun memeluk tubuh Ji hyo kejap. Seolah olah tidak mahu Ji Hyo pergi darinya.
Ji Hyo diam. Dia cuba untuk berfikiran positif. Akhirnya dia semakin mengantuk. Dia akhirnya tertidur dalam pelukan seorang suami yang telah lama dirindukan.
Malam itu pertama kalinya Ji Hyo dapat tidur dengan kehangatan tubuh suaminya dan Sehun pada malam itu buat kali pertamanya dapat merasakan tendangan bayi didalam perut isterinya.
Dia merasakan bahagia.
Bahagia yang dulunya terpadam akibat dendamnya.
Skip
Ji Hyo mencelikkan matanya. Dia melihat di sisinya. Dia hampa apabila tidak melihat orang yang dia cintai.
" Mungkin semalam hanya mimpi. Sedarlah Ji Hyo. Oh sehun dah benci dekat kau. Kau dah bunuh keluarganya. Kau kena sedar tu Song Ji Hyo! " Ji Hyo mengeluh. Dia dengan langkah yang perlahan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Perutnya yang semakin besar menyebabkan pergerakannya agak terbatas.
Ji Hyo memakai baju mengandung yang dibelinya tempoh hari. Baju tersebut yang berwarna merah jambu dengan hiasan bunga dafodil kuning menyerlahkan kejelitaan JiHyo. walaupun Ji Hyo berbadan dua, kecantikannya tidak luntur malahan semakin hari semakin cantik.
Hanya Sehun sahaja yang bodoh tidak mengenal yang mana permata yang mata kaca.
Ji Hyo turun kedapur untuk memasak sarapan pada pagi itu. Namun semasa dia berada di hadapan pintu, dia dapat menangkap bauan yang sangat enak. Dia memberanikan diri untuk masuk kedapur.
Dia terperanjat apabila melihat suaminya yang sedang memakai apron pink berambu miliknya mengacau sesuatu di dalam periuk. Sehun yang perasan akan kehadiran Ji Hyo meletakkan sudip ditepi. Dia memandang Ji Hyo.
" Duduk. Aku ada masak untuk kau. Nanti aku hidang." Sehun mengambil mangkuk dan menceduk sup ayam dan meletakkannya diatas meja makan. Ji Hyo perlahan lahan duduk. Jujur dia terkejut dengan perubahan Sehun.
Sehun menghidangkan semua hidangan diatas meja. Dia kemudian duduk dan mula makan. Dia memandang ji Hyo yang masih melihatnya.
" Tunggu apa lagi? Makan la. Aku tak letak racun pun." Sehun terus makan dengan laju. Ji Hyo mengambil penyepit dan mula makan.
" Hari ni kau pergi medical check up kan? Aku hantar. Alang alang aku nak pergi jumpa client." Sehun bercakap namun matanya menghadap makanan.
" Nde." Ji Hyo tersenyum kecil. Sedikit bahagia.
Mungkin ada sedikit sinar bahagia akan muncul dalam hidup mereka.Itu yang dia harapkan setiap malam. Sehun mampu memaafkannya dan menerimanya kembali.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] My Naive Boy
FanfictionDia sangkakan bahawa dia wanita paling bijak. Bijak menakluk si lelaki yang naif dan kacak. Bijak mengatur strategi yang licik agar lelaki tersebut jatuh dalam genggamannya. Agar malam dan siang lelaki itu hanya ingat sentuhannya. Belaiannya, suara...