"Qisya, hanis! Tunggu la. Kenapa korang jalan cepat sangat ni?", tegur aku pada kawan rapat aku sejak sekolah menengah. Tapi mereka masih berjalan dengan laju tanpa pusing kearah aku.
"Weyh korang.", akhirnya mereka berhenti di meja makan. Aku tersenyum kearah mereka.
"Kau nak apa? Blah la.", kata hanis. Hati aku rasa macam dihiris.
"Entah. Menyibuk! Entah-entah boyfriend kitorang pun kau nak rampas. Lepas tu nak bunuh diri bagai. Drama gila kau ni.", sampuk qisya pula.
"Sekejap! Apa yang korang cakap ni? Aku tak faham. Weyh, bagi la tahu aku. Apa semua ni? Kenapa semua nak jauhkan diri dari aku? Mana wana? Azrin? Mana yang lain?", kerusi aku tarik kearah meja. Aku betul-betul nak jawapan.
"Menyibuk sia kau ni! Aku cakap blah kan? Kau tahu tak sebab kau lah kakak kau jatuh bangunan sekali?! Kalau nak bunuh diri, bunuh diri sorang-sorang la! Memang patut pun kau dapat balasan setimpal macam ni.", balas qisya. Aku terdiam.
Mereka berdua bangun. Kerusi aku ditendang. "Sepatutnya buta je. Eh tak! Mati lagi bagus. Tak layak la nak berkawan dengan kitorang!", kerusi aku ditendang lagi oleh hanis.
"Korang! Apa ni?", semua orang di kantin memandang aku dengan sinis. Aku ke yang terjun bangunan? Aku ke yang buat semua ni terjadi? Tapi kenapa aku terjun? Kenapa aku tuduh kak mairah punca aku jatuh masa aku sedar hari tu? Ya Allah, apa yang aku dah buat sebenarnya?
Kepala aku jadi serabut. Aku menarik penutup kepala (hoodie) kemuka. Kepala aku mula pening untuk ingat balik semua yang berlaku. Aku buat keputusan untuk pergi ke taman bunga. Kepala aku diurut ditengah-tengah pokok-pokok bunga yang tumbuh tinggi diparas bahu . Pening!
Mata aku dibuka. Setiap bunga disekeliling aku dipandang redup. Air mata aku dah tak tertahan. Sekarang ni semua benda aku cuba untuk terima. Ni salah aku.
Aku memandang ke belakang. Aku sesat macam dalam the maze runner. Aku tak nampak jalan keluar dari timbunan bunga yang tumbuh terus dari tanah. Mana patut aku pergi sekarang. Kepala aku yang pening jadi semakin pening.
Slipp! Kaki aku terpijak lumpur.
"Urghh!", serentak kepala aku terhentak ketanah. Pandangan aku terus kabur.
*****
"Kau ok tak ni? Bangun lah.", mata aku berat untuk dibuka. Aku malas nak tengok sesiapa.Muka aku ditampar lembut dengan tangan yang kasar dan besar. Tangan lelaki ke?! Mata aku terus terbuka.
Senior tadi! Aku cuba bangun dari pangkuan dia. Tapi tulang belakang dan belakang lutut aku sakit membuatkan aku terbaring semula. "Ergghh! Ufgghh!", aku tak mampu cakap selain dari menahan sakit.
"Sekejap. Jangan gerak. Aku rasa kau tak boleh bangun lagi ni.", telefon bimbitnya dikeluarkan dan mendail nombor seseorang.
"Aku dah call pensyarah. Kena tunggu lagi 15 minit." Katanya sambil tersengih yang disorok. Tak guna!
Series la? Tak kan aku nak baring atas kaki dia lama-lama. Aduh!
"Kau buat apa dalam pokok yang semak tu?",
"Kau ikut aku ke?", soal aku pula.
"Tolonglah jangan perasan sangat. Aku ni kursus sains tau. Hari ni jadual aku untuk periksa kesihatan pokok. Tahu-tahu kau pula sakit kat dalam semak. Nasib aku datang, kalau orang lain, Dorang biarkan je kau dekat situ.", tangannya diletak kebelakang kepalanya.
"Ok thank you", aku cuba untuk rendah diri.
"No. No need to be thanks.",
"Pfftttt", terus meletus ketawanya. Alahaii lama lagi ke? Tak tahan dah aku layan mamat belagak ni.
*****
"Luka di belakang lutut cik tengku terbuka semula. Itu saja ya puan", aku memandang kearah doktor tadi dengan geram."Cuba doktor cek lagi sekali. Saya tergelincir dekat taman je tadi. Tak kan dah koyak? Macam mana nak pergi kolej ni?", protes ku.
"Zafa, doktor dah cakap kaki zafa koyak kan? Janganlah melawan", pujuk bonda. Aku rasa macam nak menangis. Kenapa satu persatu datang ni? Selimut aku tarik menutup muka. Bonda hanya mampu mengeluh perlahan. Babah yang baru sampai terus menarik bonda keluar dari bilik wad.
Malam ni tak ada sesiapa teman aku dekat wad. What should i do? Dah la wad ni duduk sorang-sorang. Sungguh tak bergaul. Nanti aku juga yang sunyi. Haihh. Bonda dengan babah ada kerja. Mairah dengan abang? Jangan harap.
'Kreekkk' aku memandang ke arah pintu yang terbuka. Tak ada sesiapa. Ok, yang ni tak lawak. Tolong jangan kacau aku malam-malam macam ni. Kaca mata aku dipegang kuat takut tertanggal. Cuma dengan kaca mata je aku dapat elak dari nampak benda tu.
"Kau percaya ke?", bisik suara perempuan ditelinga kiri aku."Bukan salah kau la.", sambungnya ditelinga kanan pula. Aku menutup kedua-dua belah telinga.
Telefon bimbit aku dicapai. Surah-surah dalam telefon aku dimainkan. Ya, masalah perempuan. Mana boleh baca dan pegang al-quran. Suara tadi dah lenyap. Aku membaringkan badan semula.
Nafas lega dihembus. Mata aku dibuka dengan perlahan dan tenang. "Ahhhhhhhhh!!!", muka makhluk yang tak bermata dan meleleh ulat dari matanya tiba-tiba muncul depan muka aku. Lampu wad aku pula terpadam sedangkan aku hanya tutup mata dalam masa 5 saat. Aku mula meracau untuk halau benda tu pergi. Aku geli dengan mata dan ulat yang meleleh.
"Cik! Cik! Sabar-sabar. Tarik nafas cik. Saya ada dekat sini. Sabar cik.", nurse yang bertugas cuba mengawal keadaan aku. Tapi aku masih meracau. Benda tu betul-betul berada disebelah nurse dan hampir menjilat nurse tersebut.
"Blah! Pergi jauh-jauh laaaa!! Ahhhhhh! Blah! Blah! Be... belaahh. Huh huh.", aku disuntik ubat tidur oleh doktor yang muncul entah dari mana.
*****
Humairah POV"Asal dengan adik kau semalam?" ,
"aku dengar adik kau tidur atas kaki senior master tengah hari semalam. Apasal?",
"Apa siot masalah adik kau? Tak cukup ke nak rampas kau punya? Mahu mengamuk si diva kolej ni. senior tu dah la dia punya.", seorang demi seorang mengadu perkara yang hampir sama. Apa yang aku boleh jawap cuma zafa jatuh dekat taman dan kaki dia koyak. Kali ni aku jujur no more lies. Kau gila nak fitnah pasal dia dengan senior tu. Senior tu dah la strict.
Alamak senior tu pandang aku dari tadi. Apa yang dia nak?! Ish!
Fuhh nasib baik irfan datang. Kalau tak mampus aku dekat sini nanti.
*****
Mukmin POV"Mana budak tengku tu? Series ke cedera dia? Tak kan aku nak tanya perempuan-perempaun lain pula? Haishh", aku mengeluarkan sesuatu dari beg.
Name tag 'TENGKU HUZAIFA BINTI RAJA HAZREL' aku tersengih. Yess! dapat name tag dia balik.
YOU ARE READING
👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑
Randompasangan kembar tengku humairah dan tengku huzaifah yang mempunyai minat yang sama sampai crush pun orang yang sama. Bukan sekali terminat pada lelaki yang sama. Tapi dah masuk dua kali. Kedua-duanya berebut dengan cara tersendiri. Sehingga ada yang...