BAB 16

257 18 0
                                    

Awal-awal pagi lagi kami dah bersiap untuk ke masjid. Dulang-dulang di kumpulkan di ruang tamu. Pakcik makcik dari kampung sudah bersedia untuk membawa dulang hantaran ke masjid untuk kakak dan abang.

Aku duduk di tepi kakak yang sedang disolek. Tumpuan aku sebenarnya bukan pada solekan, tapi pada benda yang berada di sebelah tukang solek tersebut. Sibuk benda tu kehulu kehilir disekeliling ruang bilik. "Ehem", tukang solek tadi berdehem dua tiga kali dan menjeling ke arah aku.

"Heh! Apa yang kau tengok ha?", soal tukang solek tersebut selepas selesai menyolek. Aku tersengih sambil menggeleng kepala. "Kau nampak ke benda tu? Nak dia kacau kau?", sengaja dia mengacah untuk takutkan aku. Sekali lagi aku menggeleng.

Berusnya di letakkan pada hidung aku dan diusik-usik membuatkan aku kebelakang sikit. "Zafa! Aku dah cakap jangan rasmi katil tu lagi kan?", marah maira. Cepat-cepat aku bangun, baru aku perasan aku dah duduk melebihi had yang maira benarkan. Semua salah orang tadi. ish!

Tepat pukul 11.15, semua orang dah bergerak ke masjid berhampiran rumah bakal isteri abang. Akad nikah dilakukan pada masjid yang sama. Cuma maira sengaja pergi lambat untuk mendapat debaran tersendiri katanya.

Melangkah sahaja keluar, muka aku terus terasa bahang cahaya matahari. Kalau ada hoodie, dapat la aku sorok muka aku dari suhu cuaca. Dengan semena-mena badan aku terasa janggal. Bulu roma aku meremang sebab dah lama aku berselubung, baru hari ni aku keluar dari hoodie tu. Cepat-cepat aku peluk tubuh.

"Zafa, kenapa ni? Masuk la dalam kereta.", tegur bonda yang entah dari mana. aku menganggukkan kepala dalam keadaan terkejut. Mana tak nya, masa aku tak berjaket la benda halus dengan senang dapat usik aku.

"Uit", tangan aku dicuit dari sebelah kanan. Aku hanya menjeling. Sekali lagi tangan aku dicuit. Aku tahu benda tu sengaja nak kacau aku. Sebelah aku tak de sesiapa kot kalau guna mata kasar. "Uit", sekali lagi dia mengusik. Terus aku tepis tangannya. "Zafaaaa.. zafaaaa..", dia menyeru nama aku. Kuat bau mulutnya di sebelah muka aku.

"Ish!", lengan aku di gosok di sebelah kiri dan kanan. Dalam hati aku dah beristighfar banyak kali. Benda tu masih tak berhenti mengusik sampai lah kereta aku masuk ke perkarangan masjid.

Aku perasan memang dari tadi babah perhatikan aku melalui cermin pandang belakang. Mungkin babah dah dapat syak sesuatu.

Berhenti sahaja kereta, terus aku melompat keluar dari kereta. Safety lock kereta aku buka secara manual walapun aku tahu bonda memang pantang orang buka lock dengan manual. Riak muka bonda dah berubah.

"Dia dah tak tahan la tu. Mana tahu dah kat hujung. Sabar je lah.", tangan bonda ditarik lembut. Sempat babah berseloroh untuk melindungi perkara sebenar. Tak nak lah nanti bonda takut. Cukuplah bonda trauma di rumah sahaja. Habis dibawa ke mimpi dan mengigau 3 hari.

Sepanjang akad abang dan kak maira, aku tak berhenti termenung dan fikirkan diri sendiri. "Aku dapat ke jadi macam dorang?", tak berhenti mengeluh. Habis akad kedua-dua mereka, babah peluk bahu aku. Sebaris senyuman yang cuba di ikhlaskan aku hadiahkan pada babah. Lembut babah balas dengan usap kepala aku. Mungkin babah tahu apa yang aku fikirkan .

"Jodoh kamu mesti ada juga.", kata bonda pula. Sempat juga kakak dan abang main mata pandang aku bila beberapa kawan kolej kami datang ke masjid untuk akad nikah mereka.

Tengah hari di sambung dengan kenduri pula. Kenduri dibuat dalam dewan besar untu raikan keempat-empat pasangan tersebut. Aku? Aku lah yang tolong raikan semua tu.sambut tetamu, bagi sagu hati dan lain-lain. Dah la sedih sebab kita sorang je belum kawin. Lepas tu kena buli pula cam ni 😢

Paling susah bila tetamu datang bawa tetamu tak diundang sekali. Haish. Masuk tak baca doa la tu.

Sedang aku sibuk bagi sagu hati. "Zafa", panggil seseorang. Tanpa berfikir aku terus pandang. Ana dan su yang dari tadi main sebelah aku terus pandang kearah yang aku pandang.

Orang tu tersengih. Terserlah kehenseman dia. Mashaallah😆 "eh apa aku mengarut ni.", aku mengusap dada.

"Nah, abang mukmin bagi.", sampuk orang sebelahnya. Aku hanya anggukkan kepala. Dalam masa yang sama aku terdiam. Orang yang aku puji tadi ialah orang yang aku kenal. Kenal sangat.

"Hello? Dengar tak ni? Are you there?", sambungnya.

"Huh.. sorry-sorry. Apa tadi?",

"Ni. Abang ni bagi kat awak. Dia suruh buka balik nanti.", aku angkat kening dan masih lagi terpaku. Mana tak nya. Abang mukmin berpakaian kemas dan bergaya. Tak cam aku dengan kehadiran dia.

"Haa, nah. Terima kasih datang.", huluran dibalas dengan huluran. Aku curi pandang abang mukmin dan dia tunduk malu. 

Hari aku berubah dengan kehadiran dia. Aku pun tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Tapi semua tu sementara sampailah su buat perangai. Aku tahu tadi ada tetamu tak diundang lalu depan ni. Tapi tindakan su sangat agresif sampai aku tak dapat tanggung kesakitan. Kepala aku jadi pening dan nafas aku naik turun.

"Boleh abang tolong?", sapa abang mukmin. Aku hanya memandang dengan sekilas. 3 Beg sagu hati aku hulur pada dia. Cepat -cepat aku melangkah ke tandas.

Bonda yang sedang menyambut tetamu memandang aku risau dari jauh. Hanya pandangan saja yang mampu dia hantar pada aku sampai aku menghilang.

"Abang, kenapa dengan zafa tu? Macam ada yang tak kena je", bonda terus pergi ke babah.

"Entah. Biarlah. Kalau lagi 15 minit belum balik baru cari dia.", balas babah sambil menyambut tetamu lain. Bonda hanya menurut.

Pembantu baru di bahagian aku ditenung lama oleh bonda. Makcik-makcik aku yang lain dah mula berbisik.

"Kamu ni siapa?", mukmin tersengih sambil menggaru belakang kepala.

"Assalamualakum aunty. Err, saya err tolong err. Saya err.", tergagap mukmin mencari jawapan. Bonda dah tersengih melihat sikap lelaki didepannya.

"Aunty ni tanya nama je. Tak payahlah sampai gagap macam ni", bonda terus ketawa.

"Saya mukmin. Kawan huzaifah. Eh tengku. Emmm.",

"Panggil je dia zafa. Dah lama ke kawan? Aunty tak pernah nampak pun? Dia pun tak pernah cerita.",sambung bonda lagi. Mukmin hanya tersenyum. Segan dengan soalan yang ditanya. Tak sangka pula benda macam ni boleh jadi. Sambil berbual, mukmin menjenguk ke belakang berharap huzaifa datang semula.

Dalam keseganan yang ada, terlintas juga doa supaya bonda huzaifa terbuka hati untuk terimanya. Muahah.

👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑Where stories live. Discover now