"Kamu nak pergi kolej juga ke hari ni?", soal bonda. Tudung dan hoodie aku dikemaskan. Bedak pada muka disapu sedikit lagi oleh bonda.
"Ye bonda. Hari ni kena hantar 3 assignment. Mana boleh tangguh.", balas aku dengan suara yang lemah tahap maksimum.
"Biarlah babah yang hantarkan assignment tu. Muka kamu pucat ni.", aku balas dengan senyuman. Tangan bonda dicium.
"Jangan risau ye bonda.", tangan aku dimasukkan kedalam sweater dan melangkah ke dalam kereta dengan babah. Terdengar juga bisikan babah pada bonda. Ternyata kedua-dua mereka risaukan aku.
Aku berjalan tunduk untuk menghalang pandangan aku pada makhluk-makhluk yang berada disekeliling. Hoodie aku kedepankan. Tangan aku mencapai tombol pintu kereta. Baru sahaja aku nak tarik tombol, badan penanggal semalam jelas kelihatan samar-samar melalui kaca mata hitam dalam kereta di tempat duduk. Aku terpaku dan badan aku mula menggigil.
"Zafa, kenapa tak masuk lagi?", soal babah. Tapi tiada jawapan dari aku. Cara aku terpaku dan memandang tepat pada dalam kereta cukup untuk babah faham.
"Zafa.", babah memegang bahu aku lembut. Barulah aku sedar. Badan penanggal tadi dah pun hilang. Besryukurnya ya Allah
"Ok je. Cuma terlupa cara buka pintu." Erkk, alasan apa tu ya ampun? senyuman paling manis aku hadiahkan pada babah. Terus meletus ketawa babah.
"Hehehe.😅", balas aku yang turut mentertawakan diri sendiri. Teruk betul aku ni dalam bab-bab menipu.
"Babah, hari ni zafa balik lambat sikit boleh? Zafa balik sebelum asar macam tu.", soal aku dalan kereta. Babah dah pandang aku pelik.
"Kenapa? Kan bonda nak kamu balik awal? Kamu dah la baru sihat.",
"Please babah. Dah nak exam ni.", ok kali ni aku menipu. Aishh.
"Ye lah. Ye lah. Siap je nanti terus call babah.", aku mengangguk kepala laju.
Yupp, seperti yang aku sangka. Wana belum apa-apa lagi dah membebel sebab aku datang. Aku hanya mampu angguk dan iyekan sahaja.
Pelik juga bila difikirkan. Kebiasaannya kalau jadi apa-apa mesti aku lupa. Tapi kali ni aku ingat. Aku ingat semua! Jelas pula tu. Aigoo (tiba-tiba korea pulak)
"Beb. Kau nak tahu tak siapa hero islamik kau?", muka wana nampak sangat teruja. Demi menjaga hati dia, aku layankan je.
"Kau ingat?! Wahhh! First time kau ingat benda-benda yang dah jadi kat kau.", aku angguk dan angguk lagi. Nampakkan keterujaan wana? Dari jauh lagi orang dah tahu dia teruja.
Mula je waktu dibenarkan masuk ke bilik pensyarah, terus aku pergi hantar assignment. Biasanya orang hantar dalam kelas kan? Tapi Aku tak suka sebab nanti pensyarah tak dapat tegur assignment aku secara terus. Mungkin ke aku yang dulu macam sekarang? Hmm.
"Zafa? Kamu datang uni hari ni? Kamu ok ke?", soal seorang pensyarah yang berjiran dengan aku.
"Alhamdulillah. Saya ok je hari ni.", balas aku dengan senyuman. Aku tahu ramai mata-mata yang perhatikan aku dari tadi.
Dalam kelas pun habis aku dipulaukan. Macam-macam lagi lah. Tapi aku tak nak labelkan dorang buli mental aku. Aku masih nak positif.
Bila habis kelas untuk hari ni, aku rasa seperti bebas dari seksaan mata dorang. Sakit do.
Qisya dan hanis iaitu kawan lama aku semestinya mengambil kesempatan untuk membuat cerita supaya menjadi lebih menarik. Makin kecoh uni tu bila aku melangkah ke dalam kantin. Kiri, kanan, depan dan belakang aku dah mula bercakap tentang hal semalam.
"Kau datang sini nak buat kecoh macam dulu lagi ke hah?! Tak cukup dengan terjun bangunan, kau nak ambil saka apa semua tu pulak?!", tuduh qisya. Semua mata terus tertumpu pada aku. Hoodie aku ditarik menutup muka aku. Kaca mata aku betulkan.
"Qisya, kau cakap apa ni?", aku masih kuatkan diri untuk memperbetulkan diri.
"Dah salah tu salah la!", jerit seseorang yang aku tak kenal pada aku.
"Jangan sebar fitnah qisya!", marah aku. Muka aku merona merah. Qisya terus kebelakang beberapa tapak.
"Weh, aku takut. Nanti dia hantar saka kat aku.", ejek qisya. Ada yang dah lari takut dan menyebarkan fitnah tadi pada orang di luar kantin. Bagi dorang, cerita tadi jadi makin menarik bila aku dah pandai bersuara.
"Ya Allah sakitnya. Lagi sakit dari seksaan semasa jin dikeluarkan dari badan aku.", aku bermonolog.
"Dia baca jampi ke tu?", sambung qisya lagi. Yang masih kekal dalam kantin dah mentertawakan aku.
"Blah la! Bunuh diri lagi sekali ke?! Blah! Blah!", jerit dua tiga orang lain.
Pandangan aku di ditunduk. Aku bisik pada ana dan su yang dah mula bengang. "Jangan. Biarkan dorang. Sebelum aku apa-apakan korang pula, lagi baik ikut aku keluar dari sini.", tangan ana dan su aku tarik keluar. Mereka hanya akur. Bengang juga su waktu tu. Mahu saja dia campak semua yang ada dekat dalam kantin.
Kaki aku laju melangkah keluar kantin. "Eh zafa! Zafa!", jerit seorang lelaki dari arah kiri luar kantin. Tapi aku masih tekad untuk pergi jauh dari manusia buat masa ni.
Tempat yang aku tuju ialah tandas. Air mata aku mengalir deras. Kaca mata aku tanggalkan dan air mata aku seka laju. Tangan aku menekup mulut untuk menghalang bunyi esakan. Air mata yang aku seka untuk kali terakhir aku pandang. Terkejutnya aku waktu tu. Tangan aku penuh dengan darah. Cermin di pandang dan muka aku dipenuhi darah yang mengalir dari mata aku.
Pintu tandas yang terbuka mengembalikan keadaan kepada normal. Tangan aku dipandang sekali lagi. Darah tu tak ada. Yupp, tak ada.
"Ustazah..", tangisan aku bermula semula bila orang yang masuk ke tandas tadi ialah ustazah.
Semua masalah aku ceritakan pada ustazah. Memang aku bercadang untuk jumpa ustazah pun sebenarnya.
Banyak yang ustazah beri nasihat. Ayat-ayat yang perlu diamalkan diberi pada aku. Ada juga dia minta aku solat dan bacakan bacaan dalam solat untuk dia periksa mana yang silap.
"Setiap ujian yang Allah bagi pada hamba dia tu ada maksud sebenarnya. Lagi pun Allah tahu kekuatan dalam diri kamu.", pujuk ustazah.
"Yang penting, ustazah nak kamu kuatkan lagi diri kamu. Jangan pernah menyerah kalah. Dan jangan serahkan diri kamu pada 'mereka'.", muka aku disapu dengan air yassin dibantu oleh ustazah.
Tangannya diletakkan pada ubun-ubunku dan beberapa surah pendinding dibacakan sambil ditiup pada empat bucu aku.
"Sebenarnya ustazah, ada 2 benda yang masih nak kekal dengan saya. Macam mana ye?",
"Jangan terpedaya dengan mereka. Mereka tu memang dah berjanji untuk musnahkan umat nabi adam.", balas ustazah.
"Ke kamu dah mula nak sayangkan mereka.", tebak ustazah membuatkan aku mendongak memandang mata ustazah.
"Saya tak bermaksud macam tu ustazah. Tapi mereka berkelakuan baik depan saya. Sampai saya hampir percayakan mereka.", ustazah terus tersenyum. Dia faham yang aku dah mula celaru samaada simpati atau melawan yang patut aku pilih.
"Kalau kamu nak kan sesuatu, mesti kamu guna pelbagai cara kan? Macam tu lah mereka. Jadi baik, guna cara apa-apa je lah. Semua boleh. Mereka tu jin. Kena ingat tu.", aku pun menganggukkan kepala. Tangan ustazah aku salam dan cium. Rasa tenang sangat lepas jumpa ustazah. Surah-surah tadi aku simpan dengan kemas.
Sampai di rumah, aku menyalin semua surah ke dalam buku. Kertas berwarna juga aku gunakan untuk menghias dinding dengan surah yang patut aku amalkan. Ehh, wajib aku amalkan.
YOU ARE READING
👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑
Diversospasangan kembar tengku humairah dan tengku huzaifah yang mempunyai minat yang sama sampai crush pun orang yang sama. Bukan sekali terminat pada lelaki yang sama. Tapi dah masuk dua kali. Kedua-duanya berebut dengan cara tersendiri. Sehingga ada yang...