MUKMIN POV
"Hahahahahahha", tawa aku meletus tiba-tiba. Semua orang dalam rumah pandang aku pelik. "Kau dah kenapa? Kena sampuk ke?!", marah luqman yang moody dari tadi."Siapa yang buat fail dalam fon aku ni ha?", fail tersebut masih aku belek. Aku tersenyum sampai telinga. Mana taknya, tiba-tiba je banyak gila gambar zafa dalam fon aku . Tapi, dia model ke sebenarnya? Ke ni kakak dia?
Target aku cuma sorang. Mesti kerja amri. "Cantik yall perempuan tu.", sampuk satu suara dari belakang
"Woi! Jangan biadap", aku membuat gaya seperti mak nyah. nasib baik aku sempat elak dari fon aku diambil.
"Haha. Awek kau ke bro? Bukan dia nak kawin dah? Kenduri dua orang sekali kan? Aku dapat kad jemputan. Kau dapat? Pergi sekali jom?", sambung syukri. Tak dinafikan, Memang ramai orang dapat jemputan kenduri tu, orang berketurunanlah katakan. Agak-agaknya 7 keturunan pun tak habis harta sebab tu boleh buat kenduri dekat dewan hotel.
Aku terdiam dekat tepi. Senyuman sampai telinga aku mati bila dengar ayat syukri tadi. Erghh! Aku dah cakap dah tak nak dengar apa-apa pasal kenduri tu! Tak makan saman betul la mulut dorang ni.
"Asal diam? Jom lah", syukri masih mengusik. Tanpa balas apa-apa, aku terus masuk bilik.
"Broken lah tu. Lembik.", suara salah seorang dari mereka bergema dalam rumah sebelum aku melangkah ke bilik. Demi menjaga baran aku, aku menggenggam tangan dan masuk ke dalam bilik. Tak sanggup aku masuk surat khabar sebab tumbuk orang.
*****
HUZAIFAH POVSekejap je masa berlalu tahu-tahu akak dengan abang dah nak kahwin. Aku mula termenung fikirkan nasib diri. Makin termenung, makin melalut. Tanpa sedar mata aku kabur dan pipi aku basah dihujani air mata sendiri.
"Cak!", sesuatu yang menyerupai aku muncul depan muka aku dan menyeringai. Air mata aku cepat-cepat aku seka.
"Kau ni. Tak payah la fikirkan sangat pasal hidup ni. Aku rindu kau yang dulu. Lepak sama-sama. Gempak jugak cerita kau.", aku masih bingung. Apa benda yang dia mengarut ni?
"Sebab aku minat dengan cerita kau la aku ambil muka kau. Hihihi. Aku pun nak ramai peminat.", sambungnya lagi. Aku dekat tepi hanya terpaku tanpa berkelip.
"Oh ya. Kau jangan lah marah pasal semalam. Aku nak try je lelaki tu. Hensem!", huh! Hantu pun ada perasaan minat kat lelaki ke?
Perbualan yang berlangsung dari tadi hanya dipenuhi dengan suara dia je. Aku masih membisu. "Ok", balas aku sepatah. Dengan tiba-tiba telinga aku berdesing dan kepala aku pening seperti migrain. Aku tak dapat berfikir. "Aku minat dengan cerita kau. Aku pun nak ramai peminat", ayat yang sama berulang dalam otak aku.
"Apa yang aku dah buat?! Apa yang buat dia suka? Ergh!", aku menahan diri dari menjerit. Kaki aku lemah dan terduduk atas tanah.
Telinga aku terus berdesing tanpa henti. "iiiiiiiiiiiiii"
"Zafa! Kau ok tak? Asal duduk kat atas tanah ni? Aku cari kau dari tadi kot. Rupa-rupanya kat bawah ni.", tegur wana .
"Wana? Aku ingat nak balik dululah. Kakak dengan abang aku nak kahwin esok, aku kena tolong dorang.", aku terus tinggalkan wana dalam keadaan sedikit terhuyung hayang.
Wana yang berada dibelakang hanya memerhati dengan risau. "Haih, apa lagi la dia tu? Aku nak tolong dia. Tapi aku tak tahu mana nak mula.", gumam wana. Dalam hati dia selalu berdoa supaya dapat balas balik jasa zafa.
"Babah, majlis esok mula pukul berapa? Zafa rasa tak sedap badan la malam ni", aku duduk disebelah babah yang sedang membaca info terkini di telefonnya. Sekejap-sekejap dia membuka whatsapp untuk mendapatkan sebarang perkembangan untuk majlis esok.
"Akad nikah abang pukul 11.45 pagi. Kakak pula 12.30. Kenduri pukul 1 sampai 5. Kenapa sayang anak babah ni? Demam ke? ", kaca mata aku di usiknya.
"Tak sedap badan je sejak tengah hari tadi. Oh ya, gambar zafa yang lama-lama dekat mana eh?", aku menukar perbualan. Mata aku masih tertancap pada muka babah. Tapi babah tak jawap soalan aku.
"Rehatlah dulu. Kalau pagi esok masih tak larat, ambil ubat.",
"Babah, mana gambar keluarga kita yang lama-lama tu? Tak kan tak de?", babah masih tak jawap.
"Babaaaahh....", panjang aku memanggil babah.
"Babah nak naik atas ni. Lain kali lah soalan seterusnya tu.", sebaris senyuman di beri pada ku. Aku mengetap bibir.
"Bonda! Haaa.. bondaaaaa..", aku cuba membodek bonda juga. Tapi tak jadi. Alasannya babah panggil. Ish!
"Kau..", dengarkan suara orang dari arah dapur cepat-cepat aku pergi tengok siapa gerangannya.
"Haih, bila kami nak tolong kau.. kau tolak. Sekarang ni kau nak merayu dekat orang untuk tolong kau?", kata ana. Aku punya beria nak tahu suara siapa tadi. Rupa-rupanya dua ekor ni.
"Haha. Kesian kau kan? Macam ni lah. Sekarang ni yang boleh tolong kau cuma kami berdua.", sambung su. Cepat-cepat aku tutup telinga dan berlari ke dalam bilik. Sedang aku berjalan di depan bilik bonda, aku terdengar.
"Abang, saya kesian la dekat anak kita tu. Sampai bila nak biarkan dia tertanya-tanya?",
"Dah tu? Nak buat macam mana lagi? Tak serik ke awak ni? Hari tu masa dia balik dari hospital kan terus meracau bila nampak gambar kita sekeluarga dekat ruang tamu. Kalau jumpa gambar lama dia?", balas babah. Terdengar babah mengeluh banyak kali.
"Tu la bang. Tak silap saya masa dia balik dengan wana tu dia demam. Bila saya tanya wana, wana minta maaf. Katanya dia cuba tolong zafa untuk ingat. Tapi lain pula jadi.",
"Wana cuba tolong aku? Bila? Apa?", aku menggaru kepala. Betul-betul aku lupa. Aku cuba dengar lagi perbualan tadi. Tapi hanya suara berbisik sahaja kedengar dengan tidak jelas.
Su dan ana memerhatikan aku di tangga. Dengan muka bengis, aku terus pandang mereka. Isyarat mata dan kepala di buat untuk tanya 'apa kau nak' terus aku melangkah masuk bilik.
perbualan babah dengan bonda berjaya membuatkan aku rasa tak nak menyusahkan mereka lagi. Mungkin aku tak patut tanya soalan yang sama atau paksa sesiapa untuk ingatkan aku balik. "Terima je lah takdir", aku bermonolog.
Sekali lagi terlinga aku berdesing menunjukkan ana dan su berada di sisi aku. "Hmm.", gumam aku. Ana dan su pula terkebil-kebil di sebelah kiri dan kanan aku.
"Wana, aku nak tanya ni. Tapi mungkin kau rasa tak masuk akal soalan aku ni", send.
"Apa dia?", √
"Kau ada tolong aku apa-apa ke untuk ingat kan aku? Sebab.. aku betul-betul lupa.", send
"Kau tak ingat ke? Tak pe lah. Untuk kebaikan kau jugak. 😉", √
"Cerita la kat aku. apa dah jadi?", send
"Haih, kau ni. Hari tu aku bawa kau nak atas bumbung. Pastu kau meracau. Nasib baik ada abang amri dengan abang mukmin. Kalau tak aku tak tahu la weyh. Mesti aku jadi lagi serba salah dari yang sekarang ni", √
"Oh, aku yang sepatutnya minta maaf. Mulai hari ni, aku janji tak kan minta kau tolong aku dah. Aku tak nak susahkan orang sekeliling aku. Apa jadi kalau aku meracau lagi? Mesti bonda aku semua sedih. Kan?", send
"Zafa, aku tak cakap pun kau menyusahkan aku. Aku memang nak tolong kau", √
"Tak. Kau tak de salah cakap. Cuma aku terdengar bonda aku cerita. Tak tahu pula aku ni selalu meracau. Aku rasa aku tak ingat la.", send
"Tak pe. Jangan paksa diri kau. Rehat la. Bonda kau kata kau tak sedap badan tadi. Esok jumpa. Assalamualaikum", √
"Ok. Waalaikummussalam. Bonda aku call kau ke?", send.
"Ha'a. Dia tanya khabar. Lagi pun dia nak pastikan aku dapat jemputan ke kenduri tu. Hehe. Tak sangka bonda kau rindu aku.", √
"Mesti la bonda aku rindu. Kau ni pun.", send.
Telefon di letakkan ke tepi. Pintu bilik terbuka dan kakak terus campak badannya ke katil.
YOU ARE READING
👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑
Aléatoirepasangan kembar tengku humairah dan tengku huzaifah yang mempunyai minat yang sama sampai crush pun orang yang sama. Bukan sekali terminat pada lelaki yang sama. Tapi dah masuk dua kali. Kedua-duanya berebut dengan cara tersendiri. Sehingga ada yang...