"Bonda, zafa ingat nak beli contact lense. Boleh?", soal aku dengan ragu-ragu. Kaca mata yang retak disorok ke dalam poket seluar.
Pili paip ditutup dengan lembut. Barulah bonda nemaling kearah aku. "Hm, dah kenapa pula? Anak bonda ni cantik tau pakai 'spek'. Nampak ayu je. Ni tak pakai 'spek' ni dah nampak ke?",
"Tak nampak. Tapi bonda. Orang ingat zafa sengaja pakai kaca mata hitam. Lepas tu bila zafa tanggal, dorang fikir zafa pakai contact lense kelabu.", aku mengadu dengan nada manja.
Bonda memandang kearah aku. Matanya tajam memandang aku sehingga aku tertunduk takut.
"Bonda perasan zafa dah berubah. Kalau dulu, zafa selalu cerita dekat bonda pasal kolej. Balik-balik je mesti ada cerita. Kalau boleh, nak semua ornag dengar cerita zafa. Tapi sekarang bonda selalu nampak zafa duduk sorang-sorang. Zafa langsung tak bercerita.", bonda mengeluh sambil memotong sayur.
"Tapi bonda, zafa bukan..",
"Bukan apa? Kalau ada masalah, cerita je dekat bonda.", potong bonda. Entah kenapa bonda beremosi.
"Zafa tak boleh. Zafa tak tahu nak cerita apa dan mula dari mana.", tangan bonda dipegang lembut.
"Bagilah bonda tengok kaca mata kamu. Baru boleh beli contact lense.",
Aku mengetap bibir. Apa patut aku jawap nanti.
"Kau terjatuh", bisik ana.
"Cepatlah keluarkan dari poket.", arah bonda. Perlahan-lahan aku keluarkan kaca mata aku yang retak disebelah kanan.
"Sebab retak? Kamu kena buli ke?", bonda menjengkitkan kening.
"Hah? Zafa memang nak beli contact lense pun dari hari tu lagi.", balas aku. Bonda mula ragu-ragu dengan aku. Kaca mata aku diletakkan atas meja.
"Bonda tak izinkan kamu beli sebab kamu tak jujur dan bagi tahu perkara sebenar dekat bonda. Bonda akan suruh abang pergi baiki dekat kedai malam ni.", aku hanya berdiam. Tak apalah, asalkan bonda tak tahu yang aku dibuli.
"Aku nak minta maaf buat pihak su. Aku tak dapat nak kawal dia dari serang orang yang sakitkan kau.", kata ana.
"Hmm. Jangan sentuh sesiapa pun lepas ni.", arah aku dengan tegas. Su yang berada di sebelah kiri aku mula memanaskan diri sehingga aku terasa bahang yang kuat.
"Kau tak boleh nak arah aku selagi kau tak jadi tuan aku. Aku boleh buat apa je yang kau nak! Aku akan kerjakan manusia yang cederakan kau untuk tunjukkan kesetiaan aku pada kau.", kata su. Badannya terbakar dengan teruk sehingga terkoyak daging-dagingnya.
"Tak payah! Aku tak kan jadi tuan kau atau ana! Apa masalah korang ni?! Aku kata tak nak! Tak nak lah!", marah aku dah tak tertahan. Nasib baik bonda dengan abang baru sahaja keluar.
*****
"Jadi anak-anak babah ni macam mana? Dah ready untuk dua Bulan yang babah bagi?", sakat babah sebaik sahaja sampai rumah."Haha, dorang belum balik la babah. Tadi abang keluar dengan bonda untuk baik 'spek' zafa. Kakak pula belum balik. Kelas belum habis kot.", jawap aku. Entah kemana aku pandang. Bayang babah pun aku tak nampak.
"Oh. Patut la pandang tempat lain. Babah dekat depan pintu ni.", babah melambai tangan. Tapi aku masih memandang tv. Mana aku nak nampak. Haish.
"Tak pelah. Babah naik dulu.", aku menganggukkan kepala.
Tak guna aku duduk depan tv tapi tak nampak apa-apa. Aku berjalan sambil meraba dinding. Semua suis lampu dan tv ditutup sebelum aku masuk bilik.
"Eh", mata aku melilau memandang kesemua arah. Mata aku tak sekabur tadi. Dah jelas sikit walaupun tak sejelas biasa. Aku membuka suis lampu semula. Sekarang aku tahu, mata aku boleh nampak dalam gelap. Tapi perlu dielakkan. Kalau tak suadara mara su dan yang lain muncul.
*****
"Mampu ke aku nak mengaku dekat tengku huzaifa yang aku minat dia?", soal mukmin dalam hati. Tiba-tiba keyakinan dia menurun di tengah malam yang sunyi. Bulu roma pula yang menaik bila angin meniup lembut telinganya."Oh ya, name tag dia aku tak pulangkan lagi. Dia tak perasan ke? Ni kalau terserempak dengan pensyarah disiplin, mampus budak tu.", ngomelnya lagi.
'tok tok'
"Abang, mama panggil makan.", panggil adik tiri mukmin yang baru berumur tingkatan 1.
"Mustafa! Cakap dekat mama aku dah kenyang. Kalau ada kentang goreng sambal belacan baru aku makan.", jeritnya sambil mata masih tertumpu pada permandangan luar bilik melalui tingkap.
"Ada kentang goreng sambal!", mukmin terus memandang pintu. Dah lama aku tak makan kentang goreng sambal belacan masakan arwah ibu. Sekarang, masakan mama tiri pula yang perlu ditelan.
Aku melangkah perlahan. Gambar arwah ibu dipandang lama. Tag nama huzaifa digantung pada gambar ibu. "Ni bakal menantu ibu", sempat aku berbisik.
"Ha, dah lama mama tak nampak mukmin. Ni mama dah masak. Mukmin pun dah lama tak turun makan sama.", sambut mama. Aku hanya mampu tersenyum dan terus membuka saji.
Aku terdiam .
Mata aku tajam memandang kearah mustafa. Lauk yang terhidang tak ada langsung rupa kentang goreng sambal yang aku idamkan. "Kau!",
"Dah lah tu mukmin. Kamu pun dah lama tak makan. Ayah yang suruh dia cakap macam tu. Esok mama masak kentang kegemaran kamu tu.", kata ayah dari belakang. Bahu aku dipeluk.
Aku duduk dan menjamah sedikit makanan supaya tak nampak biadap. Memang dah lama aku tak pijak lantai dapur ni. Selama ni ambil bau je."Sedapkan?", tegur ayah. Aku menganggukkan kepala.
Habis makan, aku terus bangun dan cuci pinggan. Aku nak keluar dari dapur sebelum aku bergaduh dengan mustafa tu. Mana tidaknya, bila ayah membela dia, mesti mustafa tu akan bangga diri dan berasa hebat.
Tag nama huzaifa diambil dari gambar ibu dan disarung ke leher. "Kalau huzaifa boleh ganti tempat ibu, dia memang win.", badannya dihempas keatas katil dengan puas. Kalau boleh patah katil tu, patah dah dikerjakan setiap hari. Apa-apa pun malam ni aku kenyang.
Gambar ibu dipeluk erat sambil aku terbayang majlis perkahwinan ayah dengan mama 5 tahun sebelum ibu meninggal.
Aku terfikir macam mana ibu boleh terima diri dimadukan. Walaupun aku lelaki, aku selalu terfikir benda tu sebab dulu ibu selalu masuk bilik aku sebelum tidur dan bercerita. Kadang-kadang menangis. Lebih-lebih lagi malam perkahwinan ayah.
Aku nengangkat tangan seperti berikrar. "Mukmin cuba untuk berjanji . Mukmin tak kan...",
"Mukim buat apa ni? Ayah ada sesuatu nak bincang dengan kamu. Tengok ni, makin kurus.", tangan aku dipegang lembut.
"Kenapa ni ayah?", ayah hanya menggeleng. Tag nama huziafa digenggam kuat takut kalau ayah tahu.
"Bagi ayah tengok siapa perempuan yang kamu nak. Kamu dah dewasa. Dah tak ada dah ayah aturkan semuanya. Mana tahu ayah boleh bantu kamu masuk meminang dia.", gurau ayah.
Muka aku dah pucat lesi. Bila ayah cakap macam tu, barulah aku tunjuk gambar huzaifah. Dia tersengih seorang diri bila melihat gambar huzaifa yang kelihatan ayu. Ayah dah mula berubah dan semakin memegang nama ayah dan ibu buat aku. Dulu, aku benci lelaki ni bila dia duakan ibu. Tapi sekarang ayah lah tempat aku mengadu.
YOU ARE READING
👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑
عشوائيpasangan kembar tengku humairah dan tengku huzaifah yang mempunyai minat yang sama sampai crush pun orang yang sama. Bukan sekali terminat pada lelaki yang sama. Tapi dah masuk dua kali. Kedua-duanya berebut dengan cara tersendiri. Sehingga ada yang...