BAB 17

212 18 0
                                    

"Puan, ada orang bagi tahu yang tandas nombor tiga dari tadi tak keluar-keluar. Air pun tak mengalir. Bila ditanya tak berjawab.", seorang pekerja di dewan perkahwinan tersebut datang memberi tahu bonda dan babah. Baru babah teringat. Dah 20 minit huzaifah menghilang.

Dalam masa yang sama, ramai pula tetamu yang datang mengunjung dan keluar. Bonda dan babah jadi semakin risau.

"Awak layan tetamu. Abang pergi tengok zafa.", kata babah pada bonda. Bonda hanya mampu menganggukkan kepala tanda setuju. Entah kenapa ramai pula tetamu yang mahu berjumpa dengan bonda serta pengantin.

"Zafa, buka pintu ni sayang. Keluar jom. Lama sangat kamu kat dalam ni. Keluar lah.", keadaan masih lagi diam.
"Tengku huzaifah, dengar tak babah panggil ni?", tetamu yang ingin ke tandas sudah pandang kearah babah. Pekerja dan rela yang bertugas juga berada disisi.

"Dengar tak suara babah ni? Kamu ok ke kat dalam?", tiba-tiba terdengar satu suara merengek perlahan dan hanya dalam 2 saat. Babah menarik nafas panjang. Seperti dapat di sangka.

"Tak pelah kalau tak nak keluar. Nanti ambil wudhu' terus untuk solat zohor ye.", babah berundur beberapa tapak. Baru satu langkah ke luar pintu, pintu tandas aku terbuka perlahan.

Babah memandang muka aku. Berpeluh dan pucat langsung tak bermaya. Babah terus datang kearah aku.

"Babah..", aku panggil babah dengan meleret. Badan aku menggigil. Air mata aku tak berhenti mengalir. Aku terus letak muka aku pada dada babah.

Kunci diberi pada pekerja di dewan perkahwinan tersebut sambil membuat isyarat untuk keluar melalui pintu belakang. Pelukan aku disambut dan didukung ke luar dari dewan. Masuk je kedalam kereta, aku terus menjerit.

"Ahhhhhh! Aku nak keluar! Kau nak bawa aku pergi mana?! Ahhh! HAHAHAHA.", jeritan bertukar jadi ketawa mengilai. Kemudian bertukar menjadi tangisan. Turun naik bulu roma babah semasa memandu kereta.
Kereta aku sekali lagi masuk ke perkarangan masjid pernikahan kakak dan abang. Kali ni bukan untuk perkara gembira, tetapi kerana perkara yang tak diingini. Aku menjerit dan meronta semasa dipaksa masuk ke dalam masjid. Tenaga aku bukan lagi tenaga seorang wanita. Tetapi 5 kali ganda lelaki.

Jeritan aku tadi mengundang imam dan beberapa orang lain untuk datang membantu babah.

Makin dekat dengan pintu masuk masjid yang sedang riuh dengan bacaan alquran, makin kuat aku menjerit. Aku baringkan ke lantai masjid tapi dengan cepat aku dapat bangun semula dan merangkak. Aku duduk dekat dengan beberapa pelajar yang sedang mengaji alquran.

Babah cuba untuk halang. Tapi imam minta biarkan dulu aku untuk kenal pasti siapa atau apa yang ada dalam jasad aku sebenarnya.

Aku ketawa mendengar bacaan mereka. Ada juga yang sudah menggigil ketakutan. Tapi ustaz mereka masih paksa untuk tidak berhenti mengaji. Aku duduk bersila disebelah seorang pelajar perempuan. Senyuman yang menyeringai aku berikan pada dia walaupun dia tak pandang aku.

"HAHhaAaHahha," aku ketawa sambil mengejek bacaan mereka. "Bodoh! Maya tu nama aku lah!", aku masih tak berhenti mengejek mereka. Silap sahaja satu ayat, aku menjerit gembira.

Tiba-tiba seorang lelaki berjambang duduk menghadap aku. "Maya.", aku terus memandang kedalam mata lelaki tersebut dengan tajam.

"Kenapa kau masuk dalam badan dia?", aku masih tersengih sambil menghayungkan badan kedepan dan kebelakang.

"Hensem", jawap aku sambil masih merenung setiap inci muka lelaki tersebut. Imam tadi terus tersenyum. "35 tahun. Muda lagi dah jadi imaaaaam.",

"Kau suka ke? Tak takut?", aku terus merangkak ke arah lain. Aku terdengar babah berdehem terus aku menjeling pada babah. Pandangan aku tajam tanpa berkelip.

"Bawa aku keluar dari sini. Kau yang bawa aku. Tuan aku dah tunggu.",

"Oh, bertuan. Kenapa kau sibuk nak masuk dalam jasad dia?",

"Tuan aku suruh. Cepatlah! Sebelum budak ni aku apa-apakan.", imam tadi menganggukkan kepala. Demi mengelakkan perkara tak diingin berlaku, imam tersebut memilih untuk teman babah ke dewan hotel perkahwinan tersebut.

"Mana tuan kau. Bawa dia datang sini baru kau boleh keluar.",

"Ahhhhhhhhh!", aku menjerit nyaring. Terus aku mengilai. "Kau percaya? HAHhahahaHa. Ingat senang-senang je ke aku nak keluar dari sini?",

"A'uzubillah hi minasy syaitonirrajim", imam memulakan bacaannya. Terus aku menjeling. Aku menutup telinga dan menggigil dengan hanya satu ayat tersebut. Lapisan kulit aku terasa panas dan darah aku seperti mendidih selepas ustaz tersebut meneruskan bacaannya.

"Babah.. suruh dia berhenti. Babah.. sakit babah.. suruh dia berhenti.", aku merayu sambil menutup telinga.

"Aku cakap berhentikan!", aku menjerit sebelum aku rebah. Badan aku lemah dan berpeluh. Muka aku pucat. Sapu tangan dalam poket seluar babah dilap ke muka aku yang berpeluh. Wang tambang untuk imam tersebut balik ke masjid diberi walaupun di tolak. Aku dengar babah mengucap terima kasih banyak kali pasa imam tersebut. Tapi aku tak mampu nak buka mata. Badan aku terasa lenguh. Kali ni aku tahu badan aku baru dipinjam oleh benda lain. Tak seperti yang sebelum ni. Aku lupa. Lupa dengan semua yang terjadi.

Selepas beberapa saat imam tersebut hilang dari pandangan, baru aku bermaya untuk buka mata. "Babah, zafa minta maaf.", air mata aku hpir menitis tapi cepat-cepat aku seka.

Babah datang kearah aku dan usap kepala aku. "Tak de apalah. Cuma, kamu ingat ke apa yang berlaku tadi?", aku menggeleng.

"Cuma badan zafa sakit.", babah menganggukan kepala. Baru babah ingat untuk dukung aku. Tapi aku tolak. Perlahan-lahan aku gagahkan kaki untuk berdiri. Jam tangan babah aku pandang. Lagi satu jam je kenduri ni nak habis. Dah dua jam rupanya benda tu pinjam badan aku.

"Eh. Abang mukmin?", terus aku tepuk mulut aku. Sejak bila aku panggil dia abang? Bukan aku tak suka dia ke? Ke sebab dia segak baru kau nak terima. Pffftt. Aku mentertawakan diri sendiri dalam keadaan lemah.

Sampai di depan meja sagu hati, mukmin terus menatap muka aku. Serius rasa janggal. "Can u just stop!", aku bermonolog. Pandangan aku alihkan pada bonda yang kelihatan risau.

"Zafa ok?", soal bonda yang sedang menghampiri aku. Kerusi ditarik pada aku. Aku hanya mampu balas dengan anggukan.

Mukmin pula masih tak berhenti pandang aku.

Aku tahu bonda perasan yang mukmin tengah tenung aku. Bonda terus menjeling mukmin sambil tersenyum.

"Kawan zafa ke?", sekali lagi aku angguk bila bonda tanya soalan. Bonda mengeluh sambil tersenyum. Walaupun aku dalam keadaan lemah, bonda tetap berasa gembira sebab kehadiran mukmin.

"Zafa rehatlah. Majlis ni dah nak habis dah pun.", dan kali ketiga setiap ayat bonda aku anggukkan. Tapi tumpuan aku terganggu dengan kehadiran su dan ana. Lebih terganggu bila tetamu yang pulang dengan penemannya.

👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑Where stories live. Discover now