BAB 23

401 18 7
                                    

"Bonda. Zafa dah tak tahu nak buat apa.", aku menangis sepanjang malam. Bukan sahaja terkejut dengan perkara yang berlaku, aku juga kecewa dengan su yang sanggup berbuat demikian. Semua tu berlaku dengan pantas. Aku jadi keliru.

Muka babah diluar bilik jelas kelihatan kecewa. Telefon babah dikeluarkan dan dia mendail suatu nombor. "Siap-siap, kita pergi hospital cek kesihatan zafa.", arah babah sebaik sahaja mematikan telefon sambil mengusap rambut aku. Tudung diberi pada aku dan disarungkan oleh bonda. Pakaian aku yang dipakaikan tadi selepas tragedi yang berlaku dah cukup sopan iaitu Sweater oversize dan seluar labuh.

Selesai medical chekup, keadaan menjadi lebih tenang. Kak mairah datang ke hospital dan bersalam dengan bonda dan babah. Dia juga menceritakan semua yang berlaku pada dirinya sepanjang perkahwinan mereka. Babah terus mengusap kepala mukanya kasar. Rambut babah jadi semakin serabut.

"Jadi kamu dah fikir masak-masak ke pasal ni mairah? Kamu baru je kahwin.", soal babah. Ikutkan hati, waktu tu juga babah tarik dia ke mahkamah.

"Entah la babah. Tadi saya ikut dia, tapi..", ayat kakak tergantung dan air matanya mengalir deras. Babah terus dakap kakak.

"Babah minta maaf sebab paksa kamu kahwin awal.", kakak menggelengkan kepala dalam dakapan babah. Kami pulang kerumah berempat. Abang dan isterinya tak jadi tidur dihotel memandangkan adik-adiknya berada dalam masalah.

Buat pertama kalinya aku tidur berpelukan dengan kak mairah. Dia tak berhenti minta maaf untuk suaminya sampai tertidur. Kesian pula aku dengan dia. Ye lah, aku tak sempat nak diapa-apakan pun tadi.

Esoknya kakak dan babah pergi ke mahkamah untuk permohonan cerai. Aku pula perlu teruskan kehidupan seharian aku. Kehidupan seorang pelajar.

Macam biasa, aku dipandang hina oleh satu uni. Dari pensyarah sampailah ke makcik cleaner. (Teruk kan, sampai cleaner pun benci aku. Entah-entah semut pun benci aku.)

"Assalamualaikum.", tegur seorang lelaki. Aku langsung tak angkat dagu. Takut. Tapi perasaan masih cuba dikawal.

"Zafa, zafa pakai earfon ke?", sambungnya lagi. Hoodie terus aku tarik menutup muka. Helaan nafas dari dia terus didengari.

"Dengar rupanya. Zafa. Kalau saya kata apa pun jadi dekat zafa, saya akan selalu percayakan zafa dan akan terus ada dengan zafa. Zafa percaya tak.", soalnya. Aku tahu, tu suara abang mukmin. Haihh.

Aku menggeleng. Dalam hati aku dah bermonolog, "malunya aku, dah la dia tolong hari tu. Lepas tu dia juga yang ada dalam bilik aku masa aku kena rasuk tu. Aishh. Mana aku nak letak muka ni",

Dia masih pandang aku. "Zafa..", panggilnya.

"Sorry.", jawap aku sepatah. Barang aku dikemas dan aku bangun dari bangku taman.

"Emm, thank you.",

Mukmin terdiam. Mata dia masih mengekori aku.

"Abang, balik nanti kita kena bincang sesuatu tau.", kata bonda dalam whatsapp. Terkejut aku. Ingatkan apa tadi. Jarang-jarang group whatsapp keluarga tu berbunyi.

Sampai je di rumah. Lagi terkejut aku dibuatnya. Rasa nak menjerit pun ada. I'm still young ok!? Young! No way!

"Abang tak tahu lah. Abang tak nak benda sama jadi lagi. Abang tak nak paksa dah sesiapa kahwin.", jawap babah lemah. Jelas muka babah menunjukkan rasa kecewa.

"Ya allah, kesiannya babah. Lepas satu, satu jadi. Kuatkanlah hati babah yang allah.", aku terus peluk babah. Pipinya aku kucup lembut.

"Tapi yang jadi dekat kak mairah tu bukan salah babah. Kalau bonda dah cakap macam tu. Sebenarnya ada betulnya. Semua yang jadi dekat zafa, kebanyakkannya cakap yang benda tu kesian dekat zafa. Kesian sebab sorang - sorang. So benda tu nak dekat dengan zafa. Mana tahu nanti benda -benda ni boleh jadi reda.",

Babah mengeluh.

"Abang, abang ingat tak dekat budak yang tolong kita masa zafa kena rasuk tu.", sampuk bonda. terus terbuntang mata aku. Weyhhhhhh!! No!!!

"Oh budak tu. Emm. Dia ke?", bonda angguk gembira.

"Saya rasa dia tu baik.", babah pun anggukan kepala. Dua-dua dah setuju. Habislah aku. Babah pun menjeling ke arah aku yang terpaku. Kak mairah dah ketawakan aku. Yupp, dia tak tahu siapa yang bonda dan babah cakapkan. Kalau dia tahu, dia yang akan halang. Srs.

"Siapa ni? Macam menarik je?", aku pun tutup muka dengan tangan. Huaaaaaa.. 😭😭

"Adalah budak tu. Bonda contact dengan dia tau sekarang. Bagus budaknya. Mak dia pun dah rapat dengan bonda.", Jawap bonda. Membuatkan kak mairah jadi makin teruja untuk tahu.

"Bondaaaaaaa.", terus meletus ketawa bonda dan babah.

"Eh, tadi pujuk babah. Ni dia pulak yang tak nak.", sakat babah lagi. Habis merona merah muka aku.

"Aip. Kenapa muka merah-merah? Nak kahwin? Hahahaha", sambung kak mairah.

Aku yakin, kalau kak mairah tahu siapa yang bonda dengan babah maksudkan, mesti dia terkejut. Senior gilaan ramai kot. Mahunya bergaduh dengan diva tu.

MUKMIN POV
"Kenapa dengan budak tu? Ada apa-apa dah jadi lagi ke? Ke kena buli?",

"Haaa.. fikir la lagi. Fikir sampai markah kau drop. Fikir-fikir. Kau dah nak masuk phd tau. Mana kau punya cita-cita? Campak macam tu je?", bebel amri. Aku terus garu kepala yang tak gatal.

Memang dia lah yang gantikan mak aku selama aku kenal dia dan selama mak aku dah tak ada. Bila balik rumah, kena bebal dengan ayah. Dekat sini kena bebel dengan dia. Emm, sabo je lah.

"Apahal diam? Kutuk aku dalam hati?", terus aku berlari arah dia dan kami berlawan wwe. Tulah kerja kitorang, dia bebel aku belasah dia.

Gambar ibu aku pandang lama. Terus gambarnya aku terlangkupkan. Tak sanggup aku tengok gambar ibu. Dah lama sangat ibu pergi. Rindu. Ayah pun jarang-jarang je call tanya khabar. Busy dengan anak-anak dia.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi.

"Assalamualaikum mukmin.",

"Waalaikummussalam ayah. Ada apa ni? ",

"Kamu sihat ke ni?",

"Alhamdulillah. Ayah?",

"Sihat. Ayah ingat nak melawat kubur ibu esok. Jom.",

"Allah. Nak ayah. Dah lama tak pergi.", hampir mengalir air mata aku. Rindunya aku. Dah berapa tahun aku pergi melawat seorang diri. Hari ni tiba-tiba ayah ajak. Hanya allah yang tahu macam mana perasaan aku.

Esoknya aku pergi dengan ayah. Macam-macam kami buat. Bersihkan kubur, siram air bunga, macam-macam lagi lah. Cerita pasal huzaifah dekat ibu pun dah. Ayah pun dengar je.

Sempat juga aku dengar ayah bercakap dengan kubur ibu. Yupp, babah berulang kali minta maaf dekat ibu. Kali ni, aku pula yang mendengar cerita babah.

Selepas puas bercerita dikubur ibu, kami pun bangun. Matahari pun dah tegak atas kepala. Panas dah makin terasa. Terus aku dan babah pulang kerumah. Babah kata mama masak tengah hari ni. Malas lah aku nak menolak. Jadi aku ikutkan je.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 02, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑Where stories live. Discover now