BAB 20 (FLASHBACK)

232 23 3
                                    

Huzaifa POV
"Alhamdulillah semua kerja dah siap.", aku menarik nafas dalam. Rasa lega dalam hati. Buku dari bawah meja aku cuba capai.

"Zafa", suara halus yang menyeru nama aku membuatkan aku terhenti. Nak kata suara ana dengan su, tak sama langsung. Tapi dorangkan jin yang boleh menyerupai apa-apa je yang dorang nak. Ok, malas nak layan.

Aku menyambung aktiviti yang tergendala tadi. Buku di bawah meja masih lagi tak tercapai. Apa lagi, aku terus tunduk ke bawah meja. Kepala aku terhantuk pada meja kerana terkejut. Aku yang dah terduduk terus mengundur kebelakang.

"Zafaaa", seru dia lagi. Benda tu bukan berjantina perempuan. Tapi lelaki yang tak berkepala. Darah pekat dan likat mengalir perlahan keluar dari lehernya. Ulat yang bergantung bergolek-golek terjatuh ke lantai.

"Kau ni siapa?! Ana dengan su mana?",

"Sampai hati kau halau aku dulu. Kau tahu tak aku sayang kau? Kau tahu tak!", aku masih terdiam sambil mencari suara tadi datang dari mana. Makhluk ni tak berkelapa. Jadi mana datangnya suara tu? Tangan aku menggigil. Darah dari lehernya mengalir dan bau hanyir memenuhi ruang bilik aku.

Aku tak tahu nak menangis ke apa. Pesanan ustaz masih terngiang dalam ingatan "amalkan ayatul kursi dan berselawat. Jangan mengalah dengan makhluk-makhluk ghaib.",.Aku yang masih terduduk mencari ana dan su sambil mengundur kebelakang. Tapi tak jumpa. Aku tahu kalau ada benda lain yang datang ke sini, mesti dorang mengamuk. Aku dah tak tahan jadi macam ni.

"Sayaaaang", benda tu merangkak dalam keadaan meraba-raba lantai menghampiri aku. Tangannya membelai rambut aku dengan tangannya yang berdarah. Aku pula dah menangis dan menutup telinga. Aku tak sanggup dengar suara dia. Darahnya tumpah keatas aku membuatkan aku menjerit ketakutan.
"Kita bersatu ye? Kakak kau dengan abang kau kan dah berkahwin. Aku tak nak kau keseorangan.", aku menggelengkan kepala. Darah-darah yang makin banyak melimpah atas badan aku membuatkan aku mendongak. Aku pelik dengan kehadiran darah yang hanyir tersebut. Bukan ke darah pada lehernya dah hampir kering?

Betapa terkejutnya aku bila kepala makhluk tadi berada di sebelah tubuhnya. Segala isi perut dan usus terjuntai kebawah. Kepala tadi tunduk memandang aku dan tersengih sambil menyebut nama aku berulang kali.

Aku mengalihkan pandangan ke kiri sambil membaca beberapa surah. "Kau takut dengan aku? Sampai hati. HAHahahahHah.", dia ketawa dengan kuat sehingga usus-usus terjuntai bergoyang-goyang kearah aku. Tanganya masih tak berhenti mengusap muka aku dan menenangkan aku. "Menenangkan ke?"

"Ya Allah. Beratnya dugaan aku hari ni. Aku minta bantuanmu.", aku memangis ketakutan. Selama aku boleh nampak makhluk-makhluk ghaib, tak pernah lagi aku takut seteruk ni.

"Zafa!", suara su kuat menjerit nama aku. Su dan ana terus menghampiri. Rupa mereka bukan lagi rupa yang aku kenal dan aku tahu muka mereka boleh berubah. Aku jadi tak mampu nak tengok segala rupa-rupa yang ada dihadapan aku. Kedatang makhluk penanggal tadi mengundang makhluk lain sehingga bilik aku dikerumuni pelbagai jenis kaum mereka.

Suara mereka saling menjerit dan mengilai. Aku tak tahu apa yang su dan ana buat selama aku pejamkan mata. Tapi yang aku tahu, mereka membuatkan penanggal tadi marah dan dia menjerit dengan suara garaunya.

Aku menutup telinga dan memandang kearahnya. Ye, dia ada atas aku yang sedang duduk memeluk tubuh dilantai. "Arghhhhhhh!!! Dia aku punya!!!", jeritannya terlampau kuat sehingga perut dan ususnya pecah. Isi perut berterabur dan darah membanjiri tubuh aku.

Terus aku tak sedarkan diri. Yang aku tahu, ana dan su dah pun menghilang.

Bonda POV

"Zafa! Buka pintu ni. Kenapa dengan kamu? Zafa!", penat bonda mengetuk pintu dan menjerit nama zafa.

Tapi suara zafa terlampau kuat sehingga mengalahkan suara bonda. Jeritan zafa semakin kuat. Jeritannya jelas menunjukkan dia dalam ketakutan. Bonda jadi semakin risau.

Yang paling merisaukan ialah pintu tak dapat dibuka walaupun menggunakan kunci. "Kenapa dengan anak aku ni. Sudah lah tu zafa. Sudah la dengan semua ni. Tolonglah kuat untuk bonda.",

Selepas jeritan yang paling kuat, tiba-tiba zafa diam. Tak bersuara. Pintu masih cuba dibuka tapi masih gagal. Jari bonda penat mendail nombor babah. Selepas bunyi bising dibilik zafa, barulah panggilan telefon dapat disambung pada babah.

"Abang, anak kita bang. Zafa terkunci dekat dalam bilik. Dia menjerit dari tadi.", bonda menangis sambil bercakap dengan babah.

"Sabar ye. Awak jangan menangis macam ni. Saya balik sekarang. Dia masih menjerit ke?", balas babah sebaik saja talian disambungkan

"Dia dah berhenti. Tapi pintu masih berkunci.",

"Awak dah cuba buka dengan kunci.",

"Dah bang, dah. Abang, cepatlah balik.",

"Ye. Jangan tutup fon. Saya dah dalam kereta ni",

'Kreeeeeeeeeekkk', bunyi pintu bilik zafa dapat didengari terbuka dengan perlahan dari dalam telefon.

'Bukk', telefon bonda terlepas dari genggaman.

"Sayang. Kamu buat apa kat dalam tu? Huzaifah?", perlahan-lahan bonda datang kearah zafa. Kaki bonda menggigil menghalang diri dari menghampiri.

"Awak! Jangan masuk! Kenapa dengan zafa tu?! Jangan masuk!", suara babah dari dalam telefon tak dapat didengari oleh bonda yang selang beberapa langkah jauh.

Bilik zafa gelap. Tak berlampu dan cahaya dari luar tak masuk ke dalam biliknya. Waktu senja yang baru sahaja selesai azan maghrib membuatkan keadaan dalam bilik zafa menjadi lebih suram.

Tangan zafa bergerak lembut melambai-lambai. Ayu, sungguh ayu mengikut rentak tarian tradisional melayu. Mata zafa memandang ke satu arah. Tetapi bukan bonda. Pandang pada 'sesuatu' yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hanya yang telah dibuka hijabnya sahaja.

"Allahu akbar, allahu akbar!", azan isyak berkumandang. Zafa terus terjelopok kelantai dan bonda ditarik keluar dari bilik. "Zafaa!",

"Zafa buka pintu ni! Zafa! Ya Allah anak aku.", bonda menangis dan berharap selesai azan isyak ini, semuanya akan kembali pulih. Doa selepas azan dibaca dengan bersungguh-sungguh. Tombol pintu dibuka, tapi pintu kembali terkunci.

"Awak, apa dah jadi tadi?", babah terus datang kearah bonda dan memeluk bonda yang sedang ketakutan. Badan bonda menggigil dan esakkan bonda semakin kuat.

"Abang, tadi saya nampak zafa menari. Dia tak pandang saya. Dia menari je. Menari tarian tradisional. Lepas tu bila azan isyak, zafa pengsan dan saya ditarik keluar dari bilik. Abang.. apa nak jadi dengan anak kita ni. Saya takut.",

"Sabar-sabar. Abang dah panggil ustaz dan pak imam. Lepas isyak dorang sampai. Saya dah panggil mereka datang.", babah masih memujuk bonda yang ketakutan.

"Assalamualaikum", suara beberapa orang lelaki kedengaran dari luar rumah. Babah dan bonda pergi keluar dan sambut ketiga-tiga lelaki tersebut yang dikatakan utusan pak imam semantara dia menguruskan jemaah solat.

Jiran-jiran mula dipanggil kerumah untuk membuat bacaan yasin berjemaah. Tak selang beberapa minit, datang jiran-jiran yang lain. Tak ramai yang berani terutama jiran perempuan, tapi cukuplah dengan kehadiran yang sudi untuk membantu.

Wana datang bersama pakciknya. Dia terus pergi kearah bonda dan memujuk bonda yang masih menangis.

👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑Where stories live. Discover now