BAB 18

219 14 0
                                    

Sampai je ke rumah, aku terus baring atas katil. Solat zohor sudah aku qasarkan dekat surau hotel sebelum balik. Kira-kira lagi 2 jam nak masuk waktu maghrib. Perlahan-lahan aku pejamkan mata. Banyak benda yang jadi kat aku hari ni. Penat.

'Ting!'

"Beb, ade orang happy gile hari ni.", mesej dari wana masuk. Terlupa pula aku dekat si wana sepanjang satu hari yang sibuk ni. Maklumlah wana tu jadi orang yang bagi gula-gula dekat budak. Aku mana boleh jalan-jalan. Tak pasal-pasal kena rasuk kat tengajalan

"Sape? Abang dengan kakak aku? ", siapa lagi kalau bukan dorang.

"Ade lah. Hahahahaha. Yang penting bukan abang or kakak kau."

"Lagi baik tak payah ws kalau tak nak bagi tahu 😒", telefon aku letakkan tepi bantal. Azan isyak berkumandang dan aku terus bergegas ke tandas. Jadual aku jadi mak

in padat lebih-lebih lagi bila assignment bertimbun dan aku sibuk dengan gangguan makhluk ghaib.

"Hahahahaha. Lek lah. Esok kat kolej aku story kat kau.", lepas solat baru aku buka. Tapi aku hanya tinggalkan bluethick selama 15 minit.

"Oklah. Aku pun tak larat ni.", baru je berniat nak baring, aku teringat yang jumaat ni ada assignment yang kena hantar. Laptop terus aku capai dan type sambil baring. earphone aku sumbat dalam telinga dan volume aku kuatkan untuk abaikan su dan ana
yang sedang bertengkar. Entah apa yang mereka gaduhkan.

Suku dari assignment dapat aku siapkan. Lagi 75% aku siapkan hari lain.

Mukmin POV

"Tersengih-sengih. Pagi tadi bukan main susah lagi aku nak tarik kau. Baju aku dah gosok semua aku dah sediakan. Tinggal nak paksa kau mandi dengan ikut aku je. Sekarang? Siapa yang angau?", amri membebel disebelah aku yang baru balik dari dewan hotel lepas tolong keluarga zafa.

Aku tersengih sambil menggosok belakang leher. "Tu lah, siapa suruh kau buruk sangka. Kalau tak, melepas dah.", aku bermonolog seorang diri. Setiap langkah aku hanya berteman senyuman manis. Rambut aku yang bergel dan telah digayakan oleh amri pagi tadi aku pandang lama. Kacaknya aku hari ni. Sebab tu dia pandang aku.

"Aku cakap dengan kau ni!", bantal dicampak ke kepala aku. Habis rosak rambut kesayangan aku.

"Woi!", bantal diangkat keatas dan hampir-hampir aku nak campak ke muka amri.

"Kau tak solat ke? Asal rambut tu stay macam tu?", soalan amri membuatkan bantal tadi terjatuh dari tangan. Soalan apa yang dia tanya ni? Selama ni aku yang tarik dia ke surau.

"Kau ingat aku sengkek sangat ke sampai tak de gel sendiri? Lepas solat aku gel balik la. Lagipun aku rasa gaya kau ni berjaya buat zafa pandang aku tak berkelip lah.", aku bercakap sambil menutup mulut.

"Jadi diri sendiri. Jangan jadi aku. Aku tahu aku hensem.", seloroh amri. Meletus ketawa aku. Geram pun ada dengan budak tu.

"Tu mak zafa ada bagi makanan sikit. Makanlah. Aku masih kenyanglah.", aku tanggalkan baju dan hanya bertuala sebelum melangkah ke dalam tandas. Walaupun aku gembira, aku asyik terfikir kenapa dengan zafa tadi. Apa yang dah jadi dekat dia?

Makanan tu dorang habiskan seramai 4 orang. Tinggal ayam goreng seketul je untuk aku ratah malam ni. Nasiblah dapat kawan pelahap.

"Weyh, tadi aku tengok kau dengan wana macam ada apa-apa. Sengih-sengih je korang masa bertembung tadi. Lepas tu wana bagi kau gula-gula. Pelik.", soal aku didepan tv. Rumah tu dah tak rupa rumah dikerjakan 3 orang housemate yang lain.

"Hahaha. Mana ada.", jawap amri.

"Tapi aku rasa wana tu comel gak. Hmm, tak dapat zafa mungkin aku nak try wanalah.", aku masih nak perangkap amri. Tapi tiba-tiba amri bangun dan pandang aku dengan pandangan tajam. Jarinya ditunjuk kearah aku.

"Kau jangan berani-berani eh?!", semua drama kami terhenti dengan bunyi telefon yang berbunyi serentak.

"Kau jangan berani-berani eh?!", semua drama kami terhenti dengan bunyi telefon yang berbunyi serentak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gambar aku tersebar dalam whatssap. Ada yang siap hantar gambar aku yang berbaju kemeja tadi kedalam instagram. Macam-macam caption dorang tulis.

"Wow mukmin. Kemain kau.",
"Uish uish.",
"Fuyyoo. Cemnyahh",
"Sejak bila do.",
"Jujur la aku cakap. First time aku kata kau hensem. Kalau tak aku panggil kau playboy je.",
"Patutlah awek keliling pinggang kau en.",
"Kalau mukmin yang biasa pun dah ramai yang rebut. Yang sekarang ni macam mana pulak.",

Aku menelan air liur. Mampus aku kali ni.

"Yang jaga goodies pun hensem. Yang pengantin tu macam mana pulak hensem dia?", salah satu ig yang terkenal mengepost gambar aku.

"Haaaa sudah la aku kali ni.", aku tahu orang yang post tu mesti kenalan aku juga.

"Bapak ah. Makin ramai la yang cari pasal nanti.",

Aku dah garu kepala. Serabut pula kepala aku malam-malam ni. Nak je aku hempuk orang yang post tu dengan bantal.

Sekali-sekala aku mengeluh. Aku harap tak viral la pasal benda ni. Tolonglah aku bangun pagi nanti, benda ni cuma mimpi.

Tapi, dalam mimpi pun aku diganggu dengan mimpi ngeri. Perempuan berkebaya merah dan mata berdarah menjeling tajam kearah aku. mimpi yang seterusnya ada emy pula. cuba bagi aku tersenyum seharian. Haishh.

'Ting!'

"Like seriusly?", mesej dari emy berserta gambar aku yang berdiri di sebelah zafa disend pada aku.

"Ye kenapa?", kalau aku layankan budak tu, mesti makin menjadi-jadi. Kolej tu walaupun besar, sekejap je boleh tersebar benda-benda tu.

"U dengan perempuan tu?!",

"Ok. Then? Memang jelas pun gambar tu tunjuk aku dengan dia. Kenapa?", aku menjawap dengan selamba.

"Sampai hati u buat i macam ni. Btw, kita belum putus lagi. So u jangan berani-berani nak curang.",

"Macam mana nak curang kalau kita ni tak ada apa-apa. Dah la. Tak payah mengarutlah emy.", telefon aku di silentkan dan diletak ke atas meja.

Whatsapp emy aku biarkan walaupun berbunyi tanpa henti. Hampir 15 minit jugak barulah telefon aku diam. Memang zaman sekarang ni gosip sekejap je tersebar. Ilmu tak nak pulak sebarkan. Kalau aku tanya homework, kuiz hari tu, perghhh! Confirm-confirm tak de orang jawap.

"Beb! Wana whatsapp aku.", jerit amri sambil berlari kearah aku. Baju lengan melayu berlengan panjang dan seluar slack di bawa sekali ke tempat gosok baju.

Baju tadi dicampak ke atas papan sambil memandang kearah aku. Dengan muka cemas dia terus arahkan aku cari buku yassin dengan ambil baju melayu. "Cepatlah! Urgent!",

"Sabar-sabar. Jangan buat aku cemas do.", aku berlari ke dalam bilik. Buku yassin aku bawa keluar sekali dengan baju melayu.

"Asal?", soal aku sambil pandang muka amri.

"Pergi bersiap.",

"Bagi tahu dulu!",

"Pergi jelah!," Jujur aku kata, amir jarang marah dan kali ni memang ngeri.

Keluar dari tandas, baju aku dah siap digosok. Aku masih buntu sambil menyarungkan seluar. Amri dah pun bersiap sambil mulutnya terkumat kamit membaca ayat kursi.

👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑Where stories live. Discover now