BAB 14

285 20 0
                                    

Hari ni mata aku kabur gila. Banyak kali aku gosok mata, tapi makin kabur. Kaca mata aku dilap pun masih kabur. Kabur, kabur dan kabur. 😌 'ting' telefon orang sebelah aku berbunyi dan aku hanya menjeling.

"Love u"
"Love u too"

Astaghfirullah. Apa yang aku tengok ni? Tiba-tiba jelas pulak bila tengok maksiat. aku terus bangun bila seorang lelaki menghampiri orang sebelah aku. Aduh, dating pulak. Tempat yang aku tuju ialah tandas sebab perut aku memulas. Ya, hari ni aku lifeless sebab class banyak cancel dan babah tak bagi balik sendiri.

Tepat 5 petang, aku keluar dari tandas. 'Ketang!' Pintu tertolak kebelakang dan aku hampir jatuh. aku jadi gelabah dan kaki aku gagah untuk berdiri memegang pintu.

"U ok ke? Kenapa pandang i macam tu?" Soal wanita yang tadi menghadap cermin dan kemudian berpaling kearah aku.

"Ah, err.. i'm just fine. Saya ok. Saya okehh..", perasaan takut aku cuba dibendung dan suara automatik mendatar. Air liur ditelan kesat. Peluh sejuk didahi dilap dengan perlahan supaya wanita tadi tak nampak perubahan aku.

"But, your face look so pale.", sambung wanita tersebut dengan prihatin.

"Your face look more pale. Don't care about the other people. Care about yourself first.", sampuk seorang lagi dari pintu sebelah. Degupan jantung aku menjadi semakin rancak berdegup.

"Aaa.. ya, don't care about me.", aku senyum sambil tunduk ke lantai. Wanita berdua atau lebih dikenali sebagai senior paling ayu tadi terus keluar. Wanita yang menegur aku memaling kearah aku yang masih terpaku didepan pintu tandas.

Tangan aku masih didada. Hoodie (penutup kepala) ditarik menutup mata. Aku tak sanggup. Tak sanggup nak dongak keatas. Tak sanggup nak pandang cermin. Sambil meraba-raba dinding, aku teruskan jalan keluar dari tandas.

"Ya allah. Pertama kali aku nampak benda tu.", bisik hati aku. Wajah budak lelaki tak berbaju dan berwarna hitam hijau lumut diatas bahu akak tu masih terngiang-ngiang dalam fikiran. Meremang bulu roma aku.

Keluar dari tandas, aku ternampak dua orang senior tadi tengah berbual di tepi blok kelas. Senior yang menyampuk perbualan aku dengan akak tadi memegang bahu rakannya. Hmm, benda tu dah tak de.

"Zafa?",

Aku menarik nafas panjang kerana terkejut. Pintu masuk tandas dipeluk kuat, nasib baik tak tergolek.

"Sorry, abang tak sengaja buat zafa terkejut.", sambung suara tadi.

"Err, tak pe.", aku masih tak berpaling kearah suara tersebut. Mata aku kembali kearah senior tadi. Tapi budak tadi masih tak de.

"Zafa? Abang bukan nak kacau zafa. Tapi..", suara tu tetap aku biarkan. Tumpuan aku masih lagi tertumpu pada dua senior tersebut. Aku.. aku cari mana makhluk yang aku nampak dalam tandas tadi. Mustahil dia hilang macam tu je.

"Sudah-sudah la pandang dua orang tu.", cakapnya secara meleret. Tepat pada masa tu bulu roma aku meremang. Perlahan-lahan aku pusing ke arah suara tadi. "Err.. abang panggil zafa ke tadi?", soal aku dengan pelik sebab lelaki tersebut memandang ke arah pokok bukannya aku. Tak kan aku nak tepuk bahu dia pula. Apa aku nak buat ni?

"Abang? Sorry, tadi zafa bukan tak nak pandang abang. Cuma...", lelaki tadi masih tak alihkan pandangan. Tak kan merajuk kot? "Abang? Dengar tak ni? hello? Assalamualaikummmm. Astaghfirullahhal'azim", ucapan salam aku bertukar jadi istighfar sebab terlampau terkejut dengan apa yang ada depan mata aku.

Aku nampak diri aku sendiri dan atas bahu aku ada budak tu! Macam mana aku boleh ada dekat tepi pokok tu? Aku ni apa? Kejap, tu bukan aku. Aku kat sini lah!

Satu minit aku berdiri dan mengesahkan badan aku. Tangan aku tak tembus kat perut macam dalam tv. Aku tumbuk dinding masih lagi rasa sakit. Tapi, tak kan aku nak tegur dia? Kalau dia terkejut? Histeria? Trauma? Demam? Kejung? Dehidrasi?

Ok-ok, aku dah mengarut. Sekarang, aku perlukan jalan. Aku rasa benda tu marah sebab aku perhatikan dia dari tadi. Erghh! Benda-benda ni memang tak de benda lain yang dorang nak buat selain rosakkan kaum adam!

"Wow! Aku tak pernah sentuh lelaki sampai macam tu! Benda ni memang dah melampau!", aku jadi bengang bila benda tu sentuh tangan lelaki tersebut. Nak kena budak ni. Memang nak kena dengan aku. Kalau aku dapat, aku genyeh-genyeh dia sampai lumat.

Hah! Akak senior tadi. Aku boleh minta tolong dorang. Langkah aku terus dituju pada dua akak tersebut dengan pantas. "Kak, tolong saya boleh? Saya segan la nak tegur abang yang dekat depan tu. Tapi emm, boleh tak akak bagi dia fail ni lepas tu cakap yang miss rozani nak jumpa?",

"Boleh. Sekejap eh.", jawap akak yang bahunya diduduki budak tadi.

"Ah! Sikit-sikit nak tolong orang. Cuba la kau fikir masalah kite sekarang ni. Tak habis-habis la!", marah seorang lagi. Aku terdiam. Akak tadi pula hanya mengendahkan apa yang kawan dia cakap.

"Maaf kak. Saya cuma...", aku terus ditinggalkan seorang diri. Tercengang jugak la 😟 aku perhatikan senior tadi. Sekejap je dia bercakap dengan lelaki tu. Terus semua selesai. Alhamdulillah. Kalau dia yang tegur lelaki tu, rumit dah jadi.

"Tapi kan dik, tadi akak tengok dia tercari-cari sesuatu lepas akak pergi. Dia cakap mana pulak budak ni pergi?",  aku buat muka pelik sambil menganggukkan kepala. Akak tadi terus beredar lepas berbual sedikit. Sempat juga aku ambil nombor telefon akak tu. Mana tahu nampak benda tu lagi, boleh la dia tolong.

Sementara tunggu babah, aku berangan sambil mengendahkan kata-kata ana yang dari tadi tak berhenti membebel. "Zafa, hari tu su kata dia sayang kau sangat-sangat. Dia harap kau tak lupakan kitorang. Tak tinggalkan kitorang. Bla bla bla.", suara ana ni memang sedikit mendayu dan sayu jadi boleh la aku berangan. Tak macam su, sekali dia bersuara meremang bulu roma.

"Suka berangan huh?", terkejut aku bila su menyapa. "Kau memang tak nak kitorang jadi kawan kau kan", sambungnya lagi. Aku terus pandang tempat lain. Ya, aku mengaku sekarang aku rasa aku bukan kat dunia nyata. Banyak makhluk-makhluk pelik berkeliaran. Kalau aku jawap jujur, mahu semua makhluk pandang aku.

"Eh, dah lama aku nak tanya korang. Bila ramadhan kan? Korang pergi mana eh? Kena ikat tu macam mana?", muka su terus membahang. Dia memusingkan badan.

"Tak perlu tahu. Yang penting, masa kitorang diikat kitorang tahu semua manusia mentertawakan kitorang. Tapi, dorang lupa yang kitorang pun ketawakan manusia sebab dorang dah boleh jalan kan tugas jahat tanpa kitorang. ", aku terdiam dan menganggukkan kepala. Su memang berdendam dengan manusia ke?

'HON! HON!'
Semua makhluk tadi terus hilang. Kereta babah jelas terpampang didepan mata aku. kepala babah dah pun menjenguk memanggil aku. Dengan muka bersalah, terus aku berlari masuk dalam kereta.

Haihh, hari ni banyak pula benda nak jelma depan aku. Cuma, kenapa benda tu nak bertukar jadi aku? Ape yang dorang bualkan?

👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑Where stories live. Discover now