BAB 19

210 18 0
                                    

Enjin kereta dimatikan. Kawasan perumahan ni macam aku pernah datang cuma aku tak ingat lebih-lebih lagi di waktu malam. Ikutkan hati memang nak tanya amri tapi bila teringatkan muka bengis amri, jadi mereman bulu roma. Selama ni aku yang selalu garang. Entah kenapa sem ni aku nampak lemah. Penangan cinta? Pfftt.

Monolog dan sengihan aku terhenti bila wajah babah zafa kelihatan risau di depan pintu rumah tersebut. "Jangan kata ni rumah zafa.", soal aku dalam keadaan terkejut. Rumah-rumah jiran aku perhatikan. Cuma rumah ni je yang berlampu terang berderang. Dada aku berdebar. Minda dan hati aku sibuk berkata ada sesuatu yang buruk berlaku. Aku tak sedap hati.

"Ye. Ni rumah zafa. Kau dah ade wudhu' belum?", aku menganggukkan kepala dengan laju.

"Jom.", lama juga aku bermonolog dari tadi. Baru dia nak ajak aku keluar? Telefon di tangan amri aku perhatikan. Whatsapp yang tertera nama wana jelas kelihatan. Perbualan macam serious.

Surah yassin bergema dalam rumah zafa. Jeritan juga tak berhenti menyahut. Naik bulu roma aku.

"Abang amri dah sampai pun. Risau wana kalau jadi apa-apa. Sebab jiran lain semua ada masalah nak ke sini tadi. Tapi sebab jasa tok imam ni, semua orang yakinkan diri untuk datang.", wana terus datang ke arah amri dengan muka yang merah. Air matanya bertakung dikantung mata.

"Ada la juga masalah tadi masa dekat rumah. Abang tak jumpa buku yassin yang biasa abang letak. Lepas tu baju abang ada satu terbakar masa gosok, baju tak dapat nak gosok. Emm, ni kenapa sebenarnya.", amri dah menjenguk ke dalam bilik yang riuh dengan suara jeritan.

Bukan suara perempuan. Tapi suara lelaki.

"Lagi baik abang pergi baca yassin dulu. Nanti temankan babah zafa dengan imam untuk uruskan hal dekat dalam", amri akur. Dia terus tarik aku keruang tamu untuk baca yassin.

Selesai bacaan yassin, wana memandang kearah aku dan amri. Dia menunding jari kearah kami pada tok imam dan babah zafa.

"Kalau kena masuk dengan imam, kau masuk la eh? Tak kan aku yang masuk?", kata amri. Aku pandang kearahnya. Tiba-tiba nama aku dan amri dipanggil.

"Siapa yang nak masuk sekali ni? Dua-dua?", soal tok imam. Babah zafa dah sedia pergi kearah isterinya. Jelas riak kerisauan dimukanya.

Amri terus menggeleng. "Saya tak berani tok. Biarlah dia yang masuk.", imam tadi terus anggukkan kepala.

Aku dengan tak faham apa-apa, terus mengekori tok imam. Dia suruh aku baca ayat kursi. Katanya jangan pernah berhenti berselawat dan bertasbih. Terus pintu bilik dibuka.

Seorang perempuan sedang duduk bersila kearah pintu. Rambutnya mengurai panjang kedepan. Kaku.

"Jangan berhenti baca selawat dan ayat kursi.", kata tok imam sekali lagi. Ustaz dari darul syifa' terus berlari kearah pintu sebelum pintu bilik ditutup.

"Ustaz, tok. Hmm.", suara garau mula kedengaran.

"Assalamualaikum.", kata zafa dengan pelat dan bacaan yang salah. Masih tiada jawapan dari empat mereka. Zafa tersengih.

"Takut? Mukmin konon! HAHAHAHA! Mukminin wal mukminat? Manusia, manusia.", dia mula mempermainkan nama aku. Sejujurnya memang ada rasa takut. Tapi rasa kesian dan sayang pada zafa semakin kuat melawan perasaan.

"Duduklah macam biasa korang duduk keliling aku.", ustaz tadi terus duduk dan ikut apa yang zafa cakap. Zafa ke? Bukan zafa dah ni.

Ustaz tak duduk bersila. Tapi dia duduk dalam keadaan bersedia. Sebelah lututnya ketanah. "Aku arahkan dengan baik untuk kau keluar. Keluar!",

"HAHAHAHAHAHA", zafa mengilai kuat. Posisinya berubah mengikut posisi ustaz.

"Kamu. Duduk sebelah kanan ustaz.", aku terus mengikut arahan ustaz. Mulut masih terkumat kamit seperti yang disuruh.

Zafa terus memandang kearah aku. Cara dia pusingkan kepala bukan cara yang biasa. Dengan rahang-rahang dia sekali tergerak memandang kearah aku. Dia tersenyum.

Dalam keadaan bercangkung, dia terus memusingkan badan kearah aku. Dia mula merangkak menghampiri aku.

"Jangan dekat dengan dia.", arah ustaz pada zafa. Tok imam dah bersedia kearah belakang zafa. Manakala babah zafa berada ditepi aku untuk lihat apa yang berlaku seterusnya.

Aku terasa janggal. Aku dah dijadikan sebagai umpan. Dalam masa beberapa saat, muka aku dan zafa dah bertentangan antara satu sama lain. Jarak antara muka kami hanya 1cm.

"Kau sayang dia? Cinta kau tak kan mampu untuk lawan rasa sayang aku dekat dia. Dia aku punya.", aku menahan nafas. Mulut dia mashaallah, bau bangkai.

Dia terus tersengih menyeringai. Aku masih yakinkan diri untuk bertasbih dan baca ayat kursi.

"Hmm..", dia duduk bersila menghadap aku. Kepalanya dilentok-lentokkan mengikut rentak bacaan aku. Entah apa yang dia suka sangat.

"Kau tak nak keluar?", ustaz masih cuba berinteraksi.

"Shhhhh. Jangan ganggu dia.", aku jadi terkejut bila suara tadi bertukar jadi suara zafa. Zafa halang benda tu kacau dia?

"Dengan lafaz bismillah hirrahmanirahhim.", ustaz membaca ayat al quran.

"Awak, panas. Mukmin tolong saya. Suruh ustaz tu berhenti. Saya sakit.", zafa menangis teresak-esak merayu pada aku. Hampir terhenti bacaan aku tadi. Dalam hati aku dah sumpah seranah pada diri. Jangan tergoda dengan rayuan dia!

Dia mengilai kuat. Tercabar mungkin? Zafa dalam posisi merangkak memandang aku. Tangannya memegang muka aku. Tak pernah lagi dia sentuh aku. Ya Allah.

"Ahhhhhhh!!", aku terus menutup telinga. Nyaring. Zafa dah menggelupur diatas lantai. Badannya di tarik kebawah katil.

"Zafa!", aku menjerit nama dia kerana terkejut. Ustaz tahan aku dari terus ikutkan perasaan.

"Ustaz. Tolong ustaz.", tangan zafa terkeluar dari bawah katil. Hanya suara merayu supaya bacaan diberhentikan saja yang kedengaran.

Tangan zafa semakin membiru membuatkan aku tak sanggup nak pandang apa yang berlaku. Ruang diberi pada babah zafa.

"Habis bacaan saya ni, terus bersedia untuk tarik dia keluar.", arah ustaz pada babah.

Bacaan dikuatkan. Ustaz menyentuh lantai dan baacan tadi dihembus kedalam katil. Tapi masih tak jadi apa-apa. Hanya jeritan yang menyambut bacaan tadi.

"Allah.", ustaz berpeluh dan sedikit mengeluh sambil menyebut nama Allah.

Ustaz menarik nafas dengan dalam sebelum memulakan laungan azan. Jeritan tadi semakin kuat. Dari jeritan garau sehingga jeritan perempuan dan jeritan suara zafa yang halus.

Separuh badan zafa terus keluar dari bawah katil. Babah zafa menyambut anaknya kedalam pelukan. Zafa didukung keatas katil dan lampu menyala dengan sendiri. Muka zafa yang pucat dan berpeluh dilap dengan tangan babah zafa. Rambut zafa ditutup dengan selimut.

Baru aku tersedar yang zafa tak menutup auratnya. Aku terus usap muka aku dengan tangan kanan sambil memalingkan badan. Aku melangkah keluar dengan tok imam.

Air yassin diambil dari luar dan disapu ke muka zafa. Melihat keadaan reda, Bonda zafa dan wana sedang menangis di ruang tamu tanpa henti terus berlari ke dalam bilik.

👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑Where stories live. Discover now