BAB 12

303 19 1
                                    

"Abang, anak-anak awak ada nak cakap sesuatu.", kata bonda. Babah yang sedang sibuk membuat kerja hanya menganggukkan kepala. Entah dengar entah tak.

"Abang. Dengar tak?", soal bonda lagi. Babah terus bangun dengan laptopnya ke ruang tamu. Kalau dia tak bertindak dengan apa yang bonda cakap, mesti tangan dia dah dicubit.

"Haa apa dia anak-anak babah nak cakap?", laptop babah diletak atas meja sambil kakinya disilang.

"Kitorang dah dapat dah calon isteri dan suami kitorang", kata abang dengan bangga. Aku yang berada ditepi hanya memandang kearah mereka. Aku memang selalu jadi pemerhati. 😌

"Bagus lah. Nak babah cepatkan tarikh ke? Oh ya, nak kawin nanti sama tarikh ke? Babah ingat nak senang satu tarikh je.",

"Apa satu tarikh je. Tak best lah!", sampuk kak mairah.

"Dua tarikh lah babah. Tak best la satu tarikh.", kata abang pula. Babah menganggukkan kepala.

"Babah akan bagi dua tarikh kalau kamu berdua dengar cakap.", mereka mengangguk kepala. Mereka sangat berhati-hati kebelakangan ni cuma sebab babah.

Baru je aku nak rehat, tiba-tiba telinga aku berdesing. "Auchh!", lama telinga aku berdesing kuat sampai aku terduduk. Bantal ditekup ketelinga. Sakit dalam gegendang aku tak terkira.

"Zafa! Kamu ok ke? Buka pintu ni.", suara bonda hanya samar-samar. Aku pun tak pasti sama ada aku ada bercakap atau menjerit tadi.

"Ish! Kau diam boleh tak? Memekak do!", marah maira pula. Bantal dibaling kekepala aku. Terus telinga aku lega tapi pandangan aku hitam. Dapat aku rasa badan aku diselimut dengan rambut-rambut panjang.

"Maira, buka pintu ni. Kenapa dengan adik kamu?", maira terus kepintu mengikut arahan bonda.

"Entah dia. Ni dah diam pula. Bagus la tu.", jawap maira dengan geram.

"Dia mengigau ke? Bagi bonda tengok dia.",

"Tak pe bonda. Zafa dah ok.", aku bangun membelakangi bonda. Badan aku terasa lenguh. Cepat-cepat aku ketandas.

"Kau siapa? Su? Ana? Bagi lah tahu!", arah aku sambil tangan menampung badan pada sinki dari jatuh.

"Hahahaha. Aku suka tengok kau. Aku boleh tolong kau halau ana dengan su tu.", jawapnya. Langsung tak tunjuk muka. Hanya tahu menyerang.

"Aku tak percaya dekat sesiapa pun. Dah la! Jangan kacau aku!",

Terus keadaan jadi diam. Baru sahaja aku melangkah ke arah pintu, badan aku dicampak kedinding.

"Zafa!", jerit bonda. Pintu tandas dirempuh oleh babah.

"Kenapa ni? Apa yang dah jadi?", soal babah sebaik aku sedar pagi tu. Entah dah tengah hari kot. Subuh pun entah kemana.

"Tak ada apa babah, zafa jatuh je. Babah jangan risau.", balas aku dengan sebaris senyuman.

"Abang, bagilah zafa tu mandi dulu ke apa. Nanti-nantilah tanya soalan tu. Kesian dia. Jom ikut bonda.", tangan aku ditarik ke tandas. Apa yang berlaku malam tadi masih segar dalam ingatan aku. Pertama kali aku dicampak sebegitu.

"Siapa yang datang semalam? Aku ada bau lain dalam bilik kau.", soal ana sebaik sahaja aku berniat nak buka baju. Nasib baik je belum buka.

"Cubalah bagi salam dulu ke. Tak pun tukar muka kau tu. Seramlah. Pasang mata kau tu betul-betul", ana tergelak kecil. Dia memaling kebelakang dan membaiki matanya.

"Sekarang jawab soalan ana tadi", sampuk su pula dari belakang.

"Aku penatlah. Kau tahukan apa dah jadi. Tak payah la tanya macam kau tak tahu. Aku nampak korang masa aku jatuh dari dinding.", su memandang ke kiri dengan mukanya bertukar merah.

👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑Where stories live. Discover now