BAB 8

278 19 0
                                    

Maira POV

"Oh, i'm so dead. Apa aku nak cakap dekat irfan ni? 😵",

"Hey princess. Are you ok darl?", pipi aku hampir dicium seperti biasa. Tapi kali ni aku tolak.

" ok. I can smell something not right on you. Nampak gelisah je ni. What's wrong?", sambung irfan lagi.

"Enough irfan! Don't act like you care about me.",

"Hey, apa yang i dah buat sampai you cakap macam ni? Cool down baby.", pujuk irfan. Agaknya kalau orang lain dengar mesti muntah.

"Babah i lah. I geram betul! Why always zafa yang dia bela? Anak dia tu je lah yang dia manjakan?! Erghh", luah aku. Pen dihentak-hentak pada meja.

"Oh, your twin. Hm, actually i nak bagi tahu you something. Tapi bila tengok you ada masalah macam ni, let me try to fix it first.", kata irfan dengan penuh kata-kata manis. Aku hampir melting dengan cara dia layan aku. Betul-betul macam princess. Sekarang, aku percaya yang dia dah berubah dan nak pujuk aku balik.

"How will you fix it? Sedangkan you tak tahu apa masalah i.",😏

"You kan my future wife. I can smell it. It smell so Yummy 😋", gurau irfan. Tangannya membelai lembut tangan maira.

"What? Future wife? Why do you call me that? Are you serious in our relay?", aku terkejut dan gembira!

"Of course i serious. You ingat i main-main ke? Hey, marry me.", irfan terus melutut. Dalam fikiran aku, sekarang ni betul-betul green light. At least aku tak payah kahwin dengan aziz.

"I terharu sangat", air mata aku dipaksa untuk keluar. Haishhh, nangis lah. Aku nak berlakon terharu depan irfan pun susah.

*****
'PANG! PANG! PANG!'

Kedengaran barang-barang dicampak kelantai. Aku melajukan langkah bila rasa tak sedap hati mula datang. Rasa risau aku makin bertambah bila kunci loker aku hilang.

"Weyh! Apa korang buat dengan buku aku ni?! Berhentilah! Janganlah campak! Apa masalah korang ni? Ni loker aku! Qisya! Stop!", jerit aku tapi langsung tak diendah.

Aku memandang tangannya yang menggenggam satu buku tebal yang hampir koyak dikerjakannya.

"Weyh, tu buku kursus aku. Kau tahu kan buku tu aku nak guna sampai habis belajar? Bagi balik dekat aku.", kata aku lembut. Air mata aku dah bertakung seperti pengemis yang meminta belas kasihan.

"Kau nak? Assignment hari tu kau buat? Kau tahu hanis kena marah dengan lecturer sebab tak siap?! Kau nak sangat buku ni kan? Nah!", sempat qisya mengoyakkan buku tersebut kepada dua sebelum dicampak ke muka aku.

"Jijik lah kau!", tengking hanis disebelah telinga aku.

Satu persatu buku dikutip semula. Air mata aku dah bercucuran tak sempat tertadah. Aku malu bila semua orang pandang dan ketawa. Bila qisya buat macam tu dekat aku.

'Pang!' Pintu loker ditolak kuat sehingga terkena pada kepala aku.

"Cepat sikit buat kerja tu cleaner!", kata azrin. Semua yang berada disitu mentertawakan aku dengan lebih galak.

Selesai mengemas semua buku, barulah kaca mata aku yang senget dari tadi dibetulkan semula. Jaket aku dikemaskan dan aku memandang cermin. Ada luka dekat pipi. Baru aku terasa pedih. Mungkin luka masa azrin menolak pintu loker tadi. Kaca mata aku pun retak sebab dia. Kuat juga budak azrin tu.

"Weyh, kau dah kenapa ni? Ada luka lah. Aku ambil first aid jap.", kata wana risau. Dia baru je habis kelas, dah stress sebab aku.

"Tak payah. Aku ok je. Jom balik.",

"Tapi..",

"Tapi apa? Jom balik.", tangannya aku rangkul keluar dari kolej.

"Kau betul ok? Aku harap sangat dapat balas balik jasa kau. Kau ingat tak masa sekolah rendah dulu? Kakak kau selalu buli aku. Kau ni dah macam hero aku. Kalau kau lelaki, dah lama aku yang minta kapel dengan kau.", kata wana. Tangan aku dipeluk erat.

"Haha. Geli lah kau ni. Aku perempuan tau.", tangannya ditepis. Naik bulu roma aku.

"Hm, aku masih berhutang dengan kau. Dulu, aku ada dua pasang baju sekolah je. Tiga tahun aku pakai baju yang sama. Kalau keluar main pun, aku pakai baju yang sama. Kau pun tahu aku bukan orang senang. Baju basahan aku ada 3 pasang je.", aku terdiam. Apa patut aku jawap? Aduh, wana berjiwang pula.

"Bila kau beli baju baru, mesti ada je baju lama yang kau bungkus dan bagi dekat aku. Sampailah satu hari tu, kau kena marah sebab baju kau banyak hilang. Bila babah kau tahu perkara sebenar, barulah babah kau tolong tanggung aku. Sampai sekarang, biaya kolej pun babah kau ada bank in dekat aku.", mood wana berubah dari ceria dan risau menjadi sedih.

"Relakslah. Aku anggap kau ni kawan aku. Apa gunanya kawan. Lagipun, kau tak payah la rasa terhutang budi. Babah aku bagi ikhlas dekat kau sekeluarga.", bahunya dipeluk erat. Aku memang anggap dia macam adik beradik aku sendiri.

"Abang, wana dapat tahu yang zafa kena buli tadi. Muka dia luka sikit. Risau lah pasal dia.", wana mengadu pada mukmin dan amri semasa dalam perjalanan ke rumah.

"Kau mesej siapa tu?", aku terjenguk-jenguk ke dalam telefonnya.

"Mana boleh! Rahsia.", cepat-cepat telefon bimbitnya disorok bawah lengan.

"Hahah. Habis lah telefon kau. Mesti bau busuk bawah ketiak tu", usik aku sambil menutup hidung.

"Ehhh! Tiak i wangi ok?", telefonnya di keluarkan kemudian dibau. Aku terus tergelak dengan aksi dia. Boleh pula pergi bau dekat tempat awam macam ni.

"Asal kau gelak? Biarlah aku nak bau pun. Haaa. Aku dah cakap dah ketiak aku wangi. Eleeehh", aku masih lagi dengan saki baki tawa aku. Susah betul aku nak gelak sekarang.

'Fuuuuhhhh' angin bertiup kencang bila kereta lalu disebelah kami. Cuaca sekarang redup je. Tenang sangat. Tak salahlah aku pilih untuk jalan kaki hari ni.

Tanpa aku perasan, jaket penutup kepala aku terbuka.

"Cantiknya kau kalau dapat pakai pakaian kau macam biasa.", puji wana. Dia memang rindu aku yang dulu.

"Huh?", aku memandang tepi. Baru aku perasan. Penutup kepala ditarik semula.

"Eh, kenapa dengan kaca mata kau? Bila retak ni?",

"Entah la. Tadi kot.", balas aku pendek sambil membetulkan jaket.

"Sebab dorang tadi ke? Ya allah. Kau ok tak? Ada kaca masuk dalam mata ke? Haishh! Dorang ni memang dah melampau.",

"Aku ok je. Relaks lah.", wana jadi semakin risau. Dia sanggup hantar aku sampai dalam rumah.

"Wana, dah lama bonda tak nampak. Rindunya bonda dengan kamu.", kata bonda. Wana terus dipeluknya.

"Wana pun rindu bonda.", jawapnya pendek sambil membalas pelukan. Dia terpaksa minta diri sebab pakciknya perlukan bantuan dirumah.

"Abang pun rindu dia. Kalau aku kahwin dengan dia kan... agak-agak mesti bahagia.", abang mencelah.

"Ishh. Nak ke dia dekat kamu?", balas bonda. Abang hanya membalas dengan memek muka mata keatas.

"Woi perempuan! Kirim salam dekat wana ku sayang.", aku pulak yang membalas memek muka yang sama.

👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑Where stories live. Discover now