"Zafa baru balik ke?", soal bonda dari luar bilik. Aku terus menganggukkan kepala.
"Pandang bonda sekejap, sayang", aku terus terdiam. Perlahan-lahan aku pandang arah bonda. Kening aku dijengkitkan sedikit.
"Ye bonda?", kaca mata hitam aku disarung. Memang tu bonda. Tapi kenapa muka bonda pucat? "Bonda ada apa-apa yang nak bincang ke?",
"Eh, tak de. Bonda saje nak tengok zafa. Em, tak berlengas ke badan? Pergi mandi.", arah bonda. Aku pun terus pergi kearah bonda. Tangan bonda aku pegang.
"Bonda ok ke ni?", tangan aku terus mencapai suis lampu dan nyalakan. Bonda senyum lembut sambil menganggukkan kepala. "Kalau ada apa-apa, bonda bagi tahu zafa ye?", aku pun terus mencapai tuala dan bersiap untuk mandi. Bonda pula terus menutup pintu.
Jam dinding dikerling. "Dah pukul 6 30. Sekejap je masa berlalu.",
"Zafa!", jerit bonda dari luar bilik. Aku yang sedang membelek muka di cermin terus berlari mendapatkan bonda.
"Ye bonda?", hampir terkejut bonda mendengar suara aku disebelahnya. Mana taknya, bonda menjerit kearah luar tingkap.
"Zafa..", keadaan bonda sangat-sangat buat aku risau.
"Bonda dah siap masak ke? Zafa baru ingat nak tolong bonda.", aku menukar tajuk. Muka bonda nampak terlampau terkejut. Mungkin ada sesuatu yang dah jadi pada bonda satu hari ni.
"Ah, jomlah tolong bonda dekat dapur. Tinggal nak hidangkan je.", bonda ku suruh duduk dan semua makanan aku hidangkan. Lauk hari ni banyak sebab kata bonda kakak dan abang balik hari ni. Aku hampir tak ingat yang aku ada abang dengan kakak hahaha. 😂
Malam tu habiskan masa dengan mengaji. Habis 5 muka surat, aku capai laptop dan teruskan dengan assignment.
"Zafa, kau tak kena ganggu lagi ke?", jerkah kakak dari luar bilik. Eh luar bilik aku gelap? Suara kakak hilang macam tu je.
"Kak?", soal aku sambil menjenguk ke luar. Suis lampu luar aku tekan.
"Bonda? Babah? Abang?", nama seorang-seorang aku panggil. Tapi tiada yang menyahut. Aku nampak kakak dihujung ruang tamu. Tanpa bersuara, aku datang kearahnya.
"Aku rindu kau.", kata kakak. Aku terdiam. Terus bayangan kakak berlari laju kearah aku.
"Allah!", nafas aku tercungap-cungap. Rupanya aku bermimpi. Degupan jantung aku periksa. Hembusan nafas lega aku hela. Pandang sahaja ke kiri aku menjerit lagi.
"Kak!", mana taknya muka dia ada disebelah aku dari tadi.
"Haha. Kau ni tak berubah lagi rupanya.", aku hanya mampu tersengih. Muka kakak aku pandang. Muka kak mairah lebam?
"Kak, kau jarang tegur aku. Kau ada masalah ke?", mairah terus pusing. Pintu aku ditutup rapat dan dia kembali ke katil.
"Kau ok tak ni?",
"Diam ah", jawap dia perlahan.
Sedang aku leka dengan assignment, tiba - tiba mairah bersuara. "Aku rindu rumah ni.", confirm dia tak ok. Aku masih lagi berpura-pura tak dengar. Sejujurnya, hari ni memang pelik. Kening aku berkerut bila terfikir tentang bonda dan kakak hari ni. Aish!
Aku menjeling arah mairah. Tangan dia lebam! Bukan lebam biasa-biasa ni. Tangan dia aku pegang kuat. "Kak, asal tangan kau?", dia merengus kuat sambil menarik tangannya dan berlari keluar. Aku terus mengejar dia keluar bilik.
"Kak..", langkah aku terhenti apabila suaminya berdiri didepan pintu bilik mereka. Abang dan isterinya dah memandang arah aku dengan pelik.
Aku dah tersengih memandang abang ipar. Langkah aku diteruskan kedapur. Oh ya. "Abang, kau tidur sini ke?", soal aku pada abang yang berada di ruanh tamu.
"Aku ingat nak tidur sini. Tapi bilik penuh. Takkan nak tidur dekat ruang tamu? Kesianlah isteri aku.", akupun tersengih kearah isterinya. Alhamdulillah kakak ipar aku dah berubah sikit. Mana taknya Babah tegas dengan abang. Siap cari kelas agama untuk abang. kak mairah? Hmm
Aku duduk di atas katil dengan laptop. Datanglah dua ekor tu teman aku dengan muka sedih mereka minta simpati. Hingat gua nak kesah dengan dorang? No no.
Tak berhenti dua ekor tu menguis cadar aku minta simpati konon. "Zafa.. layan la kitorang.", kata ana. Mata aku ditutup rapat malas nak layan.
"Nak tahu sesuatu tak? Aku ada rasa sesuatu pasal abang ipar kau tu.", kata su pula.
"Tak nak tahu? Hmm. Lebam kat badan kakak kau tu sebab kena pukul dengan dia lah.", sambung su lagi. Terus aku memaling kearah su.
"Asal kau menuduh macam tu?", su memusingkan anak mata 😒
"Dah tu kau nak cakap dia kena gigit dengan kaum aku? Nak ikut sangat firasat-firasat fakta-fakta orang kat internet tu? Nak kata dia jatuh tandas? Terlanggar barang?", su bengang dengan kebengapan aku.
Lama aku berfikir.
"Zafa, cubalah percayakan kami. Untuk kebaikan kembar kau jugak.",
'Krekk' pintu aku dibuka perlahan dari luar. Bayang-bayang dari luar pintu kelihatan besar bukan macam kak mairah.
Aku terus berpura-pura tidur. Lupa pula aku yang sekarang dah pukul 2 pagi. Katil aku dinaiki seseorang. "Ya Allah apa ni?", bisik hati aku.
Tangan besar tadi melingkar ke pinggang aku. Belum sempat pelukan dirapatkan, terus aku capai lampu tidur dan nyalakan. Lampu tadi aku hala kearah makhluk tadi. (Sebab aku belum pasti tu manusia atau makhluk yang macam su dan ana)
"Tuan aku suka kau.", aku terus terduduk dilantai. Bacaan alquran yang aku amalkan serta merta aku lupa. Ya allah.
"Abang!! Apa abang buat ni?!", Jerit kak mairah. Aku terus tersedar. Aku ditimpa abang ipar aku sendiri? Mulut aku ditekup olehnya. Tangan aku terkunci tak dapat bergerak.
"Irfan!", dia terus ditarik oleh babah. Pertama kali aku tengok babah menumbuk orang. Habis lunyai abang ipar aku dibuatnya. Aku yang masih trauma dengan apa yang berlaku terus kaku didalam pelukan bonda. Air mata aku mengalir walaupun aku masih dalam kecelaruan. Apa yang berlaku tadi?
Kak mairah pula menampar aku sebaik sahaja bonda dengan babah keluar dari bilik bersama irfan. Mulut aku terkunci. Jelas kelihatan su tersenyum dibelakang kak mairah.
"Su?", bisik hati aku. Mata aku mencari ana tapi tiada.
"Anaaa!", jerit aku kuat.
"Apa yang korang buat dekat aku ni?! Korang nak apa?!", bonda terus berlari kedalam bilik aku. Aku dipeluk kuat untuk halang dari mengamuk tak tentu pasal. Kuat aku menjerit memanggil nama kedua?ua ekor makhluk tersebut.
"Kalau jadi apa-apa dekat anak aku, aku tak kan maafkan kau. Sekarang juga aku nak kau keluar dari rumah ni. Aku tak nak tengok muka kau.", halau babah.
"Mairah, kau pilih nak ikut suami kau atau tinggal dekat sini.", sambung babah lagi pada mairah. Dia terus terdiam. Babah pula masuk kebilik mendapatkan aku.
YOU ARE READING
👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑
Aléatoirepasangan kembar tengku humairah dan tengku huzaifah yang mempunyai minat yang sama sampai crush pun orang yang sama. Bukan sekali terminat pada lelaki yang sama. Tapi dah masuk dua kali. Kedua-duanya berebut dengan cara tersendiri. Sehingga ada yang...