BAB 11

259 15 0
                                    

'Tinit' telefon bimbit aku dan wana berbunyi serentak sebaik sahaja kami berada didepan pagar kolej.

"Series lah sir nak buat kelas?", kata wana sebaik sahaja pesanan dibuka. Aku turut membelek telefon.

"Alahai. Aku tak ada baju lain ni.",

"Itulah pasal. Kenapalah mesti kelas sir? Kalau kita tak sama kelas tak adalah kau terjebak sekali. Boleh lah kau cuci baju ni.", balas wana seperti kesal. Sedangkan bukan salah dia pun. Apa yang dia serba salah dekat aku pun aku tak tahulah.

"Tak pelah. Aku buka jaket.", wana memandang aku seperti tak percaya. Setiap gerak geri aku diperhati.

"Apa? Pandanglah tempat lain. Aku rasa lain macamlah walaupun ada baju lain dekat dalam", kata aku dengan muka yang mula membahang.

Jaket aku dilipat dan disimpan dalam plastik sebelum masuk ke beg. Tudung dibetulkan dengan kemas. Aku terus tersenyum bila wana memandang aku melalui cermin tanpa berkelip.

"Kenapa?",

"Cantik.", aku menggelengkan kepala. Mengarut je dia ni.

Selangkah aku keluar dari bilik persalinan, terus ada angin menyapa aku lembut. "Beraninya kau.", bisik su. Aku masih tak mengendahkan dia. Tapi su tak pernah mengalah. Dia berjalan sebelah aku sambil tersenyum. Dia tahu aku tak tahan dengan suhu badan dia yang terlampau sejuk. Selama ni aku pakai jaket pun semata-mata nak selamatkan diri dari kesejukan suhu su dan ana.

Kelas aku selama sejam terasa macam 3 jam. Badan aku tak berhenti menggigil menahan sejuk. Su dan ana pula berbalas-balas bisikan. Betul-betul buat aku serabut!

"Diam. Pergi main jauh-jauh. Diam. Pergi blah.", ulang aku banyak kali. Wana memandang aku pelik.

"Kau cakap dengan siapa? Kenapa kau berpeluh? Kau ok tak ni?",

"Ok. Huh huh.", aku menarik nafas dengan dalam.

"Kau tunggu jap. Lagi 5 minit je.", aku terus meletakkan kepala atas meja bila perut aku terasa pedih. Kali ni aku tak berani pandang bawah meja. Dapat aku rasa kuku tajam satu makhluk sedang mencakar perut aku.

"Ya allah.", bisik aku sambil menahan sakit dan air mata yang hampir mengalir. Pedih sangat walaupun aku tahu tak ada luka akibat cakaran makhluk tersebut.

Selesai kelas, cepat-cepat aku bangun dari kerusi tak guna tu. Baru aku tahu tu tempat dia. Patutlah marah sangat dekat aku.

"Eh wana? Tak balik lagi?", tegur mukmin. Aku yang sedang membawa air terus menyorok belakang peti ais air. Aku dah agak dia akan tanya macam-macam.

"Eh. Abang. Err, tadi tiba-tiba ada kelas. Hehe.", jawap wana takut. Dia mencari aku.

"Kau cakap aku dah balik", aku membuat isyarat pada wana.

"Hm, asalkan zafa dah balik. Tu pun abang dah lega.",

"Hehe. Betul tu.", beg aku yang berada dikerusi sebelah wana ditindih dengan begnya. Dia dah mula menggigil ketakutan.

"Alang-alang kita lepak la dulu. Ke nak abang amri lepak sekali? Korangkan dah rapat sekarang. Mana tahu abang boleh tolong korang kapel.", gurau mukmin.

"Ha? Aaa. Apa?", wana blur. Dia ketawa untuk hilangkan rasa takut. Aku pula yang risau dengan muka pucat dia. Haishh. Apa patut aku buat ni?  

Air ditangan dipandang lama. Tak kan aku nak pergi je dekat wana? Tak kan nak tinggalkan dia sorang-sorang? Adeh😓

"Kalau abang nak air, wana boleh pergi beli sekejap.", kata wana. Dia bangun dari kerusi dan terus pergi sebelum mukmin sempat menjawap. Beg aku dibawa bersama.

"Weyh, apa aku nak buat ni? Nak cakap apa?", soal wana.

"Nah, kau ambil air ni. Aku balik dulu boleh? Thank you for the bag. Kau lepak dulu dengan dia. Jangan cuak tau. Rileks. ok? Aku gerak dulu", wana menganggukkan kepala. Dia kembali ke mukmin membawa air.

Mukmin membalas dengan senyuman.

"Hey humairah!", jerit amri. Aku terhenti didepannya.

Aku terpaksa berlakon. "Ha.. hai amri", jawap aku tersekat-sekat.

"Nak pergi mana? Lepak dulu dengan mukmin. Hari tu kata nak cakap dengan dia.",

"Er, lain kalilah.", amri membuat muka. Tangan aku terus ditariknya. Hampir sahaja aku dengan meja mereka, tangan aku terus aku tarik semula. Aku memang tak nak jumpa senior tu. Tolonglah ya allah.

"Bukan muhrim lah", terus aku berlari tinggalkan kafe. Tempat yang aku nak pergi cuma rumah je. Semoga dipermudahkan lah semuanya. 😥

*****
Mukmin POV

"Bro, tadi aku jumpa humairah. Lepas tu boleh pula dia marah aku kata bukan muhrim. Selama ni dia yang pegang-pegang tangan aku. Kira ok lah aku tarik tangan dia secara berlapik.", mengadu amri. Mukmin hanya menganggukkan kepala.

Kemudian amri mengangkat tangan kearah wana. Tersenyum semula mamat ni. Jumpa cinta hatilah konon.
'Tinit' pesanan masuk ke dalam telefon bimbit amri dan aku serentak.

Teka mana satu tengku humairah.

Gambar dua orang wanita yang berpakaian dengan gaya yang hampir sama tapi berlainan warna. Seorang memakai kaca mata hitam dan seorang lagi bersolek tebal.

Kening aku terjongket. Pada mulanya malas nak layan. Tapi bila berkaitan dengan huzaifah, aku terus membaca mesej seterusnya yang menjawap soalan tersebut.

"Dua-dua humairah kan? Dramaqueen tu kan suka pakai jaket."
"Dua-dua humairah.",
"Apa menyemak gambar ni?"
"Tak kan la perempuan tu dah start pakai macam biasa?",

"Aku jumpa huzaifah ke tadi? Sebab tadi dia pakai baju ni.", kata amri.

"Dia tak pakai jaket ke?", soal aku pula. Soalan tersebut aku tanya balik pada wana.

"Entah. Oklah. Wana kena balik ni. Assalamualaikum", wana bangun dari kerusi.

"Waalaikummussalam. Tadi wana kata dia dah balik.", soal aku lagi tak puas hati. Tapi asalkan aku jawap salam dia.

"Diorang tangkap masa dia dalam perjalanan lah kot. Bye.", wana lari dari aku dan amri. Dengan tak puas hati aku pun membalas mesej yang bising dengan soalan tak sepatutnya tadi. Walaupun tu cuma perkara kecil tapi entah kenapa aku emo.

"Dah lah. Pasal dia pun nak kecoh. Biarlah dia nak pakai apa pun.", semua orang terus berhenti dari menjawap soalan.

Baru lega hati aku. Gambar tadi aku potong bahagian zafa dan simpan dalam gallery. Nanti boleh aku tengok gambar dia. Dah lama aku cari gambar dia. Cuma sebab instagram dia tak aktif dan tak ada gambar je aku bawa bersabar.

Amri dah memandang aku pelik sebab tersengih-sengih.

"Aku tahu kau crop gambar tu.", kata amri. Aku terus ketawa. Tapi semua tu langsung tak ganggu aku dari simpan semua gambar dia.

Sempat lagi aku tenung gambar tu. Cantik rupanya dia tanpa jaket. Tapi dia sorok semua tu.

👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑Where stories live. Discover now