Mukmin POV
"So, tell me what happen just now.", soal aku pada wana usai menghantar zafa.
"Err, nothing.", dalam hati wana dah rasa menyesal. Dia sepatutnya turun dengan zafa tadi. Aku tak patut balik dengan senior ni. Dah la aku sorang 😭
"Nothing?", soal aku untuk mendapat kepastian. Muka wana yang pucat aku tenung lama dengan muka bengis. Sengaja aku menakutkan dia.
"Oh ya. Hari tu wana kata wana dah tak kawan dengan dia. Ni apa? Sengaja nak sakitkan dia?", potong amri pula.
"Tak. Tak. Bukan macam tu. Wana sebenarnya ok dengan dia. Cuma benda ni tak ada sesiapa tahu. Wana tak nak ada orang yang tak puas hati bila dapat tahu wana rapat dengan dia. Masa zafa masuk kolej pun dah ramai yang kecoh.", jawap wana cemas untuk membela diri.
"Tahu takut.", amri tersengih.
"Kenapa nak kena sorok dari kitorang? Abang ni lagi suka kalau zafa ada kawan.", jawap mukmin spontan. Wana dah berkerut. Apa maksud abang mukmin ni?
"Hm, abang risau la pasal zafa. Kalau wana tolong abang boleh? Tolong roger kat abang pasal dia setiap hari. Bagi nombor telefon wana. Boleh?",
"Tapi. Emm. Ok. 013........", nombor wana diberi dengan tidak rela hati. Terpaksa la dia bagi tahu perkembangan semasa zafa pada mukmin.
*****
Seperti yang aku cakap tadi. Aku akan pasang ayat al quran non stop. Biar mampus dua ekor tu. Buat masalah dengan aku lagi. 😡"Zafa! Zafa! Maafkan kami! Maafkan kami! Ahhhh! Zafa. Tolong zafa. Tolong. Kami nak bantu kau je. Kau yang salah faham. Tolong la zafa", rayu ana dari luar tingkap.
Maira yang sedang bermain dengan telefon semakin hilang fokus kerana bunyi tingkap seperti ditiup angin kencang. Setahunya malam ni tiada angin.
"Woi! Apa benda ni?! Nak kacau aku ke hah?!", marah maira tiba-tiba.
"Apasal ni?", sampuk abang pula dari bilik sebelah.
"Ni ha! Ingat aku takut ke? Setakat gegar-gegar tingkap. Tak mainlah. Cliche!", sambung maira. Aku dah ketakutan dengan kemarahan su dari luar tingkap. Ayat al-quran aku kuatkan lagi.
"Kau bela ke apa zafa?!", tuduh maira.
Lampu rumah terus terpadam. Tingkap terbuka dan angin kencang masuk melanggar aku, maira dan abang."Arghhhhhh!!", jerit maira. Aku terus mencari maira dalam gelap. Bilik aku bagai ditiup puting beliung. Badan maira yang ditolak tanpa henti cuba aku tahan. Dalam hati aku dah menyumpah su yang sedang mengamuk. Aku tahu dia dengar kata hati aku.
"Allah!", jerit aku bila satu angin melempar badanku kedinding.
Lampu terus menyala. Badan aku dipeluk oleh ana. Matanya yang berdarah menjeling kearah su. Abang pula terkaku dalam keadaan menyandar kerana terkejut dengan apa yang dia nampak tadi. Pergelutan antara maira, zafa dan satu makhluk yang menakutkan.
"Abang! Maira! Zafa! Buka pintu ni! Kenapa ni sayang? Buka", jerit bonda dari luar bilik. Perlahan-lahan abang membuka pintu. Ana dan su terus menghilang.
"Kenapa ni? Apa yang dah jadi dengan kamu bertiga? Abang? Hah?", soal bonda risau.
"Zafa. Zafa ada belaan.", jawap abang gagap. Air liurnya ditelan kelat.
"Belaan?! Dah. Jangan mengarut. Tunggu babah balik. Nanti biar babah yang selesaikan semua ni.", bonda masuk kedalam biliknya semula. Bulu romanya meremang. Sudahlah tadi lampu terpadam secara tiba-tiba satu rumah. Tahu-tahu anak sulungnya pula cakap perkara pelik.
"Jadi sekarang terangkan dekat babah apa yang dah jadi tadi?", soal babah di ruang tamu sebaik sahaja pulang dari kerjanya.
"Zafa ni bah. Dia ada belaan. Tadi abang nampak dia bergelut dengan benda. Benda. Urghh. Seram benda tu bah.", jawap abang.
"Betul babah. Kalau bukan sebab zafa ni, maira tak kan kena cakar teruk sampai macam ni.", sampuk maira pula. Semua pakat menyalahkan zafa.
"Jangan nak mengarut. Bila pula dia nak bela benda ghaib?! Syirik tu.", babah menjeling kearah aku.
"Zafa tak bela apa-apa pun babah.", balas aku.
"Ah! Kau mana nak mengaku! Dah la bela jin! Lepas tu kau suruh dia bunuh maira kan?", potong abang.
"Sudah! Buat apa dia nak bela benda tu? Kamu berdua tu yang memang patut kena hukum! Ingat babah tak tahu selama ni abang dengan maira buat apa dekat luar? Minum air haram kencing syaitan tu! Menari macam orang gila! Sorang keluar masuk club, sorang black metal! Keluar dengan lelaki! Keluar dengan bukan mahram kamu! Apa semua ni? Mana silap babah dengan bonda?!", muka maira dan abang memucat.
"Sudah-sudahlah tuduh zafa. Babah kenal anak-anak babah.", beg kerjanya dibawa naik ke atas. Tangan aku dan bonda ditarik sekali naik ke atas.
"Dah tu kita nak buat apa ni abang?", soal maira selepas bayangan babah hilang.
"Suka hati kau lah! Tanggunglah sendiri! Kau yang bocorkan ke?! Selama zafa sedar, aku tak pijak dah tempat tu. Sebab takut babah tahu. Jadi kau sorang je tahu.", marah abang. Maira terpaku dengan tuduhan abang.
"Jap! Kau cakap aku? Rahsia aku siapa pula yang bocorkan? Tak kan aku nak kantoikan diri sendiri?", bahu abang ditolak dari belakang.
Bengang hati maira bila rancangan untuk jatuhkan zafa tak menjadi. Pintu biliknya dihempas kuat.
"Mana semua? Dah tak lalu nak sarapan sebab kena marah?", soal babah di meja makan. Bonda datang menghidang makanan sambil mengeluh.
"Tak tahu la bang. Zafa tu kelas lambat sikit. Lambat lah kot dia turun. Maira dengan abang tu tak tahu pula.", balas bonda.
"Babah nak bagi tahu dekat anak-anak babah satu benda. Maira dengan hasyraf, bawa babah jumpa dengan pasangan kamu. Babah akan kahwin kan kamu dengan dia. Tak payah la kamu berdua buat maksiat dekat luar sana. Sudah-sudahlah conteng arang pada muka babah dengan bonda. Babah bagi masa 2 bulan untuk kamu minta pasangan kamu berkahwin dengan kamu.", whatssap keluarga aku berbunyi. Mesej babah yang sangat mengejutkan membuat abang dan maira terjun dari katil.
"What?!!", jerit maira dan abang serentak. Aku pula terpaku.
"No babah! No!", maira terus meracau.
"Kalau abang boleh la! Aku ni perempuan. Macam mana aku nak minta dia kahwin dengan aku?", telefon bimbitnya terus dicampak kekatil. Dia jadi tak keruan.
"No excuses. Or, babah akan kahwinkan maira dengan aziz sepupu kamu yang dekat perak tu. Abang pula dengan mila anak kawan babah yang kamu benci tu.", sambung babah.
Semua tercengang terutama maira dan abang. Dah la dua-dua orang yang babah jodohkan tu merupakan orang yang dorang benci. Wooooo!
YOU ARE READING
👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑
Rastgelepasangan kembar tengku humairah dan tengku huzaifah yang mempunyai minat yang sama sampai crush pun orang yang sama. Bukan sekali terminat pada lelaki yang sama. Tapi dah masuk dua kali. Kedua-duanya berebut dengan cara tersendiri. Sehingga ada yang...