"Stop!", tegur seorang mpp lelaki (majlis perwakilan pelajar)
aku menoleh kebelakang. Aku ke?
"Pakaian awak tak lengkap. Panas-panas macam ni pun berjaket? Huh.", aku tertunduk. Kaca mata baru aku dibetulkan kerana takut dengan mpp lelaki tersebut.
"Mana tag nama? Keluarkan dari jaket", sambungnya lagi. Baru aku teringat. Tag nama aku! Aku dah lama tak nampak benda alah tu. Haishh mana aku letak benda tu.
"Tak ada?", soalnya sambil menjongket kening.
"Er, sekejap. Ada dalam beg... kot", dengan ragu-ragu aku membuka beg. Perlahan-lahan aku membuka mata dalam hati berharap tag nama ada didalam.
"Tahan budak pagi-pagi?", tegur seorang lelaki dari belakang. Bayangnya dapat aku tengok dilantai yang semakin menghampiri.
"Ha'a, pagi-pagi dapat rezeki.", bisik mpp tersebut. Terjegil mata aku. Makin takut aku dengan dua lelaki ni. Makhluk halus tua yang berkeliaran sudah tersengih kerana hasutannya berjaya.
Cepat-cepat aku tutup zip beg semula dan cuba untuk lari. "Rezeki?!" Soal lelaki tadi dengan nada terkejut dan sedikit marah. Mpp tadi tergelak. Bahu rakannya ditepuk.
"Kau nak id kad dia ke kan? Nah. Aku bawa dia punya. Rezeki kepala hotak kau!",tangan mpp tadi terus ditepis. Dia terus mengejar aku dari belakang.
"Woi! Rileks la. Emo pulak!", jerit mpp lelaki tersebut."Tengku huzaifah, ni tag nama awak.", tegur lelaki tersebut.
"Mana...", ayat aku tergantung bila lelaki itu sebenarnya senior yang kalau boleh aku tak nak jumpa tu.
"Abang ambil masa huzaifah jatuh dekat taman hari tu. Em, abang panggil huzaifah ke tengku lagi ok? Ke nak panggil adik?",
"Tak payah panggil apa-apa.", tag nama aku dibelek. Nasib baik masih elok.
"Kenapa?",
"Sebab.. sebab saya tak nak jumpa sesiapa.", langkah aku dilajukan. Tag nama disarung dan tudung dibetulkan. Penutup kepala ditarik seperti biasa. Mukmin pula terhenti dari melangkah. Sempat juga aku memandang kearah dia. Nampak sedih je. Semakin serba salah aku dibuatnya. Salah ke ayat aku tadi?
*****
Mukmin POV"Macam mana aku nak mengaku yang aku suka dia? Segan lah. Dia tu pulak jenis yang tak nak layan lelaki. Haishh.", aku menolak rambut kebelakang. Entah kenapa fikiran aku terbang kearah huzaifah kebelakangan ni. Boleh jatuh pointer aku sem ni.
Kertas kerja aku yang tersedia diatas meja hanya dipandang kosong. Pen dibaling dan ditangkap sambil otak berputar terbayang muka huzaifah. "Tak kan nak mengaku?",
'Pap' pen jatuh atas kepala aku membuatkan aku biul sekejap. Kepala digosok banyak kali walaupun tak adalah sakit mana. Cuma idea aku dah terbang. 😭
"Ok, hantar kertas kerja tepat pukul 1 tengah hari dekat atas meja saya hari ni. Siapa lambat saya tak terima kecuali dalam basket merah saya.", kata pensyarah dengan tegas. Aku jadi cuak. Nasib baik kerja dah hampir siap. Kelas pun tak ada lepas ni. Sempat aku siapkan lagi sikit.
"Jom lepak.", amri menyiku lengan aku.
"Aku nak siapkan sikit lagi kertas kerja ni. Nanti-nantilah.", barang aku dikemas dan berlalu ke kafe. Ikutkan hati nak duduk dalam kuliah ni je.
Dalam aku sibuk buat kerja dekat kafe, masa tulah ramai yang datang mengacau. Aku halau sorang-sorang ni nanti. 💢
"Weyh, diamlah. Aku tengah buat kerja ni. Kopi tu jangan letak atas kertas kerja aku. Aduhhh!",
"Rileks lah. Baru pukul 12. Kena hantar kertas pukul 1 kan?", kata syukri.
"Entah. Bukannya kopi aku ni ada atas kertas kau pun.", sambung seorang lagi.
"Iye! Aku nak siapkan satu kertas lagi. Bagi la aku masa. Nanti aku lepak la dengan korang.", earphone aku disumbat semula. Cepat-cepat aku siapkan kertas kerja akhir aku.
Alhamdulillah siap semua kertas. Fail aku disusun kemas ditepi meja. "Dah siap. Apa yang korang nak bual dari tadi?",
"Weyh, aku tengok kau macam penat je. Minum lah air ni. Kasyaf beli tadi.", hulur syukri.
"Wooo. Korang tak pernah baik macam ni. No no. Aku tak kan minum.",
"Alaaa. Minum la sayang. Minum la. I dah beli untuk u. Nak i suap ke?," gurau amri pula. Cawan dah sampai kemulut aku. Tapi aku masih menolak. Bibir aku ditutup rapat.
Tangan aku dipegang oleh kasyaf. Kepala pula dipegang oleh syukri. Beria amri menghulur air kemulut aku.
"Haha! weyh aku sepak kau kang.", aku tak boleh tahan dari ketawa. Tangan aku masih melawan.
"Minumlah. Sedap weyh. Bukan selalu kitorang belanja air.",
"Kau ingat aku tak tahu ke yang korang dah campur air tu dengan kari, dal dengan sambal roti canai tadi? Tak payah doh!", kafe jadi bising sebab kami berempat je.
"Kaki kau tu duduk diamlah. Tak payah sepak aku. Rasalah resepi baru. Adumak.", arah amri.
Kaki aku tersepak amri kuat sehingga dia terdorong kebelakang. Badan dia terus tak seimbang.
'Splash!'
Semua orang terhenti dari bergurau bila kopi tertumpah pada orang lain.
"Weyh! weyh!", aku jadi cuak. Tangan aku dilepaskan dan terus berdiri.
"Kau lah ni! Apasal kau sepak aku!?", marah amri.
"Kau ok tak?", tisu dalam beg dicari. Mangsa kopi campur tersebut pula masih kaku. Langsung tak ada tindak balas.
"Aduh. Tunggu jap. Dia ambil tisu untuk kau. Kitorang minta maaf. Kenapa diam macam ni? Jangan lah. Aduh. Kau menangis ke?", Soal amri dan kasyaf. Aku semakin cuak. Syukri pula terus berlari kekaunter dan ambil tisu.
"Tak pe", jawap perempuan disebalik jaket yang merupakan mangsa tanpa sengaja kami. Aku memandang kearah dia yang dah melangkah pergi sambil mengelap mukanya dengan tangan.
"Tunggu.", aku menghalang dia dan hulurkan tisu.
Dia pula hanya mengangkat tangan. Series aku cuba untuk tengok muka dia. Tapi penutup kepala semakin kedepan menutup muka semasa dia berpaling.
"Macam kenal.", bisik hati aku.
"Zafa! Kau dah kenapa ni?", jerit wana dari jauh. Langkah aku terus terhenti. Huzaifah?
Amri turut terkejut. Terbeliak mata dia memandang aku. "Huzaifah, sorry. Maafkan abang dengan kawan-kawan abang.", rayu aku.
"Tak pe.", balas zafa sepatah. Boleh menangis aku sebab serba salah dengan dia.
"Zafa...", rayu aku.
Tapi dia masih tak layan aku. Tangan wana ditarik pergi dengan dia. "Huzaifah, biar abang basuhkan baju jaket ni. Zafa ada pakai baju lain dekat dalam kan? Buka baju tu. Nanti badan zafa masuk angin. Ni bukan kopi biasa. Busuk ni. Ada kari, kuah dal dengan sambal. Bagi abang basuh. Please. Jangan buat abang serba salah.",
Amri terus menyiku lengan aku. "Kau series ke? Tak pernah aku tengok kau macam ni.",
"Saya nak terus balik ni. Tak perlulah. Saya boleh basuh dekat rumah nanti.", balas huzaifah. Aku bermain mata dengan wana supaya dia bantu aku.
"Emm. Kau bagi jelah. Biar dia tebus balik salah dia dekat kau.", pujuk wana. Zafa pula masih menggeleng. Dia ni susahlah. Aku buka jaket dia nanti💢
Telefon bimbit aku berbunyi menunjukkan lagi 15 minit sebelum masa hantar fail tamat. Aku jadi buntu. "Oklah kalau macam tu. Abang kena hantar fail sekejap. Jangan pergi tempat lain. Jangan duduk bawah aircond. Nanti masuk angin. Balik terus kerumah cepat- cepat.", pesan aku sebelum pergi menghantar fail.
YOU ARE READING
👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑
De Todopasangan kembar tengku humairah dan tengku huzaifah yang mempunyai minat yang sama sampai crush pun orang yang sama. Bukan sekali terminat pada lelaki yang sama. Tapi dah masuk dua kali. Kedua-duanya berebut dengan cara tersendiri. Sehingga ada yang...