"Kau jangan percayakan wana! Dia berlakon! Kau jangan pernah percayakan dia! Aku bagi amaran dekat kau", marah ana. Darah pada mukanya mengalir dengan deras macam air mata. Ulat- ulat atas mukanya menggeliang-geliut dengan aktif.
"Arghhhhhhh", ana menjerit kuat membuatkan kepala aku semakin pening.
"Kau dengar sini! Kau rapat dengan wana, hidup kau akan hancur!", rupanya kepala aku pening sebab su yang duduk atas kepala aku. Berat gila!
'Allahu akhbar allahu akbar!' Azan zohor berkumandang membuatkan ana dan su lari bertempiaran dan kepanasan.
Su memang berani, nampaknya aku kena lebih berhati-hati. Lindungilah aku ya allah. Aku terus tak sedar.
*****
"Wana! Dah lama abang cari wana. Dekat sini rupanya","Err, abang cari saya untuk apa? Mana abang tahu nama saya?", hensem la pulak senior ni.
"Kawan abang minta tolong. Ingat tak mukmin? Dia tu dah angau sangat pasal kawan wana. Kalau boleh, tolong bagi gambar je. Satu pun dah ok.", rayu kawan mukmin, amri.
"Haha. Series la nak gambar dia? Ingatkan apa tadi. Sorry lah. Tapi wana dengan zafa dah tak rapat. Lagipun dia tak suka tangkap gambar. Dulu dia tukan hijabista. So, muka dia tu mahal sikit.", sengaja wana membuat muka seperti memerli.
"Eh, ya allah wana. Tak baik tau macam tu. Dia kan kawan wana. Tak apalah kalau wana tak ada atau tak nak bagi. Tapi, ingat tau yang kamu dengan dia dah lama berkawan.", nasihat amri. Sempat lagi dia mengenyit mata. 😋
"Err, thanks abang.",
"Your welcome",
Wana terdiam. "Aku terpaksa berlakon sebab tak nak apa-apa berlaku kat kau dengan aku. Aku minta maaf zafa. Aku tak maksudkan langsung apa yang aku cakap tadi. Cuma aku tak boleh nak percaya dekat orang lain.", bisik hati wana.
*****
"Zafa! Bangun bangun. Kenapa tidur petang-petang ni? Hehh, tak baik la. Meh turun makan meh. Dah solat belum ni?", kejut bonda. Zafa hanya menggelengkan kepala yang masih berat."Belum solat?! Ya Allah budak ni.",
"Bukan bonda. Zafa tak boleh solat.", aku melangkah perlahan. kepala aku masih sakit lagi. Tak kan su masih dekat atas kepala? Ergghhh!
Rasa macam nak mengamuk. Kalau boleh nak campak je barang- barang atas meja. Nak cabut kulit kepala. Ergghhh!
"Bonda, zafa minta diri dulu. Zafa rasa tak larat sikit.", bonda menganggukkan kepala. Maira hanya memandang zafa hingga bayang zafa hilang.
*****
"Hey, kau ok tak ni? Aku perhati je dari pagi. Macam tak tenang. Ada masalah ke? By the way sorry la aku tak dapat nak rapat dengan kau kat kolej.", tegur wana."Hai.", jawap aku sepatah. Entah kenapa su dengan ana ni benci sangat dekat dia. Nasib baiklah dua ekor ni takut nak sentuh wana.
"Oh ya! Jom kita naik atas. Aku ada sesuatu nak tunjuk.", tangan aku terus ditarik ke dalam bangunan blok B. Wana beria bawa aku naik tingkat atas.
Dah macam apa je aku tengok dia tertonggeng dan terlompat. "Kau cari apa?",
"Cari tangga nak naik atas bumbung", kening aku terjongket disebalik kaca mata hitam.
Penutup kepala pada jaket aku ditolak kebelakang. Baru lah rasa sejuk sikit kepala dan leher ni.
"Hah! Tangga kecemasan ni ada lagi satu tingkat. Jom!", aku masih tak beralih walaupun wana dah berlari naik tangga kecemasan tersebut.
"Weyh! Apa kau tunggu lagi? Jom lah!", jeritnya. Aku bangun dengan perasaan takut.
"Jangan pergi. Jangan pergi.", bisik ana tanpa henti sebaik saja aku melangkah ke arah wana.
"Hish! Bising lah.", penutup kepala ditarik semula menutup separuh muka. Malas nak layan benda tu. Langkah aku dilajukan mengejar wana.
"Wana. Mana kau?", aku mencari wana.
"Ha! Lembap la kau ni. Cuba kau tengok depan tu. Kau ingat tak?", jari wana menunjuk ke arah bangunan rumah flat yang kurang penghuni di hadapan blok B.
"Oh. Niat kau bawa aku datang sini?", mata aku tak beralih dan memandang lantai. Aku tak sanggup nak angkat muka. Semua yang berlaku semasa tragedi jatuh bangunan seperti sedang dilakonkan oleh ana dan su. Siapa yang ana lakonkan dan siapa yang su lakonkan?
Watak siapa yang mereka pegang? Mereka saling menolak antara satu sama lain. Mata aku dipejam erat. Tak sanggup!
"Ahhhh!", jerit su dengan kuat. Membuatkan aku menutup telinga dan menapak kebelakang dan terduduk.
"Zafa! Kenapa dengan kau? Weyh, kau ok tak ni? Weyh jangan meracau macam ni. Sabar weyh. Aku minta maaf. Aku tak sepatutnya bawa kau. Aku tak patut paksa kau ingat semua yang berlaku.", rayu wana risau. Bahu aku cuba dipegang untuk ditenang kan.
"Eh kenapa ni? Kenapa dengan kawan awak ni wana? Jom. Bangun-bangun.", tegur amri yang baru sampai. Tangan aku cuba dicapai untuk bantu aku berdiri tapi ditepis oleh wana.
"Tak pe, wana boleh tolong dia bangun. Jom turun. Aku minta maaf zafa. Mungkin aku boleh tolong kau dengan cara lain.", badan aku dipapah turun kebawah.
"Aku ada dengan tengku sekarang. Dekat depan blok B. Aku jumpa dia dengan wana dekat atas blok tadi.", mesej amri pada mukmin.
"Ok roger", amri memandang wana dan zafa semula.
"Aku nampak orang jatuh tadi.", bisik aku tersekat-sekat.
"Tapi mana ada sesiapa tadi. Kau ni biar betul? Aku rasa kau teringat apa yang berlaku dulu. Tapi cara ni bahaya. Nanti aku cuba cara lain.", balas wana risau. Mukanya pucat kerana takut kalau jadi perkara buruk.
Selama 5 minit aku cuba untuk tenangkan diri. Su dengan ana betul-betul buat aku geram. Siap kau nanti! Aku pasang ayat al quran non stop nanti.
"Ni kenapa ni? Any problem? Amri?", tegur seorang lelaki dari belakang. Macam kenal. Jangan kata senior tu. Grrrr😒
Aku masih lagi menundukkan kepala. Tak nak pandang pun senior tu.
"Amri, kalau budak ni tak ok, Aku tolong hantar korang balik. Jom naik kereta. Tak jauh pun depan tu je.",
"Tak nak.", balas aku sepatah.
"Cik tengku boleh jalan ke? Ke nak saya bentang karpet merah?", loya buruk mukmin.
"Haaa. Dah-dah. Rezeki dah depan mata tu. Kita balik dengan senior ni ye? Jom balik. Tak payah la kita panggil pak cik aku. Nanti dia risau pula.", sampuk wana. Dia tahu nanti pakciknya akan tanya soalan tanpa henti. tangan aku terus ditarik.
"Tak nak la. Aku ok. Aku nak balik sendiri. Tak payah panggil pakcik kau. ",
"Please. Aku nak tebus balik salah aku. Aku minta maaf sangat. Nanti kalau jadi apa-apa masa tengah jalan nanti macam mana?", pujuk wana.
"Banyak cakap la korang ni. Masuk je la.", sampuk mukmin. Baru nak berjiwang dengan wana. Aishh. Masuk je lah. 😌
YOU ARE READING
👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑
Randompasangan kembar tengku humairah dan tengku huzaifah yang mempunyai minat yang sama sampai crush pun orang yang sama. Bukan sekali terminat pada lelaki yang sama. Tapi dah masuk dua kali. Kedua-duanya berebut dengan cara tersendiri. Sehingga ada yang...