"Kakak!Tolong adik!" Aku menjerit untuk keberapa kali aku tidak tahu.Tangan ku sudah tidak larat untuk memegang dahan itu lagi.
Kakak ku hanya melihat aku hampir jatuh.Tiada tangan untuk membantu ku.Hanya diberikan pandangan yang penuh kebencian.
"Kakak,tolonglah adik!Adik tak mahu mati!" Tangan kecil ku semakin lemah.
"Tetapi aku mahu kau mati." Kali ini senyuman sinis pula dihadiahkan.Aku boleh nampak kepuasan di mukanya.
Aku masih tidak percaya.Kakak ku yang dikagumi.Disayangi.Dipercayai.
Sanggup membunuhku!
"Tetapi kenapa kakak mahu adik mati?!Apa salah adik?!" Aku mahu jawapannya.Walaupun aku mati,aku mahu jawapannya!
"Masih tak sedar lagi ke?!!Aku nak kau mati sebab aku mahukan harta dan jaminan aku menjadi permaisuri!Aku juga benci kau kerana kau dapat lebih perhatian berbanding ku!Apa yang hebat sangat dengan rambut dan mata kau?!Aku lihat seperti raksasa sahaja!" Jelasnya panjang lebar.Dia kemudiannya ketawa puas.
"Kerana itu kakak sanggup khianati adik?" Aku menangis semahunya.Tidak ku sangka kakak ku sendiri mahu membunuhku.
"Ya dan jangan panggil aku kakak lagi!Mulai sekarang,aku tidak akan mempunyai adik!!" Dia senyum sinis.Matanya berwarna hijau itu aku tatap.Sekarang......aku menatapnya dengan penuh rasa BENCI!
"Ada kata-kata terakhir sebelum kau mati?" Sekarang dia memijak tangan ku supaya aku lepaskan dahan itu dan jatuh ke dalam gaung yang sangat dalam.
"Aargh.....aku....aku...." Aku mengerang kesakitan.Peritnya tidak terkata.
"Apa dia?Aku tak dengar!" Dia menekan lagi kakinya di tanganku.Aku mengerang.
"Kalau aku masih hidup,aku akan pastikan semua impian kau akan musnah." Aku merenungnya dengan mata ungu ku.Muka ku telah berubah menjadi bengis.
"Cuba la." Dia tersenyum sinis lalu memijak tangan ku sehingga aku tidak berdaya untuk menahan.Akhirnya.......
"Aaarghhh!!!"
Aku jatuh ke dalam gaung itu.Gaung lagenda.Dimana jika seseorang jatuh ke dalamnya,memang tiada harapan langsung untuk pulang semula.
Aku menangis semahu-mahunya.Aku tau ini adalah pengakhiran riwayat ku.
Akhirnya aku jatuh di atas tanah.Mata ku semakin kabur.Akhirnya aku tidur dengan lena.
"Kalau aku ditakdirkan hidup lagi,aku akan musnahkan impian kakak ku.Kau tunggu sahaja la Clanche Pikalinche."
♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢
"Uurgh......" Aku terjaga selepas terhidu bau wangian herba.Bau herba itu menenangkan pemikiran ku.
"Kamu dah sedar?" Aku mencari gerangan suara itu.Suaranya sedikit serak jadi aku fikir mungkin seorang nenek tua.
"Saya.....di mana?" Kepala ku masih sakit.Mungkin akibat hentukan yang kuat ketika aku jatuh.Jatuh?Ya,aku jatuh tetapi bagaimana aku masih hidup?
"Di rumah nenek,cu.Nenek terjumpa kamu semasa mencari herba.Keadaan kamu sangat parah.Bagaimana seorang kanak-kanak kecil seperti kamu boleh berada di situ?" Nenek itu membawa rebusan herba.Aku suka dengan bau herba itu.
"Saya......tak ingat." Tipu ku.Aku tidak mahu memberitahu apa sebenarnya yang berlaku.
"Oohh.....kamu ingat nama kamu?" Nenek itu duduk disebelah ku.
"Nama saya.........Mocha." Tipu ku lagi.
"Mocha ye?Nama nenek Flora.Kamu tidur la dulu ye.Biar nenek sediakan ubat untuk kamu." Dia mengusap rambutku.Aku berasa bersalah tetapi aku rasa ini jalan terbaik.
Ya,sekarang aku Mocha.Bukan seorang puteri bernama Monica Pikalinche.Aku akan membuat hidupku menjadi lebih bermakna dengan identiti baru ku.
"Buat masa ni......" gumam ku lalu aku tertidur dibuai mimpi sambil ditemankan haruman rebusan herba.
♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢
Chipp!Chipp!Chipp!
Bunyi burung mula berkicauan pada waktu pagi.Aku mengeliat seketika lalu bangun dari katil ku yang tidak berapa nak empuk tetapi aku bersyukur sahaja.
"Mocha,tolong nenek hantar roti ni dekat cik Rose." Nenek yang berada di dapur memanggilku untuk aku membuat sedikit kerja.
"Baik,nek!" Aku mengambil roti itu.Aku mencium pipi 'nenek' kesayangan ku.
"Mocha pergi dulu ye nek!" Aku berlari menuju ke rumah jiran ku.Cik Rose.Dia sangat baik dan peramah.
Rumah cik Rose.
"Cik Rose!Ini Mocha!" Jeritku di luar rumahnya.Aku menunggu di depan pintu sambil melihat sekeliling.Cantik!Itu ayat yang patut diungkap.Rumahnya dikelilingi dengan pelbagai jenis bunga dan herba.
Semua bunga dan herba ini ditanam oleh cik Rose dan anaknya.Anaknya bernama Wilson Rosimare.Tua setahun daripada ku.
Oh,aku tidak memberitahu lagi umurku berapa sekarang?Aku akan berumur 20 tahun dalam masa 3 bulan lagi!
Kreeekk!
Pintu depan dibuka dan terpampang la wajah lelaki yang mempunyai rambut yang serabai berwarna coklat.Matanya berwarna perak digosok.Mungkin baru bangun tidur.
"Wilson!Kau baru bangun tido?!" Aku menjerit terkejut.Secara spontan dia menutup kedua-dua telinganya.
"Aisshh!Jangan la menjerit kat telinga aku!Bingit la!" Muka Wilson sedikit bengang.Aku hanya ketawa kecil.Seronok mengenakannya.
"Wilson,siapa tu?" Cik Rose berjalan menuju ke pintu.Aku melambai-lambai ke arahnya.
"Cik Rose,selamat pagi~!" Aku memberikan senyuman yang manis dan terserlah la kedua lesung pipitku.
Aku hanya baik dengan cik Rose dan Wilson kerana hanya mereka dan nenek sahaja yang menyukai ku.Penduduk yang lain tidak peramah seperti mereka.
"Mocha,awalnya kamu datang hari ni.Wah,sedapnya bau!" Cik Rose melihat roti yang dibawa oleh ku.
"Ni untuk cik Rose.Nenek kasi." Aku menghulurkan roti itu kepadanya.
"Terima kasih,Mocha.Mari la masuk.Makcik buatkan teh." Cik Rose mempelawa ku untuk meminum teh waktu pagi.Aku mahu tetapi disebabkan aku perlu kerja hari ini,aku terpaksa menolak.
"Maaf cik Rose.Saya perlu pergi sekarang.Nanti ada masa saya datang.Selamat tinggal." Aku berlari menuju ke tempat kerja ku.Mereka memerhatikan ku sehingga kelibat ku hilang.
"Baik betul Mocha tu.Kamu tak berkenan ke untuk dijadikan isteri kamu,Wilson?" Cik Rose memandang anaknya yang masih melihat di luar pintu.
Sebagai seorang ibu,dia tau akan isi hati anaknya.Sejak anaknya bertemu dengan Mocha,perangainya berubah.Perangainya amat nakal tetapi selepas itu dia berubah menjadi baik.Mereka juga sangat rapat.
"Ibu,kalau betul la dia jadi isteri saya.Mungkin saya lelaki paling bahagia di dunia ni." Wilson ketawa kecil.Memang benar dia mempunyai hasrat untuk menjadikan Mocha isterinya.
Cuma dia hanya menunggu hari itu untuk tiba sahaja.
♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢
Hai korang!Ni cerita author yg ke 3!Ni first time author buat cerita fantasi tpi harap korang sukakan cerita ni.Nantikan bab 2 ye!Kalau korang suka please vote or comment.Kalau baik hati,promote cerita author.Hehe....melebih plak.Thx support author.Syg korang!!! 😘😘😘😘😘 tapi sori kalau hambar 😅😅😅😅
YOU ARE READING
Looking For Me? (Finished)
FantasíaAku Monica Pikalinche. Aku puteri kerajaan Lutotipus Neptunanis. Tetapi adakah mereka masih percaya kewujudan ku? Kenapa aku berkata begini? Kerana kakak ku yang kejam. Disebabkan harta dan cemburu dia cuba untuk membunuhku.Hampir berjaya tetapi aku...