Part 1

102 8 0
                                    

"Firash.. Ayahanda rasa kamu perlu cari personal assistant untuk tolong kamu. Sekurangnya dapat bantu susun jadual kerja kamu. " cadang Tengku Ngah Ibrahim kepada anakandanya. "Firash pun fikir begitu. Serabut otak ni handle sorang2." rungut Firash

Semenjak pemergian anakanda sulungnya Tengku Fahim Alham dalam tragedi malang yang menimpa mereka berdua 2 tahun lepas ketika Tengku Ngah Ibrahim dan Tengku Fahim dalam perjalanan pulang dari Johor. Kereta mereka hilang kawalan dan terus melanggar tembok. Tengku Ngah Ibrahim cedera parah di bahagian kaki, manakala Tengku Fahim meninggal setelah 5 hari koma.

"kalau macam tu cepat2 lah cari PA. Nak cari bakal isteri terus pun ayahanda tak kesah hahaha" usik Tengku Ngah Ibrahim. "kesitu pulak ayahanda ni. Jodoh tak jumpa lagi" omelnya. "sebab itulah ayahanda suruh cari... 😁"

Tengku Ngah Ibrahim sudah tidak kuat sejak kemalangan 2 tahun lepas. Kakinya sudah tidak gagah berdiri lama impak kemalangan itu. Dia sudah berkira-kira untuk menyerahkan syarikatnya kepada anak2 nya. Sebelum itu, dia mahu anak2 berkahwin terlebih dahulu.

###

Petang itu, Tok Mah dan Erdeena minum petang di pangkin depan rumah di bawah pokok rambutan yang rendang. "Tok.. Ceq rasa nak pi cari kerja dekat KL lah. Bosan kat kampung ni,takkan nak kerja kat kedai runcit mak minah tu ja. Boleh dak Tok? pinta Erdeena. " hang pi KL tu nak duduk tang mana ceq oi? Hang bukan kenai sapa2 kat sana. " tanya Tok mah, risau dia sebenarnya nak berpisah dengan Erdeena. " Laguni tok, haritu ceq jumpa kawan masa sekolah dulu, alaa Rita rumah tepi surau tu. Dok sembang2, dia tanya kalau ceq nak pi kerja dekat KL dia boleh tolong." jelas Erdeena memujuk Tok mah. "hmph.. kalau lagutu tok nak kata apa. Hang cuba lah. Kot2 rezeki hang." ujar Tok mah memberi greenlight. Yesss dah dapat kebenaran Tok mah. Jerit hati kecil Erdeena.

Malam itu Erdeena memberitahu Rita bahawa dia hendak berkerja di KL. Kebetulan di tempat kerja Rita ada jawatan kosong sebagai PA. Erdeena bersetuju. Dalam masa 2 hari lagi dia akan ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup sebagai warga kota. Hahaha duduk kat kampung ni pun warga kota jugak, Kota Kuala Muda 😜.

###

Suasana agak sesak di KL Sentral memandangkan waktu orang pulang kerja. Ramai juga yang menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. Erdeena bersesak-sesak di tengah bangunan, pintu keluar pun tak nampak. Ramai betul orang. Dia mengambil teksi menuju ke rumah Rita.

Ding dong... (loceng ditekan)
Rita menyelak langsir tingkap untuk melihat siapakah gerangan yang datang. "Eh Erdeena! Kejap2 aku buka pintu. " pekik Rita teruja dengan kehadiran sahabatnya. "jemputlah duduk Erdeena kat rumah aku ni. Buat macam rumah sendiri. " jelas Rita. "Terima Kasih Rita. Eh mak pak hang balik duk kampung ka? Hang tinggai sorang la ni? " soal Erdeena. "Depa dah pencen, tu yang balik duk kampung. Ha aku sorang ja la. Mujur hang sudi mai. Ada aku teman. 😊" jelas Rita. Erdeena bersyukur kerana dapat sahabat yang sebaik Rita. "Erdeena.. Hang pi la naik atas, bilik sebelah kanan tu bilik hang. Esok pagi2 aku bawa hang pi pejabat. Pi lah rehat2 dulu." beritahu Rita. Badan sudah penat, lenguh2 badan Erdeena duduk dalam bas tadi. Esok hari yang besar buat dirinya.

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now