Part 26

57 7 0
                                    

Sedang Erdeena khusyuk menyiapkan kerjanya, telefon pejabat di mejanya berdering. Pantas tangannya mengangkat ganggang telefon. "Pejabat Tengku Firash. Boleh saya bantu" jawabnya. "Cik Erdeena. Saya  ada barang untuk di hantar pada cik. saya ada di lobby pejabat sekarang." kata si pemanggil di hujung talian. "Barang apa ye? Saya takde order apa2 barang." soal Erdeena. "Apa kata cik turun dan ambik barangnya. Saya ada tepi tiang berdekatan pintu masuk" sambung si pemanggil lalu terus mematikan talian. "Barang apa pulak tiba2 sampai ni" seloroh Erdeena, pantas bangun menuju ke lif. Dari jauh Tengku Firash dan adiknya Tengku Farish yang baru keluar dari bilik mesyuarat melihat Erdeena tergesa-gesa menerjah masuk ke dalam perut lif. "Tu apahal lari2 je tu?" soal Tengku Farish sambil menudingkan jari ke arah Erdeena yang sudah hilang memasuki perut lif. Tengku Firash sekadar terpinga-pinga. Mereka turut menaiki lif turun ke lobby pejabat.

Di lobby, Erdeena tercari2 si pemanggil yg menelefonnya sebentar tadi. "Cik Erdeena..? " panggil seorang lelaki yang bercermin mata hitam, wajahnya terselindung di sebalik topeng muka.

Erdeena berpaling ke arah suara yang memanggilnya, "saya?" soalnya pada lelaki itu dari jauh, perlahan dia mendekati lelaki itu yang sedang memegang sejambak bunga peony kesukaannya serta sebuah paper bag disisi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Erdeena berpaling ke arah suara yang memanggilnya, "saya?" soalnya pada lelaki itu dari jauh, perlahan dia mendekati lelaki itu yang sedang memegang sejambak bunga peony kesukaannya serta sebuah paper bag disisi. Lelaki itu terus menyerahkan jambangan bunga peony dan paper bag kepada Erdeena dan terus berlalu pergi tanpa sempat Erdeena bertanya apa-apa. Dari jauh Tengku Firash dan Tengku Farish memerhati, kebetulan mereka turut turun dari tingkat atas sebentar tadi. "Amboiii bro, pandai kirim bunga pakai posmen dah sekarang." sakat Tengku Farish pada abang seraya menyiku kembarnya itu. "Bila masa aku hantar bunga pakai posmen???" balas Tengku Firash yang masih tercengang. Siapa pulak yang hantar bunga pada cik baby sister pujaan hati encik singa ni😱. Erdeena juga masih tercengang membelek2 jambangan bunga tersebut dan tersisip sekeping nota bertulis ' I Miss You'. Tiada nama pengirim di catatkan. Bertambah tidak keruan Erdeena. "Siapa niii.. I miss you bagai." desis hatinya. Lantas di buka paper bag yang berisi sebuah album lama. Erdeena duduk di sofa yang di sediakan di lobby. Berdebar rasanya ingin membuka album lama tersebut.

Helaian demi helaian diselak, air matanya tak dapat ditampung lagi, empangan mahu pecah. Akhirnya berderai jua. Gambar-gambar lama Erdeena bersama seseorang yang dulunya menjadi peneman setianya, Amar Firhat. Sejak pertemuan ketika majlis tahlil arwah Tengku Fahim dahulu, Erdeena sedar yang selama ini dia telah berburuk sangka pada jejaka itu. Meskipun dulu hatinya terluka dek angkara dianiaya oleh kawan2 Amar sehingga dia menjadi benci pada jejaka itu, tetapi selepas mengetahui cerita yang sebenarnya Erdeena kesal membenci Amar.

Tengku Firash dan adik kembarnya memerhati dari jauh. Aikk sejak bila jadi pengintip tak bergaji ni??
"Bro.. tu dah kenapa pulak tu?" soal Tengku Farish. Tengku Firash sekadar mengangkat bahu terus menuju keluar dari bangunan pejabatnya itu, diikuti dengan Tengku Farish di belakangnya.
Tingg... nada dering isyarat aplikasi whatsapp milik handphone Erdeena.

'Saya keluar jumpa client. Jangan lupa makan.'

Ringkas pesanan penaja dari Encik Singa, pantas Erdeena memerhati sekelilingnya. Mana la tahu terkantoi dengan Encik Singa.

Di dalam kereta yang dipandu oleh Tengku Firash, adiknya di berada di seat penumpang disebelahnya. "Bro.. kau tak curious ke?" soal Tengku Farish. Senyap tanpa jawapan dari abang kembarnya.. Di dalam fikiran Tengku Firash sedang berlegar2 memikirkan tentang Erdeena. "Woi mengelamun eh aku tanya tak jawab2" sergah Tengku Farish. "Ha lah biarlah dia. Takkan aku nak jaga tepi kain orang." Jawab Tengku Firash selamba. "Elehh padahal dalam kepala otak tu dok fikir macam2" seloroh Tengku Farish setelah tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh abangnya.

Handphone milik Erdeena berdering, pantas dia mencapai menjawab panggilan itu. Dengan harapan panggilan itu dari  Amar Firhat. Rupanya dari sahabat serumahnya Rita. Rita memberitahu bahawa dia tidak dapat pulang bersama Erdeena seperti biasa kerana Rita terpaksa bergerak ke Johor untuk beberapa hari. "Nampaknya naik teksi lah aku.." seloroh Erdeena sendirian sambil mengerling jam di tangan. Jam tepat menunjukkan waktu habis kerja. Erdeena segera berkemas, matanya terpandang jambangan bunga yang diberi oleh sahabat lamanya itu, sayu matanya merenung jambangan bunga itu. Sungguh dia rindukan jejaka itu. Erdeena tersedar dari lamunan apabila Tengku Firash keluar dari bilikna sambil berdehem " awak tak balik lagi ke?" soal Tengku Firash. " Oh saya nak balik la ni.." kalut Erdeena mengemas barangnya. "Saya balik dulu" ringkas Tengku Firash membalas sambil meluru ke lif. Terkocoh-kocoh Erdeena menuju ke lif, takut terlepas pula teksi2 di waktu puncak orang berpusu-pusu pulang  ke rumah ni. Sebaik sahaja dia menekan butang lif, pintu lif terbuka dan susuk tubuh Tengku Firash berdiri tegap dihadapan pintu lif. Erdeena sedikit terkejut melihat jejaka itu masih berada di dalam lif sedangkan Tengku Firash terlebih dahulu mendahuluinya sebentar tadi.  ( Guess what? rupanya Tengku Farish menunggu Erdeena di dalam lif itu sebenarnya.. aiseyymannn) 

Sedang Erdeena leka menunggu teksi di bus stop berhadapan dengan bangunan Astana Holdings, sebuah Range Rover Velar berhenti sambil membunyikan hon. Semua yag berada di bus stop menoleh kearah kenderaan pacuan empat roda berkenaan, Erdeena juga turut memandang kearah pemandu motokar tersebut. Tingkap kereta diturunkan, kelihatan wajah yanga amat dikenalinya, yang lain tak bukan Tengku Firash lah.. "Erdeena come in." tegas suaranya memanggil Erdeena masuk ke dalam keretanya. " Ha?! saya?? " soal Erdeena terpinga-pinga. " Awaklah. Ada lagi yang nama Erdeena ke dekat bus stop ni?" seloroh Tengku Firas tegas. " Eh taknaklah. Saya tunggu teksi ni" jelas Erdeena. "Saya kata masuk, masuklah.. Cepat!" Tengku Firash mengeraskan suaranya. Erdeena sekadar menggelengkan kepalanya dan memandang ke arah lain. "Aduh dia ni.. Degil!" keluh Tengku Firash sambil menarik handbrake dan segera keluar dari keretanya. Erdeena memandang gelagat jejaka itu, Tengku Firash membuka pintu dibahagian tempat penumpang " silakan masuk Tuan Puteri pengarang jantung.." Tengku Firash sengaja melembutkan suaranya. Erdeena malu kerana orang di bus stop mula berbisik2 sesama mereka, pantas kakinya melangkah masuk ke perut kereta milik Encik Singa. "Tak guna punya singa tua, malu woii" seloroh hatinya. Tengku Firash bangga akhirnya Erdeena terpaksa akur dengan arahannya. Ciss berlagak nyaaa.. 

Di dalam perjalanan, Erdeena sekadar mendiamkan diri. Tengku Firash berdehem. "Kenapa tunggu teksi? selalu balik dengan kawan awak tu." soal Tengku Firash selamba. "Aikkk macam mana dia tahu aku selalu balik kerja dengan Rita?" soal hati Erdeena. " Emm.. Kawan saya ada outstation 3 hari di Johor. " balas Erdeena perlahan. "3 hari je?" soal Tengku Firash kembali. Erdeena sekadar mengiyakan. "Awak teman saya dinner, lepastu nanti saya hantar awak balik." sekali lagi Tengku Firash memberi arahan. " Eh takpelah bos.. saya makan dekat rumah je" jawab Erdeena teragak-agak. " Siapa ajak awak makan, saya suruh awak temankan je. Plus dah beribu kali saya pesan diluar waktu pejabat jangan panggil saya bos" berleter Tengku Firash. "Habistu bos nak saya tengok je bos makan?? mana aci!" selamba Erdeena menjawab apabila dia terasa seolah-olah Tengku Firash mempermainkan dia sekali lagi. "Awak yang cakap nak makan dekat rumah tadi, tengok jelah saya makan." balas Tengku Firash seperti ingin mencari gaduh. Sengaja dia menyakat gadis itu apabila Erdeena kelihatan tidak ceria sejak mendapat kejadian tengah hari tadi. Tak keruan dirinya melihat wajah sugul gadis itu. Alahai Encik Singa risau akan buah hati lah tu.

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now