Part 12

84 5 23
                                    

"Sofea tolong masuk bilik saya dengan kadar segera! Cepat!" arah Tengku Firash dengan suara dinginnya, sesiapa yang mendengarnya pasti mengagak sesuatu tidak kena telah berlaku. "Dah kenapa? Kau buat salah pula ni Erdeena? " kecut perutnya mendengar suara garau singa kelaparan itu, dengan pantas dia menuju ke bilik bosnya. 

Tokk tokk tokk.. 

Perlahan sahaja pintu diketuk dan dikuak. Erdeena mengintai dicelahan pintu. "Intai2 apa? Ketumbit mata tu baru tahu. " kedengaran suara Tengku Firash yang masih dingin tanpa memandang kearah Erdeena. Erdeena tersentak mendengar kata-kata itu terus masuk ke bilik bosnya dan meluru ke arah meja Tengku Firash. Dia diam membatu di situ sambil menunduk. Tengku Firash mengerling sambil tersenyum sendiri. "Erdeena Sofea! Come sit here my baby sister! " Tengku Farish yang duduk di sofa tiba-tiba bersuara sambil ketawa. Dia menepuk2 sofa disebelahnya. Terbeliak mata Erdeena mendengar panggilan Tengku Farish kepadanya. Dia memandang ke arah dua beradik itu silih berganti tanpa berganjak sedikit pun dari tempat dia berdiri. Tengku Firash memberi isyarat menyuruhnya duduk seperti yang diarahkan oleh Tengku Farish. Erdeena menunduk sambil duduk di sofa. Tengku Farish seperti biasa menjadi pemerhati dengan mimik muka nakalnya itu. Kencang jantung Erdeena berdegup. Ni silap hari bulan boleh kena heart attack di psycho oleh dua beradik Tengku ini. Tengku Firash merenung tajam ke arah Erdeena sambil bangun dari tempatnya menuju ke sofa. "MashaAllah, main tenung2 pulak. Terjatuh hati kang" desis hati kecil Erdeena, sempat lagi otaknya berfikiran begitu. "Er er ada apa sebenarnya Encik?.." mulutnya kembali terkunci tanpa menghabiskan ayatnya. " Emir Naqeef. Ceo Emirdeen Holding. Betul dia abang kembar awak? " Tengku Firash memulakan bicara dengan serius. Sekali lagi mata Erdeena terbeliak. " Ceo?? Abang Emir Ceo? " Erdeena memandang muka Tengku Firash dan adiknya silih berganti. "Why baby sister? Don't you know that?" Tengku Farish pula bersuara, semakin galak pulak dia memanggil gelaran Emir pada adiknya itu. "Saya tak tahu. Saya baru 2 hari berjumpa dengan Abang Emir lepas kami terpisah lama. Kami cuma kadang2 berhubung melalui skype, itupun Abang Emir tahu tentang saya melalui kenalan rapat saya yang berhijrah ke London. Takdir yang temukan kami semula." terang Erdeena. "Jadi awak takkan tak pernah tahu apa kerjanya?" soal Tengku Firash yang masih merenung tajam ke arah gadis itu. Erdeena mula tidak senang duduk. "Saya cuma tahu Abang Emir kerja dengan mummy di London." sepatah Erdeena menjawab. "Dan awak tak tahu yang abang awak kendalikan syarikat milik ibu awak?" Erdeena sekadar menggeleng. Dia sebak apabila perkataan mummy terpacul dari mulutnya. Sungguh dia rindu akan wanita yang bergelar ibu. Sejak ibunya membawa diri ke London, ibunya langsung tidak peduli akan keadaannya. Apatah lagi menanyakan khabar. Setiap kali dia berskype bersama Abang Emir pasti dia meminta lelaki itu peluang untuk bercakap dengan ibunya, tetapi seringkali ibunya menolak. Entah apa salahnya terhadap wanita itu. "Sofea.." Lembut Tengku Firash memanggil, Erdeena mengangkat sedikit mukanya, kini wajah kedua beradik itu agak hampir dengan mukanya. Huishhh semangat. "Alolo dah kenapa pulak ni?" Tengku Farish bersuara apabila terlihat cecair jernih di tubir mata Erdeena. Tangan Tengku Farish cuba menyeka air mata itu tapi Erdeena lebih pantas mengelap air matanya dengan lengan bajunya. Amboi Tengku Farish. Nak acah2 sweet pulak. Haipp haipp. Tengku Firash dan Tengku Farish terus terusan mengorek cerita tentang keluarga Erdeena. Lama juga Erdeena terpaksa menjadi tahanan mereka berdua. Di soal siasat seperti dia telah melakukan jenayah yang besar saja. Erdeena akur. Sehinggakan waktu makan tengahari Tengku Farish memesan penghantaran pizza kedalam bilik abangnya. Boleh kata hampir seharian waktu pejabat mereka berada di dalam bilik Tengku Firash. Punyalah beriya ingin mengorek rahsia.

###

Krukkkrukkk
Perut Erdeena mula mengaum kelaparan. Dia tidak betah makan pizza sebagai makanan tengaharinya. Nasi juga dapat membisukan ngauman perutnya. Erdeena mengeluh sambil menunggu teksi. Harini dia ingin pulang menaiki Teksi kerena ingin singgah di pasar malam untuk mencari santapan enak yang ada di pasar malam. "Haishhh lambat pula teksi ni. Takde ke anak dato nak berhenti tumpangkan." rungutnya sendirian.

PinnnPinnn...

Berhenti sebuah kereta yang amat dikenalinya. Tingkap kereta diturunkan. Kelihatan Tengku Firash yang berkaca mata hitam di dalamnya. "Fuh!sekali betul anak dato kau datang." desis Erdeena. "Sofea! Masuk cepat! Hari makin gelap." Tengku Firash bersuara. Erdeena tanpa berfikir panjang meluru masuk kedalam perut kereta milik majikannya itu. "Buka selalunya awak naik train? " soal Tengku Firash. "Ya, tapi hari ni saya ingat nak singgah di pasar malam. " ujarnya. Tengku Firash meneruskan pemanduannya. "Pasar malam?" Tengku Firash terkenang kembali saat dia meredah lautan manusia di uptown bersama Erdeena minggu lepas. "Awak nak redah orang ramai lagi macam awak redah uptown tempoh hari? " soal Tengku Firash beriya. Erdeena tersenyum, dia pasti Tengku Firash serik mengikutnya meredah uptown tempoh hari. "Pasar Malam ni tak macam uptown. Tak sebesar uptown. Barang yang di jual pun lebih kepada makanan, sayur serta makanan mentah. " terang Erdeena. "Betul ke? " Tengku Firash seperti teruja. Erdeena sekadar mengangguk. Tengku Firash bersetuju ingin singgah di Pasar Malam. Dia teringin juga merasai sesuatu yang baru.

Mereka berjalan beriringan di Pasar Malam itu. Erdeena banyak menerangkan apa yang menarik di Pasar Malam itu. Dia sempat membeli ayam percik dan roti john kegemarannya. Tengku Firash jugak turut membeli yang sama. Dia hanya mengikut apa yang Erdeena beli. Erdeena berhenti di gerai yang menjual sayur-sayuran. Gadis itu lincah memilih sayur yang diingininya. Seterusnya dia ke bahagian ikan. Laju tangannya memilih ikan yang segar dan masih cantik itu. Tengku Firash sekadar memerhati. Dia amat tertarik dengan Erdeena, kecekapan gadis itu memilih sayur dan ikan menarik hatinya. Padanya ramai gadis kota kini tidak tahu akan jenis sayur dan ikan sebegitu baik. Erdeena Sofea. Ada sesuatu yang istimewa pada gadis ini.

"Ni awak beli sayur ikan semua ni nak masak apa? " Tengku Firash bertanya sambil membuka bonet keretanya. Terdapat sekotak besar kotak kedap udara di dalamnya. Erdeena meletakkan barang2 yang mereka beli tadi dia dalam kotak tersebut. Tengku Firash menutupnya rapat. Bimbang bau hanyir ikan dan makanan tadi merebak ke seluruh keretanya.
"Saya minta maaf terpaksa beli ikan2 ni. Saya nak masak untuk bawa bekal esok ke pejabat. Teringin pula nak masak kari ikan Tok Mah." Erdeena tersengih. "Bau hanyir kereta saya nanti, awak tanggung. Melainkan... " Tengku Firash menjengketkan keningnya. "Awak masak kari ikan Tok Mah tu lebih untuk saya juga." kata Tengku Firash sambil mendekatkan mukanya dengan Erdeena. Erdeena tergamam. "Dia ni suka tau rapatkan muka, nasib baik kacak bergaya macam apek korea. " desis hati Erdeena. "Boleh tak?" soal Tengku Firash yang masih mendekatkan mukanya sambil merenung anak mata gadis itu. Erdeena sekadar mengangguk malu. Merah mukanya. Pantas dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Tengku Firash tersenyum sendiri, suka hatinya mengusik gadis itu. "Fuhhh.. Gugur bersepah hatiku kalau selalu di tenung begini rupa!" Erdeena mengomel sendirian. Tengku Firash menghantarnya pulang, sempat dia memesan pada Erdeena akan permintaan nya tadi.

###

"Bro.. Pergi mana? Keluar makan jom? " Tengku Farish menegur abang yang baru melangkah masuk ke dalam rumah mereka. "Takyah. Aku ada beli ni." Tengku Firash mengangkat bungkusan roti john dan ayam percik yang di belinya tadi. "Wow mana dapat bro?" Tengku Farish bingkas bangun mengekori abangnya ke dapur. "Rish.. Kau masakkan nasi, aku nak naik mandi ni. Belengas dah." arah Tengku Firash. Tengku Farish menerpa ke arah bungkusan yang dibawa pulang abangnya. "Fuuhhh ayam percik! Roti john! Kau pergi mana ni bro? " soal Tengku Farish. Hairan dirinya. "Aku pergi pasar malam tadi dengan Sofea." pantas dia menjawab sambil melonggarkan ikatan tali lehernya. "What?! Seriously bro? Kau jejak pasar malam? Dengan Erdeena Sofea??!!" Tengku Farish faham benar akan abangnya itu, mana mahu dia menjejak ke tempat sebegitu. Tengku Firash berdehem. "Kau apahal? Macam berdosa pulak aku pergi pasar malam." katanya sambil melangkah keluar dari ruang dapur. "Wahhh kemain eh! Dengan Erdeena pulak tu. Sampai hati tak ajak. Kata nak siblings goal. Patah seribuuu hati kuuuu.. " bebel Tengku Farish keseorangan sambil tangannya mencapai periuk nasi. "Ada2 je perangai dia ni!" Tengku Firash membebel sambil melangkah naik ke tingkat atas, semakin kuat kedengaran suara Tengku Farish menyanyi lagu Shila Amzah- patah seribu itu. " Woi! Diam lah! " jerit Tengku Firash dari tingkat atas. Terperanjat Tengku Farish akan ngauman singa lapar. Berterabur sudu2 yang di basuhnya tadi setelah terkejut mendengar pekikan abangnya. Kalut sungguh Tengku Farish ni. Di sambung lagi dia menyanyi laju itu tapi kini si kecilkan suaranya. Tangannya lincah menanak nasi yang disuruh abangnya. Kelebihan dua beradik itu yang orang lain tidak tahu adalah mereka masing-masing rajin ke dapur  dan ringan tulang untuk memasak. Masing-masing mempunyai skill tersendiri. Lelaki pandai memasak? Idaman wanita semestinya kan?

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now