Part 11

59 6 4
                                    

Sejak awal pagi tadi mood Tengku Firash seperti singa kelaparan. Entah mengapa mukanya masam mencuka. Semua staff langsung tidak berani lalu di depan bilik. Manalah tahu nanti diterkam singa lapar itu. Erdeena hairan melihat perubahan sikap Tengku Firash. "Hai.. Ada la tu yang tak kena. Baik aku buat air untuk dia" pantas Erdeena bangun menuju ke pantry. Selalunya apabila Tengku Firash tiada mood begini pasti dia akan meminta Erdeena membancuhkan air teh hijau kegemarannya. Lantas dia menekan butang interkom "Ehem Sofea! " dia bersuara menunggu jawapan Erdeena. Tiada jawapan. Dia menjenguk tempat Erdeena menerusi dinding kaca dari biliknya. Kosong. "Haish mana pula dia merayau. " Tengku Firash mendengus. Dia menyambung kembali kerjanya.

Tok tokkk...
Pintu biliknya diketuk perlahan, kelihatan Erdeena yang mengenakan baju kurung moden bercorak bunga kecil, ringkas pemakaiannya tetapi sopan. Tengku Firash terpana melihat gadis itu, dia teringat baju Kedah dan kain batik yang sering dipakai Erdeena sewaktu dikampung. "Ayu nya gadis ini" desis hati kecilnya. "Awak nak apa? " Tengku Firash bertanya dengan suara garaunya yang menggerunkan itu. "Errr saya nak hantar air untuk Encik Firash." pantas Erdeena meletakkan cawan yang berisi air yang di bancuhnya tadi di atas meja. Dia berdiri sambil tersenyum. Tengku Firash menjeling ke arah cawan tersebut, aroma teh hijau itu telah menangkap hidung. "Awak tercegat apa lagi? " kata Tengku Firash kembali membuat kerjanya tanpa memandang langsung kearah Erdeena. Erdeena terkejut dengan kata2 Tengku Firash, pantas dia menunduk hormat dan berlalu pergi keluar bila dari bilik puaka itu. "Hai aku pun kena? Kang aku buat aduan kat zoo tahulah. " Erdeena merungut sendirian.

###

"Bro! Boleh aku masuk?" Tengku Farish tiba-tiba muncul di muka pintu bilik abangnya. "Masuk ah" dingin jawapan Tengku Firash. "Ha ni ada lah tu yang tak kena. Dah2 la. Nanti cepat tua clon aku sorang ni" Tengku Farish mengusik abangnya. " kau takyah nak merepek. Kau nak apa? " soal Tengku Firash pada adiknya. Dia tahu adiknya takkan berjumpa dengannya jika tiada apa-apa urusan. "Ingat tak bro aku cakap aku ada kenal seorang CEO ni masa pergi London haritu? " Tengku Farish bertanya. "Ouh ya. Yang kau cakap dia orang Malaysia tapi dah duduk London sejak kecik tu?" Tengku Firash meneka. Tengku Farish mengangguk. "Yes why him?" teruja dia ingin tahu, kerana berdasar cerita yang adiknya beritahu bahawa jejaka yang bergelar CEO itu telah mencapai kejayaan diusia yang amat muda. Lebih muda dari mereka berdua."Dia ada di bilik aku sekarang. Dia satu flight dengan aku masa balik kelmarin. Katanya balik atas urusan kerja dan mencari keluarga terpisah." jelas Tengku Farish. "Seriously? I want to meet him. Bring him here. Kita sembang sambil minum coffee." ajak Tengku Firash bersungguh. "Alright. I'll be right back with him"
Tengku Farish beredar keluar dari bilik abangnya. Pantas Tengku Firash menekan butang interkom " Sofea! tolong buatkan 3 cawan white coffee, i ada tetamu. Now! " Erdeena tanpa banyak bicara dia pantas menuju ke pantry. Layankan saja perangai bosnya itu.

"Assalamualaikum. May I come in? " satu susuk tubuh tinggi lampai segak bergaya tidak kurangnya juga seperti dua beradik tu. Sudah seperti trio jejaka idaman malaya kalau digandingkan mereka bertiga ini. Dah sudah berangan tu. " Oh are you Encik.. Ermm.." Tengku Firash cuba memulakan bicara "I am Emir Naqeef." laju kakinya melangkah masuk ke dalam ruang pejabat itu. Lantas tangannya dihulur menyalami Tengku Firash. "Have a seat Mr. Emir." Tengku Firash menjemput tetamu dan adiknya duduk di sofa.

Tokk tokk... Sekali lagi pintu bilik Tengku Firash diketuk. "Come in!" sahut Tengku Firash. Erdeena masuk sambil membawa sedulang air yang di minta oleh majikannya. Dia perhati dari belakang tetamu yang di sebutkan oleh Tengku Firash kepadanya. Emir memalingkan mukanya memandang Erdeena. "Abang Emir! " "Adik" serentak mereka bersuara. Tengku Firash dan adiknya kaku apabila keduanya saling mengenali. Erdeena meletakkan dulang air di atas meja, pantas mendapatkan abangnya. Laju tangannya memegang tangan Emir, Emir pula tidak menolak. Tengku Firash yang masih kaku teringat akan kejadian yang berlaku di airport kelmarin dimana dia melihat Erdeena bermesraan bersama seorang lelaki. "Abang kenal Encik Firash? Abang kenal bos Erdeena? " laju Erdeena menyoal. "Aaabang?? " Tengku Farish mencelah. Emir ketawa. "Ouh ni jadi inilah bos adik? Kecilnya dunia!" Erdeena sekadar mengangguk kebingungan. "Ehemm Encik Emir? Erdeena " Tengku Firash pula mula mencelah, dia juga turut keliru. "Encik ada rasa tak muka saya dengan Encik Emir ni macam sama? " Erdeena menyoal dua beradik itu. Tengku Firash hanya merenung. " Emir. Is she your sister? Am i right? " Emir tersenyum dan mengangguk tanda setuju. Kini Tengku Farish pula mula ketawa. "Ya. Inilah salah satu sebab saya pulang ke Malaysia. To meet my lovely baby sister, Erdeena Sofea. " Emir menerangkan. Tengku Firash masih merenung Erdeena. "Yes boss. Abang Emir ni kembar saya." Erdeena menambah. "Kembar?!" serentak dua beradik Tengku itu menjawab. "wow dah macam perhimpunan kembar dah." Tengku Farish cuba menaikkan suasana memandangkan abangnya seperti hilang arah. Adoii mamai pula Tengku Firash ni. "By the way nice to know u Encik Firash. Since we already have known the situation, shall we continue our discussion just now?" Emir menukar topik. "Ya, sure." Erdeena melepaskan tangan abangnya sambil tersenyum seperti kerang busuk. Dia berlalu keluar dari bilik itu.

"InshaAllah, see you next time Encik Firash. By the way, I pinjam adik i kejap je tau!" ujar Emir sebelum keluar dari bilik Tengku Firash. Dia terus menuju ke meja Erdeena, Tengku Firash dan adiknya memerhati gelagat dua beradik melalui dinding kaca biliknya. "Hoi adik! Makan jom. Don't worry I already tell ur boss." ajak Emir. Tanpa banyak bicara Erdeena mencapai beg tangannya. "Lambat la dia ni. " pantas Emir menarik tangan Erdeena, terkejar-kejar gadis itu melangkah. "Amboi! Adik beradik sweet2 macam couple." Tengku Farish memecah suasana. Dia dan abangnya yang menjadi pemerhati untuk situasi tadi. "Kita tak nak macam tu?" Tengku Farish mencapai tangan abangnya, tangan itu dipeluknya didada. "Nauzubillah. Hoi buang tebiat! " Tengku Firash melepaskan tangannya. Tengku Farish membuat mimik muka nakalnya. "Dah2 berambus sana." dilukunya kepala Tengku Farish. Terjerit kecil jejaka itu, hilang sekejap 'kemachoan' nya sebagai lelaki. Dia membebel sendirian sambil mengusap kepalanya yang diluku tadi. "Syuhhh  syuhhhh " Tengku Firash menolak adiknya yang masih cuba menyakatnya. Tengku Farish memang agak nakal orangnya. Perangainya sedikit berbeza dari abangnya.

"Abang bual apa tadi?" Erdeena bertanya ingin tahu. "Bual-bual kosong. Soal business" jelas Emir. " Tak sangka kecil betul dunia. "Erdeena berseloroh." Adik. Lusa abang ingat nak balik jumpa Tok Mah. Nanti send me the detail okay." pinta Emir. "Alright bro! Menurut perintah!" jawab Erdeena ceria, senang hatinya dapat meluangkan masa bersama abangnya.

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now