Part 8

61 6 0
                                    

"Ha! situ ada parking bos!" Erdeena menunjuk ke arah parking yang kosong setelah beberapa kali mereka berpusing2 mencari parking di uptown. "Awak sure nak bawak saya kesini? Nak cari satu parking pun punya payah." seloroh Tengku Firash. "kita dah sampai pun kan? 😉 " ujar Erdeena sambil membuka tali pinggang keledarnya. Tengku Firash akur.

"Mak oi! Ramai betul manusia." rungut Tengku Firash. "Nak makan pasemboq tak?" ugut Erdeena. "Iyeee " Tengku Firash hanya akur mengikuti Erdeena dari belakang. Gadis bertubuh kecil ini kental meredah pengunjung uptown pada malam itu. Lama kelamaan Tengku Firash bertukar menjadi teruja melihat kepelbagaian barang yang dijual di uptown. Kali ini Erdeena pula terkejar-kejar mengikutinya. Mereka berdua seperti sepasang kekasih, Tengku Firash bersungguh menjaga Erdeena sehinggakan dia sanggup menghadang Erdeena dengan badan sasanya dari terhimpit ketika merentas lautan manusia di uptown itu. Wahh.. Sungguh Gentlemen. Jejaka idaman malaya. Setelah puas berjalan mereka berehat di sebuah gerai berdekatan. Erdeena menunaikan janjinya untuk membelikan pasembur pada Tengku Firash. Erdeena mengajak Tengku Firash pulang awal, bimbang kalau2 Tok Mah risau jika pulang lewat.

"Terima kasih bawa saya jalan2 dekat uptown. Tak sangka macam2 benda ada." ujar Tengku Firash sebelum melangkah masuk ke dalam bilik. "Sama-sama. Well, saya dah habaq dah 😊. Ha! esok dalam pukul 10 saya dan Tok Mah nak pi Pasar Bisik beli ikan segar. Nak ikut? " ajak Erdeena. " Pasar ikan? Taknaklah. Busuk. " seloroh Tengku Firash. " tapi pasar ni unik sikit. Takde kat tempat lain tau. One and only. " pujuk Erdeena. "Apa2 lah Sofea. Saya mahu mandi, melekit badan ni rasanya" Erdeena hanya mengangguk, badannya juga sudah melekit dek peluh yang menyimbah semasa meredah uptown sebentar tadi.

###

Pagi itu Erdeena membantu Tok Mah menyediakan sarapan di dapur. Tengku Firash tidak tidur selepas subuh seperti selalu. Malah, siap bersiap dan bergaya. Entah apa mimpinya. Dia meniti anak tangga turun menuju ke dapur dan duduk di meja makan. "Awai hang harini? Segak2 nak pi mana? " tegur Tok Mah melihat Tengku Firash begitu segak mengenakan T-shirt Polo berwarna navy blue berserta seluar slack berwarna coklat terang. " taklah Tok. Biasa2 je ni " jawabnya sambil memerhati Erdeena yang sedang mengambil pinggan di rak. Entah mengapa dia suka melihat Erdeena berpakaian seperti gadis kampung sebegitu. Dengan baju Kedahnya yang bercorak bunga2 kecil dan berkain batik menambahkan lagi keayuan gadis yang sopan seperti Erdeena. "Eh! Encik nak kemana pagi2 ni? " soal Erdeena kehairanan sambil menyendukkan mi goreng kedalam pinggan. "Semalam kan awak juga yang ajak saya ke Pasar bisik. Saya nak ikut.." jawabnya sambil menyuap mi goreng ke mulutnya. Erdeena membuat mimik muka seakan memperli Tengku Firash. " Semalam saya ada terbaca artikel tentang pasar bisik sebelum tidur. Saya tertarik dengan cara mereka berniaga. Saya nak tengok dengan mata sendiri " terangnya dengan jelas. " jadi kita toksah pi dengan Pak Usop la Tok. Hehe Encik Firash nak pi jugak. " cadang Erdeena. " ha betui noh Encik Bos. Kita pi sekali la senang . Satlagi Tok talipon Pak Usop habaq kita tak jadi pi dengan dia" Erdeena dan Tengku Firash tersenyum.

"Saya rasa baik awak pi tukaq baju. Bukan apa satlagi takut terpercik ayaq ikan ka, busuk baju mahai awak " Erdeena memberi cadangan. Tengku Firash berfikir sejenak dan mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan Erdeena. " Erdeena! Lekaih kita pi. La ni waktu2 orang bawak naik ikan. " jerit Tok Mah dari bawah rumah. Terkocoh-kocoh Tengku Firash menukar baju, dia hanya sempat menyarung t-shirt biasa dan seluar pendek paras bawah lutut. Sejak pulang ke kampung Erdeena, dia pula yang menjadi seperti seorang driver.

Mereka sampai di Pasar Bisik tepat pada masanya apabila para nelayan baru sampai membawa muatan ikan2 segar. Tengku Firash hanya memerhati para nelayan membawa naik ikan2 segar dari bot mereka. Terdapat pelbagai jenis ikan, tidak kurang juga udang dan sotong. Dia memerhati seorang pembeli yang kelihatan seperti peraih ikan merenung sedetik ke arah longgokan hasil tangkapan laut tersebut lalu bergerak menuju ke arah nelayan tersebut lalu merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya ke telinga nelayan itu dan membisikkan sesuatu. Mereka berbisik tentang harga ikan2, sesiapa yang menawarkan harga berpatutan kepada nelayan maka dia yang akan dapat membeli ikan2 tersebut. Itulah keunikan pasar bisik yang masih wujud di jeti Kuala Muda. Semalam sebelum melelapkan matanya, Tengku Firash mambaca artikel tentang keunikan pasar bisik yang disebutkan oleh Erdeena. Dia tertarik dengan cara mereka berniaga, sebab itulah dia mengubah fikiran untuk turut mengikut ke pasar bagi melihat situasi itu dengan matanya sendiri.

Setelah puas memborong ikan di pasar bisik. Tok Mah mengajak mereka pulang. Tengku Firash senang hati dapat melihat satu situasi yang baru baginya. Tidak sia2 dia mengikut Erdeena pulang ke kampung. Petang itu mereka duduk di pangkin sambil mengambil angin petang yang sungguh nyaman. " Sofea. Saya seronok dapat balik kampung awak. Hilang serabut fikir masalah2 di pejabat. " ujarnya sambil tersenyum. " Saya tahu! jadi awak tak buat keputusan yang salah la bagi saya balik kampung 😊 " balas Erdeena. Mereka berdua mula selesa bersama. Erdeena mula memahami perangai Tengku Firash yang baginya tidaklah begitu pelik. Tengku Firash juga senang dengan pembantunya itu. " sebenarnya saya suka tengok awak macam ni. " Tengku Firash berbicara lembut. " macam ni tu macam apa? " soal Erdeena kehairanan. " Saya tak sangka wujud lagi perempuan seperti awak. Iyelah.. Cuba awak lihat perempuan2 di KL, cara hidup mereka, cara pemakaian mereka. " terang Tengku Firash. " Tapi tak semua mereka macam tu kan? " Erdeena memberi pendapat. " maksud saya, awak tak berubah. Di KL mahupun dia kampung, cara awak tetap sama. " terang Tengku Firash dengan jujur. " oh begitu, saya selalu ingat pesan Tok Mah, kat mana pun kita pergi sejauh mana pun kita, kita kena jadi diri sendiri. Buat apa jadi fake. Lebih baik yang ori kan?" Erdeena mengangkat keningnya. Tengku Firash tersenyum. " saya pun suka tengok awak sekarang, banyak senyum je. Kalau dekat pejabat tu, asyik2 nak mengaum je kerja. Nasib saya tak call pihak zoo, adukan singa terlepas " sakat Erdeena. Mereka ketawa kecil. " amboi seronok apa tu aih. Tak ajak Tok sembang sekali pun " tegur Tok Mah. " Dak aih Tok. Ni Encik Bos ni habaq dia takmau balik KL, seronok dok kampung" sengih Erdeena " betui ka? Lagu tu mai la balik selalu. Tok lagi suka. " "InshaAllah kalau ada masa nanti saya mai lagi. Terima Kasih Tok. "

Selepas pulang dari surau, Tengku Firash duduk termenung di beranda rumah sambil melayan perasan. Apa yang di fikirnya pun entahlah. Erdeena datang dari dapur membawa minuman koko panas, malam itu agak dingin jadi minuman dibuat penghangat badan. " ehem.. Nah!" Erdeena menghulur cawan yang berisi air yang dibancuhnya tadi. Tengku Firash menyambut tanpa sebarang kata. "termenung jauh nampak. Rindu marka KL ka? " Erdeena memulakan bicara. " Marka?" Tengku Firash ketawa kecil. Erdeena memandang curiga. " awat gelak. Betui la tu rindu marka. " sengaja Erdeena ingin menambah cerita. " Taklah. Siapa lah saya ni." Tengku Firash tersenyum sendiri. " elehh mengakulah. Encik bos saya ni dah la segak, takkan takda marka kot. Nonsense! " ujar Erdeena begitu pasti dengan kata-katanya. "suka hati awaklah nak percaya atau tidak." Tengku Firash menghirup cawan air di tangannya. Dia memandang Erdeena, lama di tenungannya. " hoi hoi! Tenung-tenung apa? Cungkil biji mata tu satlagi. " Erdeena merasa tidak selesa apa bila ditenung sebegitu, Tengku Firash tersengih. " nampak manis awak berpakaian sebegini. Saya suka! " katanya yang kembali memandang laman yang gelap di hadapan rumah. Erdeena terkedu dengan kata-kata majikannya itu, dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu. " Semua PA yang pernah bekerja dengan saya semuanya seksi2, gedik, kaki clubbing & suka ambil kesempatan. Saya rimas. Sebab itu muncul singa dalam office tu" dia tergelak sendiri. " kalau bukan didikan Tok Mah, saya mungkin salah seorang PA yang Encik maksudkan. " Erdeena juga tersenyum, dia amat menyanjungi Tok Mah yang bersusah payah mendidiknya dari kecil. " Ye. Tok Mah berjaya mendidik awak dengan baik. Awak kena bersyukur tu" Erdeena sekadar mengangguk.

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now