Part 7

75 6 0
                                    

"Ya Allah sejuknya, mana remote aircond ni?" rungut Tengku Firash sambil menarik2 selimut tebal. Pagi itu sungguh dingin dek kerana hujan lebat malam tadi. Sejuk betul. Tengku Firash bangun duduk di atas katil sambil memeluk selimut yang menyelimuti seluruh tubuh sasanya. Lama dia termenung. Dia bangun membuka daun jendela. Terlihat susuk tubuh memakai baju kedah berkain batik serta berselendang putih di kepala. "Siapa pula tu? " Tengku Firash mengintai di balik langsir. Susuk tubuh tadi sudah lagi tidak kelihatan. "Eh mana dia pergi? Aku ni mimpi ke?" Tengku Firash menjenguk2 diluar jendela sambil menggosok matanya. "Encik Firash! " laung Erdeena dari bawah jendela mengejutkan Tengku Firash. Gadis itu mendongak memandang muka serabai Tengku Firash. "Hehe bos nak ikut saya? " soalnya. "Pagi2 ni nak kemana?" Tengku Firash hairan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. "Cari sarapan. Nak ikut tak? " sekali lagi Erdeena bertanya. Tiada jawapan. "Taknak tunggulah sorang2 dekat rumah" Erdeena melangkah pergi mendapatkan basikal tua di bawah rumah. Tengku Firash berfikir sejenak, "Sofea! Saya nak ikut! " pantas dia berlari mendapatkan Erdeena di bawah rumah. "Betul ni? Kalau iye pun cuci muka dulu. Nanti nampak sangat baru bangun tidur." Erdeena tergelak kecil. Erdeena mengeluarkan sebuah lagi basikal dari bawah rumah sementara Tengku Firash bersiap. "Dah jom." ajak Tengku Firash. "Kita naik basikal tau, lagipun bukan jauh. Depan simpang kampung tu je." beritahu Erdeena. "Tak kesahlah!" Tengku Firash memandang Erdeena. "Bos naik basikal tua Tok Mah tu, saya naik basikal saya." Arah Erdeena yang mula mengayuh meninggalkan Tengku Firash. "Basikal tua ni dia bagi aku naik. Tibai jelah" selorohnya sambil mengayuh mengekori Erdeena. Melihat Tengku Firash tertinggal agak jauh, Erdeena berhenti menunggu jejaka itu. "Lambat lah bos ni. Tok Mah kayuh lagi laju " Erdeena memecut sekali lagi meninggalkan Tengku Firash. "Eh apa awak cakap?" balas Tengku Firash. Mereka berdua mengayuh sampai di sebuah warung kecil di tepi simpang kampung itu.

"Assalamualaikum Mak Ita." tegur Erdeena kepada pemilik warung itu. "Eh Erdeena! Lama Mak Ita tak nampak. Bila hang balik? Tu sapa dia? Boipren hang ka? " bertubi soalan Mak Ita sambil menuding jari ke arah Tengku Firash. Erdeena sememangnya peramah dengan semua orang. Jadi kebanyakan orang kampung kenal dengannya. Terutama pengunjung setia warung Mak Ita. " Dak aih Mak Ita. Tu bos ceq dari KL. Dia saja ikut mai balik kampung." terang Erdeena memandangkan semua mata memandang mereka. " Laa kalau boipren hang pun apa salahnya. Segak bergaya lagu hang juga, sesuai la hampa." ujar Pak Usop yang sedang menikmati kopi o bersama rakan-rakan. "Melawak sungguh Pak Usop ni." Erdeena tersenyum. Di satu sudut ada yang memerhati Erdeena dan Tengku Firash. "Awak nak makan apa? Ada Nasi Lemak, Laksa , Bihun Sup, Kuih pun ada." cadang Erdeena. "Awak suka makan apa?" Tengku Firash berbisik. "Saya suka laksa dengan bihun sup Mak Ita ni. Favourite all the time!", "saya nak dua2 lah" Tengku Firash membuat keputusan. " good choice. Saya pun. Ha Mak Ita, tolong bungkuskan 2 laksa 2 bihun sup. " Mereka duduk dibangku sambil menunggu. " Assalamualaikum.. " datang seseorang menyapa mereka. "Waalaikumsalam.." serentak mereka menjawab salam dan memandang ke arah si pemberi salam. "Tak sangka kita jumpa lagi Erdeena lepas di surau semalam." Amar menegur. "kampung ni bukan besar mana pun, tak hairan lah saya. " jawab Erdeena sedikit kasar. Tengku Firash hanya memerhati, dia yang pada mulanya seperti tidak menunjukkan sebarang reaksi mula memerhati Erdeena. Tidak sangka gadis yang selama ini lemah lembut, sopan santun dan penuh ciri gadis melayu terakhir yang dikenalinya berubah sikap menjadi agak kasar dengan hanya kerana teguran seorang lelaki. " Erdeena masih marah dengan abang ke? Benda dah berlalu lama kan? " Erdeena menepuk meja dengan agak kuat dan menjeling pada Amar, Dia bingkas bangun membayar makanan yang dibelinya tadi. Dia terus mendapatkan basikalnya, sungguh dia lupa akan Tengku Firash yang bersamanya tadi dek kerana kemunculan Amar. "Eh dia tinggalkan aku." Melihat Erdeena tergesa-gesa Tengku Firash pun turut mencapai basikalnya mengejar Erdeena. "Sofea! Tunggu saya! Erdeena Sofea!" jerit Tengku Firash. "Jangan kacau akulah Amar! Aku tak suka kau! Aku benci kau!" jerit Erdeena yang menyangkakan Amar sedang mengejarnya.

Kayuhan Erdeena semakin perlahan dan terus berhenti, dia turun menjenguk rantai basikal yang sudah terkulai. "Aduhh time2 ni kau nak buat hal!" bentaknya. Tengku Firash yang tertinggal jauh mula menghampiri gadis itu yang sedang membelek rantai basikalnya. " Erdeena awak okay? " Soalnya dengan mengah. "Jangan menyibuk lah Amar!" Erdeena meninggikan suara, dia masih tidak perasaan bahawa itu adalah Tengku Firash. "AaAmar? Siapa Amar? " Tengku Firash bertanya sambil turut mencangkung memerhati Erdeena membetulkan rantai basikal. Erdeena terkedu melihat bahawa lelaki yang mengejarnya tadi bukannya Amar tetapi Tengku Firash. Dia pantas bangun dan menolak basikalnya. "Saya tanya siapa Amar? Kenapa awak marah sangat ni" Tengku Firash ingin mengetahui punca Erdeena menjadi sebegitu. Erdeena hanya mendiamkan diri sambil memimpin basikalnya diikuti Tengku Firash di sebelahnya. Tengku Firash tahu hati gadis itu masih panas. "Ermm Sofea. Awak nak tahu sesuatu?" pancing Tengku Firash. "Apa dia? " tenang Erdeena menjawab. "Pagi tadi saya nampak bunian dekat depan rumah Tok Mah. " Erdeena pelik dengan kata-kata Tengku Firash, dia memandang jejaka itu dengan penuh kehairanan. "Iye betul. Dia pakai baju kedah berkain batik dan selendang putih. Cantik dan nampak manis je..." terang Tengku Firash sambil tersengih. Bunian yang dimaksudkan itu adalah Erdeena. Seolah-olah Erdeena mempunyai satu daya tarikan yang dapat menangkap jiwa lelakinya. Erdeena terdiam mendengar penjelasan Tengku Firash. Dia melihat dirinya dari atas ke bawah dan dimenyedari bahawa dia lah bunian yang dimaksudkan oleh Tengku Firash. "Encik Firash perli saya kan?" Erdeena meneka. Tengku Firash hanya tersenyum sambil mengangkat bahunya, laju dia melangkah meninggalkan Erdeena. "Ooo Encik cakap saya bunian noh." Erdeena juga mempercepatkan langkah mengejar Tengku Firash. Sengaja Tengku Firash menyakat gadis itu, sekurangnya dapat mengurangkan kemarahan Erdeena pada Amar. Siapa Amar? Mengapa Erdeena benci kepadanya?

Petang itu Erdeena menyapu daun kering di laman rumah Tok Mah. Tengku Firash pula duduk bersantai di atas pangkin bawah pokok rambutan sambil memerhatikan setiap gerak geri Erdeena. "Wujud lagi gadis macam ni. Tak sia2 aku ambil bekerja." ujarnya di dalam hati. Dia senang melihat Erdeena yang amat rajin membantu Tok Mah, peramah dengan orang kampung sejak dari hari pertama dia sampai ke kampung itu. "Hai.. Termenung apa tu Encik Firash? " tegur Erdeena. "Mana ada termenung, yang awak ni dah tak larat saya tegur jangan ber 'Encik' dengan saya diluar waktu kerja. Saya rimaslah!" seloroh Tengku Firash tidak puas hati. "Okay2 saya minta maaf..." Erdeena menjawab sambil duduk di pangkin itu juga. "Ke nak saya suruh awak panggil saya Abang Firash?" Tengku Firash mendekatkan sikit mukanya dan memandang tepat ke dalam anak mata Erdeena. Erdeena menelan air liur. "Okay2, Firash." Erdeena menunduk malu. "Eh kat sini ada tempat best tak?" Tengku Farish memulakan bicara kembali. "Ada! Malam ni ada uptown dekat Kepala Batas. Jom nak?" ajak Erdeena. " Uptown??" Tengku Firash kehairanan. "ye uptown. Alaaa macam pasar malam tu. Ada macam2 benda ada. Tak pernah pergi ke?" Tengku Firash menggeleng." Saya tak suka sangat pergi tempat yang ramai orang. "Alaaa jom lah. Kata nak jalan2" pujuk Erdeena bersungguh. "Tapi! Ada 1 syarat." Tengku Firash sekali lagi merapatkan muka. "Erm apa dia? Ada2 je bos ni." Erdeena membuat mimik muka. "Belanja saya makan pasem..pasemboq " Berdekah Erdeena mendengar Tengku Firash cuba mengajuk loghatnya. "Ye la Tengku Firash 😂, nanti ceq minta kebenaran bos ceq kat dalam dulu na. " Erdeena tersenyum sambil masuk ke dalam rumah.

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now