Part 18

88 6 8
                                    

"Cik Pah.. Kat mana first aid kid? " Tengku Firash menyelongkar almari. "Ha ni Cik Pah baru nak bawa ke bilik tetamu kita tu. Katanya kaki luka? " Cik Pah menunjukkan peti kecemasan yang dipegangnya. "Mari saya bawakkan. " pantas Tengku Firash mengambil peti tersebut. Pintu bilik Erdeena diketuk perlahan. " Siapa? " teriak Erdeena. " Saya! " Tengku Firash menjawab. "Erdeena pantas mencapai selendang untuk membaluti kepalanya, terhenjut-henjut dia menuju ke pintu. "boleh saya masuk? " Tengku Firash memulas tombol pintu perlahan-lahan. Mereka bersua di pintu. "Baru nak buka. " ujar Erdeena. " lambat.. Sini cepat" melulu Tengku Firash masuk ke dalam bilik itu. Erdeena tercengang, dia membiarkan pintu bilik terbuka luas. Dia kembali menuju ke arah katil. Tengku Firash membuka kotak first aid tersebut mencari ubat, dia duduk di lantai sedia untuk meletakkan ubat pada luka Erdeena. "may I start?" Tengku Firash mendongak memandang Erdeena. " takpayah la susah2. Sikit je ni saya boleh buat sendiri" pinta Erdeena. Laju tangan Tengku Firash menyapu cecair dettol bagi nembersihkan luka, Erdeena terjerit kecil. Erdeena akur. Dia sudah tahu jika dia melawan tentu akan dibaham singa tersebut. Tengku Firash tekun mencuci dan menyapu ubat pada luka Erdeena. Sesekali Erdeena terjerit kecil. "tahan lah sikit. Kata luka sikit je. " sakat Tengku Firash. "Ermm sakit. " adu Erdeena.

"Abi.. Buat apa tu?" Rayqal menjenguk ke dalam bilik Erdeena. " Ermm kesian nya aunty. Aunty mesti sakit kan? " ujar Rayyan yang turun masuk ke dalam bilik itu lantas kedua kembar itu memanjat katil dan duduk bersebelahan Erdeena. "Aunty mesti nakal macam aeqal, sebabtu aunty jatuh." Rayqal membuka bicara. "eishh aunty ni baik lah. Tangga tu yang jahat. " Rayyan mencelah dengan yakin, dia memegang tangan Erdeena. Erdeena dan Tengku Firash hanya mampu ketawa mendengar si kembar itu berdebat dan gurau sesama mereka. Si kembar itu petah berkata-kata dan bercerita, Erdeena dan Tengku Firash setia mendengar celoteh mereka. Yong Khalida yang kebetulan melintas dihadapan bilik itu melihat situasi yang sangat menyenangkan hatinya. Dia tahu bahawa si kembar Rayyan & Rayqal memerlukan kasih sayang ibu dan ayah. Yong Khalida terkenang kembali saat bahagia arwah Tengku Fahim dan keluarga. " Firash.. Jom kita makan malam. Erdeena sekali. " ujar Yong Khalida. " Baik nenda. Sikit lagi ni. " balas Tengku Firash yang hampir menyempurnakan balutan di jari kaki Erdeena. " Rayyan..Rayqal.. Meh ikut Nek Yong turun. Nanti kita boleh makan sama2." ajak Yong Khalida. "Aeyan nak tunggu abi dengan aunty, Nek Yong turun lah dulu. " "Aeqal pun sama". Masing-masing berkeras. "Done! Jom kita turun makan. "
Tengku Firash mendongak memandang Erdeena. "Rayyan.. Rayqal.. Jom kita turun. " ajak Erdeena. "kesian aunty sakit kaki, meh Aeyan pegang tangan." Si kecil Rayyan mula simpati, Rayqal juga memimpin Erdeena. Mereka berdua sedih sudah benar mesra dengan kehadiran Erdeena. "aunty jangan la nakal2 lagi, kan dah sakit. "seloroh si Rayqal. Mereka berjalan menuruni anak tangga satu persatu. "waaa aunty dah macam princess dah bila Rayyan dengan Rayqal pimpin aunty." Erdeena suka melayani si kembar itu. Tengku Firash tersenyum melihat kemesraan anak-anak saudaranya melayani Erdeena. "Aunty2 boleh tak Aeqal nak tidur dengan aunty. Boleh la. " manja Rayqal memujuk. "Aeyan pun nak jugak tidur dengan aunty. Boleh la.. Boleh la.. " Rayyan menarik2 hujung baju Erdeena. " Sapa nak tidur dengan aunty tak boleh nakal2. " balas Erdeena. " Janji tak nakal. " keduanya seperti mengangkat sumpah. "Rayyan Rayqal janganlah kacau aunty tu. " Cik Puan Zarina bersuara sebaik sahaja mereka menjelma di ruang makan. "Mana ada kacau. Aeyan dengan Aeqal cakap nak tidur dengan aunty je. Aunty bagi" kedua2 mereka memegang erat kedua belah tangan Erdeena. "Cik Erdeena. mesra betul mereka dengan kamu." tegur Tengku Ngah Ibrahim sambil tersenyum melihat keletah cucu-cucunya. " Biasalah budak-budak kan manja. " Erdeena membalas sambil menunduk hormat. "Marilah duduk sama, kita makan sekali" jemput Yong Khalida. Tanpa disuruh Rayyan menarikkan kerusi di meja makan buat Erdeena. Amboiiii kecik-kecik dah gentleman ni. "Aunty duduklah kat sini sebelah Aeyan dengan Aeqal."ajak Rayyan. "Amboi baiknya cucu nenda sorang ni." Cik Puan Zarina tersenyum memuji cucunya. "Mestilah baik. Aeyan janji taknak nakal. Nanti boleh tidur dengan aunty. " jelas Rayyan. Walaupun ada sedikit pelat tetapi Rayyan dan Rayqal petah berkata-kata. "Amboi kecik dah pandai nak ambil hati perempuan ni" Tengku Farish mencelah. Mereka satu keluarga ketawa dengan telatah si kembar yang sentiasa menceriakan suasana. Erdeena senang melayani keluarga bahagia itu, dia selasa bersama mereka walaupun berlainan taraf.

###

"Assalamualaikum aunty! " Rayyan dan adiknya mengetuk pintu bilik Erdeena. Erdeena pantas membuka pintu biliknya. " saya. " Erdeena menjawab. Rayyan dan Rayqal sudah pun terpacak dihadapan pintu biliknya sambil mengheret selimut dan bantal masing-masing. Kembar itu tersengih seperti kerang busuk. "Aunty.. Aeqal dengan Aeyan datang nak camping dalam bilik aunty. Boleh kami masuk? " Rayqal meminta kebenaran. "come in. Cepat-cepat. Nanti orang nampak. " sengaja Erdeena berbuat demikian. Tergopoh kembar itu mengheret selimut dan bantal mereka masuk ke dalam bilik Erdeena. Erdeena menutup pintu bilik dan menuruti langkah si kembar naik ke katil. "Kaki aunty sakit lagi tak?" Rayyan bertanya sambil membelek balutan di jari kaki Erdeena. " Auchhh sakit sakit" sengaja Erdeena mengacah kesakitan. "Maaf aunty maaf, Aeyan tak sengaja. Aeyan kesian tengok kaki aunty sakit" laju perkataan maaf meluncur dari mulut kanak-kanak berusia 4 tahun itu, risau dia menyakiti Erdeena. Erdeena ketawa melihat Rayyan. "Taklah. Aunty gurau je. Kaki aunty tak sakit dah. Kan Rayyan dan Rayqal jaga aunty." Erdeena memeluk kedua-duanya. "manja ni.. Selalu manja macam ni tak?" Erdeena membiarkan kembar itu baring disisinya sambil memeluk tubuhnya. Seorang di kanannya, seorang di kirinya. Serupa tidur dengan anak-anak dah. "Aeqal rindu nak peluk mummy macam ni. Kan Rayyan. " Rayqal tiba-tiba bersuara tentang ibunya. Erdeena tahu serba sedikit mengenai kisah silam keluarga itu. Dia berasa simpati ke atas apa yang menimpa kedua beradik itu. Kecil-kecil lagi sudah kehilangan kasih seorang ayah dan ditinggalkan ibu sendiri. Erdeena sebak. "Aunty.. Kenapa aunty senyap. Aunty tidur dah ke? " Rayyan mengejutkan Erdeena dari lamunan. Erdeena mengesat air matanya. Dia juga terkenang akan nasibnya yang hampir sama dengan kembar ini. "Ami jangan la nangis. Aeqal tak nak ami menangis. " Rayqal yang tiba-tiba memanggil Erdeena dengan panggilan 'Ami' kononnya seperti panggilan seorang anak pada ibunya. Rayyan mengesat air mata Erdeena. Erdeena sebak. "Ami? " soalnya pada kedua-dua kembar itu. " Boleh tak Aeqal nak panggil ami. Aeqal suka Aunty jadi mummy Aeqal? " pinta Rayqal bersungguh. " Siapa nak aunty jadi mummy dia, dia kena janji kena jadi budak baik, dengar kata, rajin. boleh tak? " pinta Erdeena. "nakk nakkk "beriya kanak-kanak itu. Pantas Erdeena memeluk kedua-duanya. " alright now we sleep okay anak-anak ami" Erdeena mengusap kepala mereka. "Good night Ami. Sayang Ami. " si kembar itu mencium pipi Erdeena. Amboi.. Cepat betul mereka mesra dengan Erdeena. Sampai mahu Erdeena menjadi pengganti mummy mereka. Erdeena tidak kisah, dia faham perasaan kanak-kanak yang inginkan kasih sayang dari seorang ibu. Dia suka Rayyan dan Rayqal bermanja dengannya.

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now