Part 13

82 6 9
                                    

"Wow mashaAllah bau apa ini. Bau ni telah merobek jiwa raga ku. Aroma yang mempersonakan fuhhhh!!" bebel Rita yang baru turun dah biliknya. Sebelum subuh Erdeena sudah bersengkang mata memasak kari ikan yang dijanjikan. "Hoi2.. Pagi-pagi dah meroyan perempuan ni tau." Erdeena menghalakan senduk kearah Rita. Rita yang masih mamai tersengih seperti kerang busuk. "Erdeena.. Hang masak apa ni pagi-pagi buta ni? " Rita menjenguk ke dalam periuk. "Ha ni ceq masak kari ikan Tok Mah. Nala punya sedap macam kari mamak penang" Erdeena menerangkan pada Rita dengan gaya mami jarum. "Tudia.. Erdeena... Ceq mau sikittt " Rita mendekati sahabat baiknya itu, ditarik-tarik hujung baju Erdeena memujuk gadis itu. Erdeena tersenyum " Hang mau? La ni hang pi ambik 3 bekas. Aku nak isi kari ni. " arah Erdeena. "Aikk awat 3?? Buka aku dengan hang ja ka? Sapa dia punya? Marka ka?" Rita bersoal tanpa noktah. Lincah jari jemari Erdeena mencuit pinggang temannya itu. " Hang mau kari dak? Hang mau pi ambik lekaih. Hang bubuh sekali. Toksah tanya pasaipa. La ni aku nak pi mandi. Bau kari dah. " Erdeena mengelak dari menjawab soalan Rita. "Oi mak kau! mau..mau.. Ha la hang bau kari. Satlagi anak mamak tersangkut baru hang tau." Rita berjenaka. Erdeena membulatkan matanya dan berlalu naik ke biliknya.

###

Tengku Firash melintas di hadapan meja PAnya sambil mengerling kearah Erdeena. Apa tah yang di buat gadis itu di bawah mejanya. "Ehemm Sofea cari apa bawah meja tu? " Tengku Firash berhedem memeranjatkan Erdeena. Terhantuk kepala gadis itu terkejut namanya disebut. "Aucchh!" Erdeena mengusap kepala yang agak sakit, Tengku Firash pula hanya tersengih dan terus menuju masuk ke biliknya. Erdeena hairan kerana pagi itu mood Tengku Firash tidak semuram hari2 lain. Dia ceria. Dia seperti sedang bahagia. Macam2 andaian yang dibuat Erdeena.

'Nah janji saya untuk awak'

Sekeping nota yang dilekatkam bersama bekas makanan elok terletak di atas meja Tengku Firash. Tengku Firash tersenyum. Entah mengapa ada satu perasaan aneh yang hadir, perasaan itu membuatkan dia senang sekali akan kehadiran Erdeena. Gadis ada pesona yang menarik jiwanya. Lama Tengku Firash menatap nota tulisan Erdeena. Dia tersenyum sendiri.

Tiba waktu tengahari, Tengku Firash segera mencapai bekas makanan yang diberikan oleh Erdeena. Hatinya melonjak-lonjak ingin merasa masakan gadis itu. Dia melulu kearah pantry untuk memanaskan makanan tersebut. Erdeena hanya memerhati gerak geri bosnya sambil mengerling jam di tangan "Aikk baru pukul 11.30. Takkan nak makan dah kot. " Erdeena membuat andaian. Tidak lama Tengku Firash melulu masuk kebiliknya semula. Erdeena hanya memandang kebingungan. Dia senyap-senyap mengintai bosnya di dinding kaca bilik Tengku Firash. Erdeena tersenyum melihat telatah Tengku Firash yang sedang mengisi perut dengan bekal yang dibuatnya. Erdeena curi-curi mengambil gambar aksi makan Tengku Firash. "Ni kalau kantoi, naya aku kena baham ni" Erdeena ketawa sambil kembali duduk ditempatnya.

Tinggg..
Tanda mesej masuk. Erdeena pantas mencapai phone miliknya. Mesej dari Encik Firash. Berdebar hatinya ingin membuka.
Tinggg..
Masuk lagi satu mesej. Erdeena segera membaca whatsapp dari Tengku Firash. Dia mengirimkan gambar bekas makanan yang sudah licin tanpa meninggalkan secebis nasi. Hanya tulang2 ikan yang kelihatan.

"Terima kasih. Sedap! saya suka." ringkas Tengku Firash menulis.

Erdeena membalasnya dengan menghantar gambar yang di curi-curi ambil olehnya tadi. Terbeliak mata Tengku Firash melihat gambarnya yang sedang menikmati makanan dengan penuh nikmat. "Mak oi. Singa lapar." omel Tengku Firash sambil ketawa. Hatinya berdebar, jantungnya berdegup kencang apabila dia memerhati gambar profile Whatsapp milik Erdeena. "kenapa hati aku ni. Fuhhh " Tengku Firash berbicara sendiri. Dia mengusap dadanya yang sesak.

###

"Ishh kenapa mata ni tak mahu lelap." rungut Tengku Firash. Dicapainya phone yang terletak di atas meja bersebelahan katil. Pukul 2 pagi. Matanya masih segar. Laju tangannya menekan ikon gallery pada phone miliknya. Di tenung satu persatu gambar2 yang di tangkapnya semasa berada di kampung Erdeena. Matanya tertancap pada satu gambar, lama ditenungnya gambar itu. Gambar yang mempamerkan luas terbentang sawah padi dan ada seorang gadis berada di tengah-tengah batas antara pokok2 padi yang menghijau itu. Gadis yang berpakaian ala2 kampung serta berselendang di kepala itu sedang melambai gembira ke arahnya. Gadis itu ialah Erdeena Sofea. Hatinya kembali berdegup kencang, Tengku Firash meletakkan tangannya didada. Dia mula berasa panas sedangkan aircond bersuhu rendah dipasangnya. "Aku ni dah terjatuh hati dekat perempuan ni ke? Arghhh merepek Firash merepek. Budak kampung tu Firash. Tapi dia lain, sopan lemah lembut, pandai mengambil hati, pandai memujuk yang penting Kari Ikan dia sedap." Tengku Firash berseloroh sendiri. Dia sendiri keliru dengan dirinya. Tidak pernah dia mengalami perasaan sebegini. "Sah Firash sah.. Kau dah jatuh hati ni" Tengku Firash menggelengkan kepalanya, dia cuba membuang perasaan itu jauh. Semakin dia mencuba semakin dia terbayang wajah manis Erdeena, senyuman comelnya, perangai dan telatahnya. Suara Erdeena juga terngiang-ngiang di kepalanya. Arghhhhhh.. Tengku Firash menekup mukanya dengan bantal serta menarik selimut menutupi seluruh badan sasanya. Alamak Tengku Firash diserang penyakit angau. Tapi angaunya tidak setinggi ego! Dia ego dengan perasaannya sendiri.

###

"Ya Allah, indahnya ciptaan tuhan. Tengah makan pun handsome." Erdeena menatap gambar Tengku Firash yang diambilnya siang tadi. Erdeena mula berangan. "Orang sekacak Encik Firash sudah tentu punya perempuan keliling pinggang. Tapi sepanjang aku kerja dengan dia takde pulak nampak mana2 perempuan dengannya. Sapa nak dengan singa lapar tu, silap haribulan gaduh sikit kena baham. Fuhhh cari nahas!" Erdeena membebel seorang diri. "Haihh la hati.. Kalau Encik Firash ni sweet charming macam apek korea tu, dah lama aku ngorat dia. " Erdeena ketawa sendiri sambil memejamkan mata. Erdeena berasa selesa apabila bersama Tengku Firash, tetapi dia tidak pernah meletakkan apa-apa harapan pada mana-mana lelaki. Dia bimbang hatinya terguris lagi seperti mana Amar lakukan padanya.

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now