Part 6

84 6 0
                                    

Sudah hampir 6 bulan Erdeena bekerja. Dia rindu dengan Tok Mah. Dia langsung tiada kesempatan untuk pulang menjenguk orang tua itu. Hanya berbual melalui atas talian sahaja. Hari ini dia mengambil keputusan untuk mengambil cuti selama beberapa hari untuk pulang ke kampung halamannya. Rindunya sudah tidak tertanggung lagi. Setiap kali Erdeena dan Tok Mah berhubung, orang tua itu tidak putus-putus bertanya bila dia mahu pulang menjenguk. Erdeena sedar Tok Mah hanya ada dia. Abang dan ibunya sudah lama tidak pulang ke tanah air. Jadi sudah menjadi tanggungjawab Erdeena untuk membalas jasa Tok Mah membelanya.

Tok.. Tok..
Erdeena mengetuk pintu bilik Tengku Firash. Dia segera memulas tombol pintu itu. "Encik Firash. " panggilnya perlahan. " yes Sofea? " Tengku Firash hanya menyahut tanpa memandang kearah Erdeena. Dia sebok menyemak kertas kerja yang bersepah di atas mejanya. " Eerm Encik Firash, boleh tak kalau saya nak ambil cuti dalam seminggu ? " jelasnya dengan tenang. Tengku Firash mendonggak memandang PA nya itu. " seminggu?? Awak nak pergi mana lama2 tu? " soal Tengku Firash dengan nada yang agak tegas. "Saya nak balik jengok Tok saya di kampung. Sepanjang saya kerja dengan Encik Firash, saya tak sempat nak jenguk dia. Lagipun Tok asyik tanya bila saya nak balik" Tengku Firash termenung mendengar penjelasan Erdeena. Melihat tiada sebarang reaksi Erdeena menyambung " lagipun Tok takdak sapa2 dah, dia sorang2 kat kampung. dah la sudah tak kuat. Itupun jiran2 sekampung yang tolong jenguk dia kadang2. Boleh la Encik Firash " Erdeena merayu, air matanya mula mengalir kerinduan. " eh Sofea kenapa menangis? " Tengku Firash bingkas menghulurkan sapu tangannya kepada Erdeena yang sudah teresak-esak. " awak boleh ambil cuti tapi dengan syarat. " pancing Tengku Firash. "tak kisahlah apa syaratnya. Janji dapat balik jumpa Tok. " balas Erdeena sambil mengesat air matanya. "Syarat pertama! Saya nak awak senyum sepanjang hari ni." tegas Tengku Firash memandang tepat kearah anak mata Erdeena. Erdeena tersengih seperti kerang busuk. " Syarat kedua! Saya nak ikut awak balik kampung. " terang Tengku Firash sambil menjungkitkan keningnya. " Ha?! Encik Firash nak ikut saya balik kampung? Betul ni? Suka hati Enciklah asalkan saya dapat balik jumpa Tok. Terima Kasih Encik Firash" Erdeena mengenyitkan matanya sambil menuju keluar dari bilik itu."Encik Firash! Sapu tangan ni saya punya okay! " sempat Erdeena menjenguk kembali ke dalam bilik bosnya. Tengku Firash senang hati, dia mengangguk dan tersenyum melihat telatah PA nya itu. Entah mengapa dia selesa dengan Erdeena, tidak seperti PA lamanya dulu yang hanya tahu menggodanya. Dia rimas! Tetapi Erdeena tidak. Gadis sungguh menyenangkan hatinya.

###

"Assalamualaikum Tok Mah! " Erdeena memberi salam. Setelah 6 jam menempuh perjalanan jauh dari Kuala Lumpur Erdeena dan Tengku Firash tiba dia rumah Tok Mah. Bau2 sawah kini mencucuk ke hidung mereka. Segar amat pemandangannya. " Ni ke rumah Tok awak? " soal Tengku Firash. "Well inilah tempat saya membesar. Maaflah kalau Encik Firash tak selesa. Rumah kampung je." bicara Erdeena dengan penuh rendah diri. "Mana Tok ni? Tok Mah!! Oo Tok! " Erdeena melaung2 memanggil orang tua itu. Dari jauh dia melihat seorang tua mengayuh basikal di tepi batas tali air. Susuk tubuh itu amat dikenalinya. "Tok!! " Erdeena berlari mendapatkan orang tua itu. Hampir terjatuh orang tua itu dek kerana jeritan gadis itu. "cucu aku balik dah, cucu aku balik dahh " sebak Tok Mah memeluk mencium melepaskan rindu. Tengku Firash hanya menjadi pemerhati. " ya tok ceq balik ni. Tok sihat? " Tok Mah hanya mengangguk, dia terlalu gembira. Tengku Firash berdehem memandangkan Erdeena sudah terlupa akan kewujudan nya di situ. "Tok.. Ni ceq kenai kan bos ceq di Kuala Lumpur nu. Encik Firash. " Tengku Firash menunduk hormat kepada Tok Mah. " laaa Tok ingat boipren hang. Mai masuk mai Encik Bos " Tengku Firash tersenyum serta mengangguk. " Awak dengan Tok masuk dulu saya angkatkan beg2." ujarnya. Haishhh siapa bos sekarang ni.

"Encik Bos mai masuk. Maap lah rumah Tok ni rumah kampung ja. Tak besaq macam rumah di KL nu. Kalau tak selesa ceq habaq kat Tok na. " Tok Mah memulakan perbualan. " panggil saya Firash saja Tok. Tak payah Encik Bos, Tok bukannya pekerja saya" kata Tengku Firash. "Tok! Malam ni Tok masak apa. Ceq lapaq ni. Lama tak makan kari ikan Tok. " Erdeena memeluk lengan Tok Mah. Mulalah manjanya itu. "Hang nak makan kari? Hang pi tunjuk bilik kat bos hang dulu. Satlagi kita masak sama2 na. " Tok Mah bingkas bangun menuju ke dapur. Dia lega apabila cucu kesayangannya pulang. "Encik.. Eh Firash meh saya tunjukkan bilik. " Erdeena masih terbawa2 panggilan bosnya di pejabat. Sudah beberapa kali Tengku Firash memberi amaran supaya tidak memanggil gelaran itu. "Ini bilik saya. Awak boleh duduk dalam bilik ni. Maaflah kalau bilik ni kurang selesa buat awak. " Erdeena sungguh risau jikalau Tengku Firash tidak selesa dengan keadaan rumah tua itu. "awak jangan risau pandai2 saya sesuaikan diri. Saya nak mandi. Bilik mandi mana? " soal Tengku Firash. Erdeena menyelak daun tingkap. Dia memanggil Tengku Firash datang kepadanya. "Tu bilik mandi" di tunjuknya sebuah binaan kecil seakan rumah di luar rumah. "Errr kat dalam takde ke?" Erdeena menggelengkan kepalanya. "Hati-hati..." Erdeena tersenyum sambil membuat mimik muka nakalnya. " hati-hati? kenapa? " soal Tengku Firash kebingungan. Erdeena pantas berlari anak keluar dari biliknya sambil ketawa kecil. Ada saja perangai mengusiknya itu.

###

Arrrghhhhh!! Arrgghhh!
Erdeena dan Tok Mah terdengar jeritan dari luar rumah. " Allah! Sapa dia dok teriak tu Erdeena? "Tok Mah terkejut dengan jeritan2 nyaring itu. "Tok oi! bos ceq lah" bergegas Erdeena keluar mengetuk pintu bilik mandi. " Encik Firash! Encik okay tak? Buka pintu ni. " bertalu-talu pintu bilik mandi itu diketuk. Pintu bilik mandi terbuka dan... Gedebushhh.. Kuyup Erdeena dengan simbahan air dari Tengku Firash yang hanya berseluar pendek paras bawah lutut dan tidak berbaju itu. Masing-masing terkesima memandang antara satu sama lain. "Ya Allah.. Apa dia ni? Hampa buat apa basah kuyup ni?" Tok Mah meraup muka tuanya. "Encik.. Awat baling ayaq kat muka saya?" Erdeena mencebik. Pantas Tengku Firash keluar mendapatkan Tok Mah. "Tok ada katak besar tok! " Erdeena dan Tok Mah sudah mula ketawa berdekah. " laaa Tok... Apek Ong teguq salam perkenalan. ". Apek Ong nama manja kodok besar penghuni bilik mandi sejak dari dulu lagi. "sudah2. Laa awat hang mandi bilik ayaq diluaq ni? Bilik ayaq kat dalam kan ada. " soal Tok Mah kehairanan. "Ha? Ada bilik mandi kat dalam? " buntang mata Tengku Firash memandang Erdeena. Gadis itu tersengih-sengih dibalik pintu bilik air. "Ceh tak guna dia kenakan aku. " seloroh Tengku Firash dalam hati. "Encik bos pi masuk mandi di dalam. Bilik ayaq baru tu baru siap minggu lepas. Tapi kalau nak pi buang ayaq ja la kena pi diluaq." jelas Tok Mah. Mengekek Erdeena dapat mengusik bosnya itu. Merah muka Tengku Firash menahan malu, dia terus masuk mencari bilik mandi yang disebutkan oleh Tok Mah tadi. Bilik mandi itu masih tidak sepenuhnya siap. Ruang disebelahnya masih dalam pembinaan. Jadi mahu atau tidak, kalau nak memerut kenalah keluar. "Hang dok tercegat apa lagi tang tu Erdeena. Mandi lekas satlagi nak makan." arah Tok Mah. "Satlagi tok bagi tuala dengan baju ceq na. Segan nak naik basah2 ni. Hehe" pinta Erdeena masih tersengih mengenangkan gelagat Tengku Firash yang terkejut akan kehadiran seekor katak di dalam bilik mandi tersebut. "Hilang macho Pak Incik nampak hang Apek Ong oi!" selorohnya sendirian.

###

"Erdeena hang pi panggil bos hang makan. Satlagi maghrib Tok nak pi surau ada kenduri doa selamat sikit. Boleh pi sama2. " ujar Tok Mah. Erdeena menurut perintah neneknya. Tengku Firash sedang duduk di pangkin di hadapan rumah sambil melihat keindahan sawah terbentang. Erdeena mendekati Tengku Firash. "ehemm Bos. Bos saya kat dalam panggil makan malam." ajak Erdeena ragu-ragu. Dia risau Tengku Firash marah tentang tadi. "makan malam apa baru pukul 6.30 petang?" Erdeena tersenyum dengan jawapan Tengku Firash. "Ouh sekejap lagi Tok Mah dan saya nak pi surau. Ada majlis doa selamat sikit. Jadi harini kita makan awal." jelas Erdeena Tengku Firash akur, dia mengikut langkah Erdeena masuk ke dalam rumah.

###

Usai tahlil doa selamat di surau. Penduduk kampung mengadakan sedikit jamuan. Dengan menjamu kuih muih serta makanan ringan buat penduduk yang hadir malam itu. Erdeena memanjangkan lehernya mencari-cari majikannya. "Ish mana Encik Firash ni? " mata Erdeena meliar mencari susuk tubuh Tengku Firash. " Assalamualaikum Erdeena Sofea. " satu suara menegur Erdeena dari belakang. Erdeena menoleh. "hai! Ingat saya lagi dak? ". " Amar?? " Erdeena meneka.

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now