Part 21

98 9 2
                                    

Semua tetamu sudah pulang. Maka berakhirlah majlis tahlil arwah Tengku Fahim. Tengku Firash sekeluarga duduk di ruang tamu melepaskan lelah setelah seharian melayan tetamu. " Alhamdulillah. Selesai sudah majlis untuk arwah. " kata Tengku Ngah Ibrahim sambil meraup mukanya tanda syukur. " Firash.. Farish.. Kamu berdua nak pulang ke KL bila? Esok jugak ke? " Yong Khalida tiba-tiba menujukan soalan. "Farish rasa takmau balik lah nenda" luah Tengku Farish manja sambil memeluk lengan Yong Khalida. Yong Khalidah mengusap kepala cucunya yang sorang itu. " Firash ingat hujung minggu ni nak balik ke KL, office tu lama sangat ditinggalkan." beritahu Tengku Firash bersahaja sambil menyandar di sofa bersebelahan bondanya. "tengok tu office juga diingatnya. Bawa2lah cari teman hidup pula" pantas tangan Cik Puan Zarina menarik telinga Tengku Firash. "ehhh haha bonda ni, main kasar pula." Tengku Firash mencium pipi bondanya. "Ala bonda, sudah ada depan mata tak perlu cari2 lagi" sakat Tengku Farish sambil mengenyitkan mata pada abangnya. Pantas tangan Tengku Firash membaling bantal kecil tepat ke arah adik kembarnya. Tengku Ngah Ibrahim, Yong Khalida dan Cik Puan Zarina sudah pecah perut ketawa dengan usikan Tengku Farish. Mereka sudah seperti dapat meneka siapakah gerangannya. "Erdeena mana? Bonda tak nampak dia sejak petang tadi." soal Cik Puan Zarina memandang Tengku Firash. "Er.. Erdeena ada dekat atas dalam bilik dengan budak2 tu. Budak2 tu asyik merengek dari petang tadi." jelas Tengku Firash. "Kak Pah mana? Kenapa tak minta Kak Pah jagakan? " soal Tengku Ngah Ibrahim. "Budak2 tu mahu Erdeena juga ayahanda, jangan kata Cik Pah, Farish pun kena reject. " Tengku Farish menambah. "sudah makan ke belum si Erdeena tu,  nenda tak nampak dia makan. Nanti kang perutnya masuk angin. Cuba kau pergi tengokkan Firash. " arah Yong Khalida, Tengku Firash akur dah terus menuju meniti anak tangga ke tingkat atas. Yong Khalida mengenyitkan matanya pada Cik Puan Zarina. "wowww nenda. Terbaiklah. Untuk Farish takde nak adjustkan? " Tengku Farish memujuk sambil memeluk lengan tua nendanya. "Macam mana dengan Hanis? " soalan cepumas keluar dari mulut Tengku Ngah Ibrahim. Tengku Firash terkedu seketika, dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu. " Tu lah masalahnya ayahanda. Dia pilih Firash dari Farish yang lebih handsome ni." jawabnya sambil membuat suara sayu. "Doalah cu, mungkin dia masih tak nampak siapa yang mahukan dia dan siapa yang tidak." Yong Khalida memeluk cucunya sambil mengusap badan sasa Tengku Farish. 

Tokk..Tokkk..
Pintu bilik diketuk perlahan. Tiada jawapan diberi. Tengku Firash memulas tombol pintu dengan perlahan dan menjenguk ke dalam bilik Erdeena. Kelihatan Erdeena dan si kembar sudah terlena bersama sambil keduanya memeluk badan Erdeena erat. "manja betul!" selorohnya cemburu. Hai dengan budak kecil pun cemburu ke Encik singa  kita ni. Erdeena membuka matanya perlahan, matanya tertancap ke arah tubuh sasa jejaka itu. "awak.. " cepat2 Tengku Firash meletakkan jari telunjuknya dibibir tanda senyap. Erdeena mengangguk dan perlahan bangun turun dari katil. Mereka keluar dari bilik, perlaham Erdeena menutup pintu bilik. "Awak dah makan?" soal Tengku Firash. Erdeena sekadar menggeleng lemah. Mana tidaknya seharian dia melayan si kembar merengek tidak mahu berenggang dengannya sampaikan dia sendiri tidak sempat makan. "Jom makan. Saya teman awak. " ajak Tengku Farish. "budak2 tu.. " Erdeena memberi alasan. "alaa sekejap je. Lagipun diorang tengah tidur. Dah2 jom kang nanti gastrik pulak lah apa" bebel Tengku Firash. "syuhhhhh.. Yeee jom makan. Jangan bebel. Nanti bangun nanti budak2 tu" Erdeena meletakkan jarinya hampir dengan bibir Tengku Firash. Terdiam Tengku Firash.

  ###

"makan tu cuba slow2 sikit. Tahu la kebulur" seloroh Tengku Firash memerhati Erdeena yang sedang menikmati hidangan lebihan majlis tahlil arwah siang tadi. "Eh.. Slow2 la saya makan ni. Dah habis slow dah ni." Erdeena menjawab. "tulah awak manjakan sangat budak2 tu, kan dah kebulur." Tengku Firash mengusik sambil merenung gadis itu. "alah biarlah. Awak jealous kena...pa.. " belum sempat Erdeena menghabiskan ayatnya, dia batuk2 tersedak. "aaair.. air.." Erdeena meminta air sambil tangannya menekup mulutnya. Kelam kabut Tengku Firash bangun mencari air masak di isi ke dalam gelas. Merah muka Erdeena tersedak, dia mengurut dadanya. "Nah.. Minum slow2" cemas muka Tengku Firash menghulurkan segelas ais masak pada Erdeena. Dia menepuk perlahan belakang badan Erdeena. Tangan Erdeena pantas mencapai gelas berisi air lalu meneguk perlahan. Perit tekaknya akibat tersedak. Erdeena agak terkejut dengan tindakan Tengku Firash yang mengusap belakang badannya itu. "ehemm ehemm.. Err.. " Erdeena bangun sambil mengangkat pinggan makannya ke sinki, Tengku Firash pula menahan malu kerana tindakannya itu. Masing2 diam menahan malu, suasana menjadi agak kekok. "tulah lain kali makan tu cermat sikit" Tengku Firash mula bersuara kembali. Erdeena selesai membasuh pinggan makannya dan kembali duduk di bangku mencapai gelas minuman. Selamba mukanya menahan malu. Tengku Firash tersenyum melihat gelagat Erdeena. Entah mengapa hatinya terusik. Gadis ini benar2 menyentuh hatinya.

"Amiii.. Amiii.. " sayup2 suara Rayyan memanggil Erdeena. Dia memimpin tangan adiknya menuju ke ruang makan mencari Erdeena. "Amiiiii... " Rayqal juga memanggil sambil menggosok matanya. Alahai comel betul si kembar ni. Erdeena mendengar suara kanak2 itu memanggilnya, dia yang masih di ruang makan bersama Tengku Firash berpaling ke arah si kembar yang datang menghampiri mereka. "Bonda tengok tu.. Bangun2 terus mencari. " beritahu Tengku Farish yang masih bersama Ayahanda, Bonda dan Nendanya di ruang tamu sedari tadi. " Habislah awak.. Cucu2 dah beralih angin" sakat Tengku Ngah Ibrahim sambil melihat cucu2 nya menuju ke arah ruang makan. "Takpelah. Saya suka tengok Erdeena tu melayan cucu2 awak tu. Kemain mesra. " luah Cik Puan Zarina. " Nenda tengok Erdeena tu baik budaknya. Sopan, pandai melayan budak2 tu" Yong Khalida menyampuk. Tengku Ngah Ibrahim sekadar mengangguk. "Kalau Nenda dan Bonda dan berkenan, cepat2lah tanya tuan punya badan. " Tengku Farish juga menyampuk. "kenapa kamu minat ke? " soal Tengku Ngah Ibrahim. " ehhh apa pulak Farish. Tu untuk anak ayahanda sorang lagi tu. Dalam diam juga tu. " Tengku Farish ketawa mengekek. "Amboi kamu ni, pandaiiii je kalau bab jodoh orang. Kamu tu? " Yong khalida menyekeh kepala cucunya itu. Tengku Farish terus berbaring di riba nendanya. "Nenda tolong la adjust Cikgu Hanis untuk Farish" manja Tengku Farish memujuk nendanya. "yeeee nanti nenda adjust kan" jawab Yong Khalida sambil menarik hidung mancung cucunya itu.

"Amiii.. kenapa tinggalkan Aeqal?" soal Rayqal yang duduk di pangkuan Erdeena. "Eh bila masa ami tinggalkan Rayqal. Ni kan ada ami ada ni" Erdeena memeluk si kecil itu. Manja betul Rayqal dengannya. "Habistu ami tak ajak pun Aeyan dengan Aeqal turun makan ni" rajuk Rayyan yang duduk di pangkuan Tengku Firash. " Haipp.. Apa cakap macam tu sayang. Kan Aeyan tidur tadi. " Tengku Firash mencium pipi anak saudaranya itu. "Taklah sayang. Ami taknak kejut Aeyan Aeqal tidur. Ami tak tinggalkan pun" pujuk Erdeena. "Ami janji?! "Rayqal menunjukkan jari kelingking nya tanda berjanji. " Yeeee janjiii..." Erdeena turut berjanji. Tengku Firash sekadar memerhati Erdeena melayani anak-anak saudaranya itu. Entah mengapa hatinya berdebar. Dia merasakan mereka seperti sebuah keluarga. Ouh bertuahnya hidup bahagia begini. "Sayangggg Ami! " Rayqal memeluk Erdeena, Rayyan juga turun dari pangkuan Tengku Firash untuk turut memeluk Erdeena. "Amboi! Abi tak sayang? " Tengku Firash berlagak seperti cemburu. "sayang Abi jugak" Rayyan kembali memeluk Tengku Firash, kali ni Rayqal pula turun dari pangkuan Erdeena pergi mendapatkan Tengku Firash. Lantas Erdeena bangun dari kerusi menuju ke singki untuk membasuh gelas minumannya. Erdeena tidak lagi kekok berada dalam keluarga berdarah raja tersebut. Sekalipun dia tidak pernah melihat Tengku Firash mengerutkan dahi bila berada villa tersebut. Tiada ngauman singa seperti di pejabat. Tiada muka ketatnya, lagak singa kelaparannya. Benar2 seperti bukan Tengku Firash yang dikenalinya. Di sini, perilakunya lebih lembut, matang, manja, sentiasa tersenyum dan penuh ciri-ciri idaman gadis sedunia.

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now