Part 24

77 10 2
                                    

Si kembar sudah terlena dibuai mimpi sambil memeluk Erdeena. Bengkak mata Rayqal oleh kerana menangis petang tadi. Erdeena mengusap mata anak kecil itu sambil tersenyum sendiri. "Ami minta maaf sayang. Ami janji tak tinggal lagi. " lembut Erdeena bersuara sambil mengusap mata Rayqal yang sembab.
Tinggg... 
Pesanan ringkas menerjah masuk, Erdeena menoleh ke sisi melihat phone miliknya. Pantas tangannya mencapai untuk membuka whatsapp tersebut.

'Terima Kasih tolong bonda tadi.'

Pendek dan ringkas whatsapp dari Tengku Firash. Erdeena mengeluh. Panas kembali hatinya mengenangkan perangai Tengku Firash yang suka bertindak melulu itu. Geram! Erdeena membiarkan whatsapp itu tanpa berbalas.
Tinggg..
'Hello? '
Tinggg..
'Dah tidur ke?'
Tinggg..
'Awak marahkan saya ke?'
Tinggg..
' 😌 Good Night'

Bertalu2 deringan Phone Erdeena menandakan Whatsapp masuk. Erdeena sekadar memerhati tanpa membuka whatsapp tersebut. "Nak apa tah. Bukan nak pujuk ke, minta maaf ke..nyampah! " rajuk Erdeena. Perlahan2 dia bangun menuju ke arah balkoni di luar biliknya. Erdeena mengeluh sendiri sambil merenung ke arah lautan luas. Tengku Firash masih belum dapat melelapkan mata, rasa bersalah kian menebal di hatinya. "Erdeena.. Im sorry. " luahnya sendirian.

Malam itu masing-masing melayan perasaan. Sudahnya subuh gajah la mereka pun. "Ami.. Betul ke Nek Pah cakap harini ami tolong masak mee hoon goreng?" soal Rayyan setelah mereka duduk di meja makan. Erdeena hanya tersenyum sambil mengusap ubun2 Rayyan. "Betul ke ami? Betul ke? " soal Rayqal teruja. Cik Pah datang menghidangkan mee hoon goreng di atas meja. " amboi excitednya dia" kata Cik Pah sambil mencuit pipi gebu Rayqal. Rayyan melihat datuk dan nendanya dari jauh segera berlari ke arah nendanya. "nenda2.. Jom la sarapan. Harini Ami masak mee hoon goreng. Mesti sedap. Atok jom lah sekali" Rayyan menarik tangan keduanya ke arah meja makan. "eh Tengku.. Aunty..  Jemputlah duduk." Erdeena menjemput kedua tuan rumah.  Tengku Firash turun dari tingkat atas selamba duduk di sebelah bondanya. "morning bonda! ermmm sedapnya bau mee hoon goreng bonda" pantas diciumnya pipi Cik Puan Zarina. "eh ni bukan nenda masaklah.. Ami yamg masak" bebel Rayqal. Terjegil mata Tengku Firash mendengar penjelasan itu. "ehh tak kisah siapa masak yang penting sedap. Atok lapar ni" gurau Tengku Ngah Ibrahim. Masing-masing memuji masakan Erdeena, Tengku Firash hanya membisu, tahu dirinya masih rasa bersalah.

  ###

"Ami! jom kita ke pantai! Aeqal bosan lah" pinta Rayqal sambil memegang tangan Erdeena. "okay boleh. tapi! Aeqal kena beritahu Nek Pah dulu, nanti Nek Pah tercari2 nanti" arah Erdeena. Pantas Rayyan dan Rayqal berlari mendapatkan pembantu di villa tersebut.

Erdeena duduk di atas sebuah batu besar di tepi pantai sambil memerhatikan kedua beradik bermain pasir di pantai.
"Eheemm" perlahan Tengku Firash berdehem. Erdeena menoleh memandang si pendatang dan segera menoleh ke hadapan kembali. "ehemmm" sekali lagi Tengku Firash berdehem mencari perhatian Erdeena. "kalau sakit tekak pergi makan ubat, toksah dok adjust tekak kat sini." seloroh Erdeena perlahan. "kalau sakit hati? ada tak ubatnya" jawab Tengku Firash sambil duduk disisi Erdeena. "MAAF. Saya bukan doktor" Erdeena memerli dan kembali diam. Rajuknya masih bersisa dek kerana keegoan Tengku Firash. Sengaja ditekankan perkataan maaf itu, matanya sikit pun tidak mengerling Tengku Firash. "ermm masih merajuk ke?" teragak-agak Tengku Firash menyoal. Erdeena masih juga mendiamkan diri. Erdeena bangun lalu bingkas menuju ke arah si kembar yang masih leka bermain pasir. Erdeena meninggalkan Tengku Firash terpinga sendiri. " uish macam tu je dia tinggal aku. padam muka kau Firash." seloroh Tengku Firash bingkas bangun mengekori Erdeena serta anak saudaranya dari jauh.

  ###

"Bro! menung apa?" sergah Tengku Farish melihat abangnya termenung sendiri di balkoni bilik. "Kau ni menyibuk jelah" bidas Tengku Firash. "Yela2 asal muka aku je muka penyibuk" jawab Tengku Farish seperti merajuk. "alolo ni lagi sorang. acah merajuk. Ye! nak apa kau?" pujuk Tengku Firash sambil memeluk bahu adiknya. "Takdelah aku tengok kau ni menung je, nak kata buah hati jauh ada je depan mata. Ha! ke bergaduh ni" teka Tengku Farish sambil merenung mata abangnya. Tengku Firash tergelak kecil. "Dia merajuk. Haritu aku marah sebab dia pergi tolong bonda tak bagitahu. Tapi bro aku tak sengaja" berkerut dahi Tengku Firash teringat peristiwa dia memerahi Erdeena tempoh hari. Rasa seperti pertama kali dia terlalu serius memarahi Erdeena. "Tulah kau ni beb, main terjah je memang sentap la perempuan tu. haishhh kesian baby sister aku" jawab Tengku Farish sambil menggelengkan kepalanya. "Bro tolonglah. Sekarang ni asal nampak muka aku mesti dia nak mengelak, dari senyum terus masam mencuka pandang aku." Jelas Tengku Firash beriya. "hahaha padan muka kau.." Tengku Farish ketawa berdekah membayangkan perubahan wajah Erdeena memandang abangnya. "kau ni nak tolong ke tolong gelak je" laju tangan Tengku Firash mencekik leher adiknya. "erkk erkk okay okay.. lepas.. lepas.. " tersangkut-sangkut suara Tengku Farish sambil memegang tangan abangnya yang sedang mencekiknya. "oh2 sorry sorry" melihat muka adiknya sudah mula merah menahan nafas, Tengku Firash melepaskan tangannya sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Tengku Farish menggosok lehernya, "nak bunuh aku ke apa. okay macam ni..."

Dua beradik merancang sesuatu untuk memujuk Erdeena. Tengku Firash beriya ingin memujuk Erdeena sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur. Ada saja agenda dua beradik ini, entah apa yang mereka rancangkan.

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now