Part 17

91 7 4
                                    

Pinnn..pinnnn..pinnnnnnnnn ....
Tengku Firash sengaja menekan hon keretanya berulang kali. Tergopoh Erdeena menarik bagasinya keluar dari pintu pagar, termengah gadis itu.  Tengku Firash keluar dari perut kereta sambil tersenyum kearah gadis itu. Muka Erdeena masam mencuka. "apa ni! Encik Firash cakap pukul 9, sekarang baru pukul 8.15!! " bentak Erdeena. " Awak dah sarapan belum? " selamba Tengku Firash bertanya sambil membantu mengangkat bagasi Erdeena ke dalam bonet keretanya. "Nak sapu kaya pun tak dan, apa lagi nak makan" Erdeena merungut. Matanya cuba di larikan dari memandang Tengku Firash. Sungguh panas hatinya. " Dah jom kita sarapan dulu, nanti boleh mula perjalanan. " Tengku Firash cuba memujuk, Erdeena langsung tidak memandang bosnya itu. Protes! Dia terus masuk ke dalam kereta lelaki itu. "merajuk2! " seloroh Tengku Firash sendirian. Dia memecut terus ke arah Mc Donald berdekatan untuk sarapan pagi.

Sepanjang perjalanan Erdeena hanya mendiamkan diri sambil memandang pemandangan diluar. " huarghhhh mengantuknya... " kuat Tengku Firash menguap sehingga terperanjat gadis yang sedang mengelamun itu. Sengaja singa itu cuba menarik perhatian Erdeena. Namun helahnya dihiraukan. Erdeena memejamkan matanya. " ceh perempuan ni tak layan. Datang bulan apa? " selorohnya. "Diamlah. Tu pun kecoh. " tiba-tiba Erdeena menjawab. Tengku Firash menekup mulutnya. " patutlah emo semacam" Desis hatinya. Erdeena kembali memejamkan matanya menahan perit senggugut. Tangannya mula menekan2 perutnya. Berkerut mukanya menahan sakit. Erdeena merengek kecil. Tengku Firash menyedari perubahan gadis itu, dia serta merta menjadi panic. "Eh Erdeena kenapa ni? Awak gastric lagi ke? " Tengku Firash menoleh beberapa kali ke arah gadis itu. "Dah tu?  Cuba bagitahu. Jangan macam ni. " soal Tengku Firash mendesak Erdeena. Erdeena mula menangis. " Allahu dah menangis pulak dia ni. Erdeena.. awak okay tak ni? " sekali lagi Tengku Firash bertanya kali ini dilembutkan suaranya. "Ermm janganlah ma..rah.. " teresak-esak suara Erdeena. " Ya Allah, bila masa saya marah? " Tengku Firash meraup mukanya. Dia sungguh bingung. "Okay cuba bagitahu awak kenapa ni? " Tengku Firash memberhentikan kereta dia RnR. Dia memusingkan badannya memandang Erdeena yang sedang menekan perutnya. "Awak gastric lagi? " soalnya. Erdeena sekadar menggeleng. "Seng..gu..gut" terketar-ketar suara Erdeena. "Ha senggugut. Habis tu macam mana nak buat? " Tengku Firash mula gelabah. " Dia mencapai telefonnya, segera dia mencari cara-cara untuk memulihkan senggugut. Woww gigih! Tengku Firash serabut. " awak tolong cari minyak panas dalam bag saya ni " Erdeena menghulurkan bag tangannya. Pantas tangan Tengku Firash menyelongkar bag gadis itu. "Nah.. Minyak ni kan? " Erdeena mengangguk. Dia mencapai minyak itu dan di sapu dan urut pada perutnya. Tengku Firash sekadar memerhati. "Awak tunggu kejap dalam kereta. " pantas dia keluar dari kereta menuju ke kedai runcit mesra di petronas. Dia kembali dengan secawan minuman coklat panas. " Nah minum ni. Panaskan badan tu sikit" arahnya pada Erdeena. Erdeena akur. "Sakit lagi? " Tengku Firash merenung anak mata gadis itu lembut. "Terima Kasih." Erdeena menundukkan mukanya. Diletaknya cawan berisi air tadi di atas perutnya seperti menuam. "Nevermind. Tu air saya suruh minum. Bukan tuam kat perut." Tengku Firash memandang perbuatan Erdeena. "hehe saya dah biasa tuam kalau sakit senggugut ni. " lebar senyuman Erdeena. "Senyum dah? Tadi menangis. Susah betul jadi perempuan." ujar Tengku Farish. Erdeena kembali menarik muka. Tengku Firash ketawa melihat reaksi gadis itu. "Ada-ada je perangai dia ni" selorohnya.

  ###

"Hello bro. Kat mana? Aku kat jeti ni."
Tengku Firash menghubungi Tengku Farish yang sudah terlebih awal pulang. "Port biasa lah bro. Ayahanda bagi pinjam bot ni. Kejap lagi aku sampai dengan Abang Jai. " Tengku Farish bersuara seraya mematikan telefon. "Erdeena jom ikut saya." Erdeena akur. Mereka menuju ke bahagian jeti khas untuk bot persendirian. Tengku Farish sudah pun tiba bersama Abang Jai, pengemudi bot mewah milik Tengku Ngah Ibrahim . " Bro! Awal sampai. " Tengku Farish menyapa abangnya. "kau lagi awal. Nak jumpa cikgu Hanis punya pasal" balas Tengku Firash. "Eh bro syuhhh. Diam2 la. Erdeena ada. Hai baby sister! " Tengku Farish memberi reaksi teruja tetapi di balas dengan tenungan selamba oleh Erdeena. Tengku Farish malu sendiri. Mereka bergerak menaiki bot dalam masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke Pulau Kapas.

"Alright dah sampai. Jom kita. Semua dah tunggu tu. Hati-hati baby sister" Ujar Tengku Farish. Mereka melangkah turun dari bot. Erdeena menarik bagasinya yang agak berat mendaki tangga jeti. Senggugut masih mencucuk, tanpa sedar Erdeena tersepak bucu hujung tangga yang terakhir. Erdeena hampir tersadung tetapi tangannya sempat di sambut oleh Tengku Firash. "Allah!" serentak Erdeena dan Tengku Firash bersuara. "Awak okay tak? Bak sini bag tu. " Tengku Firash mencapai bagasi Erdeena. Kaki Erdeena rasa melekit. Pedih. Tengku Farish yang mengekori mereka mereka dari belakang menyedari ada tompokan darah di sepanjang jalan. " Eh kejap. Erdeena kaki awak.... berdarah. " Tengku Farish menegur setelah dia melihat lelehan darah luka datangnya dari kaki Erdeena. Tengku Firash dan Erdeena terkesima. Tengku Firash mengeluarkan tisu dari dalam bag galasnya, dia menunduk dan mengelap luka di jari manis kaki Erdeena. Erdeena mengaduh kesakitan. Tengku Firash membalut luka di jari kaki Erdeena menggunakan tisu. "nak ke klinik ke ni? Nampak macam kena jahit je. " ujar Tengku Firash. "ha kena jahit?  Sikit je ni takpayah lah. "pucat muka Erdeena mendengar kata2 Tengku Firash. " seems like that lah" Tengku Firash sengaja menakutkan Erdeena. "Takpayah lahh.. Jom balik bubuh ubat dekat rumah Encik Firash dah la. Sikit je ni" Erdeena memujuk. Sungguh dia takut apabila mendengar perkataan "menjahit". Bergegas dia berjalan meninggalkan mereka. "Amboi.. Tak sakit lah tu laju je berjalan. " Tengku Farish berjenaka. Tengku Firash  berlari anak mendapatkan Erdeena yang sudah jauh berjalan. Ditinggalnya bagasi Erdeena. "Aku jugak jadi kuli dia" rungut Tengku Farish sambil menyeret bagasi Erdeena.

Mereka tiba di hadapan villa sebesar istana. "Err ni ke rumah Encik Firash." Erdeena bertanya. Tengku Firash sekadar menjeling poyo. "Abi balik! Abi balik! " Rayyan berlari mendapatkan Tengku Firash. Begitu juga dengan Rayqal. "eh aunty.... " Rayqal terlupa nama Erdeena tetapi dia terus memeluk gadis itu. Erdeena mengaduh kesakitan. "Ehhhh ehh.. Jaga2 kaki tu" Tengku Farish memegang Rayqal. "kenapa kaki aunty ni abi? " Rayyan bertanya, dia melihat ada kesan tompokan darah pada tisu yang membaluti jari manis kaki Erdeena. "Orang nakal memang macam tu. " buntang mata Erdeena mendengar kata2 Tengku Firash. "ouhh aunty ni mesti lari2 lepastu jatuh lepas kaki darah lepastu kena marah dengan abi kan? "petah Rayqal bersuara. Erdeena hanya mampu tersenyum menahan kesakitan. Tengku Firash melihat muka Erdeena sudah mula pucat, bila-bila masa gadis itu boleh rebah. "dah jom masuk. " arah Tengku Firash. Cik Puan Zarina dan Yong Khalida mesra menjemput tetamunya itu. Melihat keadaan Erdeena yang agak pucat dan lemah, Cik Puan Zarina memimpin gadis itu ke bilik tetamu di tingkat atas. "Erdeena duduklah dibilik ni ye. Rehatkan badan. Mandi2 dulu ke segarkan badan. Buat macam rumah sendiri. Bonda tahu penat perjalanan kesini. Kaki tu nanti bonda minta Kak Pah bawakan ubat ye. Bahaya betul tangga tu ye. Eh bonda ni membebel pula. Rehat lah rehat. " Erdeena hanya tersenyum lemah. Sungguh letih badannya. Sakit2 seluruh tubuhnya. Fuhh balik ke Kedah pun tak sepenat ini.

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now