Part 22

96 5 2
                                    

"Ami.. Ami... " jerit si kecil Rayqal apabila di kejar oleh abangnya Rayyan. Petang itu, sengaja Erdeena membawa si kembar bersiar-siar di tepi pantai. "Erdeena.." Hanis menyapa Erdeena dari arah belakang. Erdeena memalingkan muka memandang si pemanggil namanya. "eh awakk.. " Erdeena cuba meneka. "Cikgu Hanis.. Cikgu datang? " Rayyan tiba-tiba datang menghampiri. "Cikgu rindu anak2 murid cikgu ni." lembut Hanis berkata sambil mengusap kepala Rayyan. Rayyan kembali bermain bersama adiknya. "Ouhh awaklah cikgu si kembar ni ye? " Erdeena menyambung bicara. " saya Hanis. Cikgu peribadi Rayyan dan Rayqal. " Hanis menghulurkan tangannya untuk bersalam. Di sambut mesra oleh Erdeena. " awak PA abang Firash ye? " soal Hanis. "abang??! Wow. Apakah? " bisik hati Erdeena. Erdeena sekadar mengangguk. " patutlah nampak mesra je. Ada apa2 ke dengan Abang Firash? " tiba-tiba soalan cepumas terpacul dari mulut Hanis. Sengaja dia ingin mengorek rahsia. "Ha? Ada apa apa? " soal Erdeena bingung. "maksud saya macam awak ni ada apa2 ke dengan Abang Firash. " Erdeena ketawa janggal. "Maaflah terbusy body pulak. Bukan apa, jaranglah tengok Abang Firash mesra dengan perempuan sembarangan." jelas Hanis. Erdeena ketawa lagi. "dah kenapa minah ni. Alahaiii. Ni mesti kes syok kat Encik Singa sampai soal siasat bagai ni." seloroh hati Erdeena sambil tersenyum memandang Hanis. "eh takdelah. Mungkin sebab saya PA dia, hari2 kerja menghadap dia. Jadi kami agak rapat. Takkan lah Encik Firash suka orang kampung macam saya ni. " Erdeena sengaja merendah diri. "perempuan insecure tak tentu pasal macam ni lah aku menyampah. Insecure lah, ni Erdeena Naqiyyah yang comel cantik menarik tertarik kau memang debommm" bisik hatinya. "Amiiii.. Ami... Aeqal lapar. " Rayqal tiba2 datang meluru dan memeluk Erdeena. "Sayang lapar? Nak makan apa? " Erdeena mengusap kepala Rayqal. "Nak makan mee goreng dekat restoran Nenda. " jelas Rayqal. "sayang nak makan dekat restoran nenda ye. Okay jom kita pergi makan. Aeyan sayang lapar tak? " Erdeena melayan kerenah si kembar. Terbeliak mata Hanis melihat gelagat manja si kembar dan Erdeena, sungguh dia cemburu melihat keakraban mereka. "Ami?" Hanis menyampuk. "Ami ni mummy baru Aeqal dengan Aeyan. Ami baik. Sebabtu Aeqal sayang ami. " jelas Rayqal sambil memeluk Erdeena. "Ami jom lahhh.. Aeyan lapar jugak. " Rayyan sudah pun menarik2 tangan Erdeena menuju ke arah restoran milik Cik Puan Zarina. "ye sayang. Jom ami ikut ni" Erdeena berpaling kearah Hanis dan hanya menundukkan kepala memberi isyarat untuk beredar. Hanis sekadar tersenyum hambar. "Ami? Such a nonsense" Hanis memasamkan muka.

Tengku Farish memerhati gelagat. Hanis sejak dia bertemu Erdeena sebentar tadi."Hai! Kenapa masam je muka? " tegurnya pada Hanis. Hanis hanya diam membatu. "sombongnya Cikgu Hanis ni. " Tengku Farish cuba memujuk. "Abang Farish ni memandai je. Mana ada Hanis sombong. " seloroh Hanis. "iyelah tu. Kalau dengan Abang memanjang sombongnya tu. Langsung tak di pandang kita ni" bidas Tengku Farish seperti merajuk. "ehh takde lah. Abang Farish ni ada2 saja. " Hanis rasa bersalah. "jangan di kejar yang tak mahu. Lagi di kejar lagi jauh dia berlari. " selamba Tengku Farish berkias. Hanis tersentak dengan kata-kata itu. Terasa dirinya dikritik. "aaa..apa maksud aa..abang ni? " soal Hanis tergagap-gagap. "Jom makan? Abang belanja. Dah lama kita tak borak2 kan? " laju Tengku Farish menukar topik perbualan. "Eh takpelah. Hanis ada kerja sikit nak buat. " Hanis cuba mengelat. Tengku Farish agak kecewa, dia diam memandang ke arah laut. "Aa..abang.. Hanis minta diri dulu ya? " ujar Hanis, namun tiada sahutan. Tengku Farish benar kecewa. Dia memikirkan mengapa dia terkejar-kejar orang yang tidak mahu dengannya. Seperti termakan dengan kata-katanya sendiri. Dia melayan perasan seorang diri ditepi pantai. Ditemani ombak dan desiran angin yang membuai. Dia mengeluh sendiri.

  ###

"ehemm.. " tegur Tengku Firash. "menung jauh nampak." laju jari Tengku Firash seakan mencuit hidung Erdeena yang sedang mengelamun dan tidak menyedari kehadiran dirinya itu. Erdeena tersentak. Terkejut dengan kehadiran singa lapar disebelahnya. "Menungkan apa? Teringatkan siapa? " soal Tengku Firash yang sudah mula melabuh punggungnya di kerusi yang terletak di beranda villa milik ayahandanya. "mana ada ingat sapa2. Saja ambil angin sementara budak2 tu tidur. " keluh Erdeena. Si kembar tu kalau boleh setiap masa ingin bersama Erdeena, masing2 tidak mahu berenggang dengannya. Apa boleh buat, nasib badan. Tengku Firash ketawa kecil mendengar keluhan Erdeena. "Tulah awak manjakan sangat mereka tu. " sindir Tengku Firash. Erdeena tersenyum dan turut melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Tengku Firash. " Alaahh sekali sekala apa salahnya. Lagipun besok lusa kita dah nak balik pun kan. " jelas Erdeena. "Jadi awak tak kesah?"   Tengku Firash ingin tahu. Erdeena menggeleng. "Awak tak kesah diorang anggap awak macam mummy diorang?" soalnya lagi. "Taklah. Saya suka. Sekurangnya dapat buat diorang happy. " Erdeena tersenyum bangga. Erdeena teringat akan kejadian petang tadi di mana Hanis menegurnya, dia ingin lebih tahu tentang hubungan Hanis dan Encik singa. "ermm.. Saya.. Saya nak.. Erm.. " Erdeena tergagap. " sejak bila awak jadi gagap ni" usik Tengku Firash, Erdeena menggelengkan kepala dan menampar pipinya perlahan. " Hanis tu buah hati Encik Firash ke? " soal Erdeena merenung tepat ke dalam anak mata Tengku Firash, terbeliak mata Tengku Firash mendengar soalan Erdeena. "Karutlah. Gosip mana awak dengar ni? " Tengku Firash ketawa kekok. Erdeena memuncungkan bibirnya. " saya tanya je. Manalah tahu awak ni buah hati orang. " perlahan Erdeena menjawab. "Kalau saya buah hati orang pun kenapa? Jealous?" soal Tengku Firash sambil mendekatkan mukanya dengan muka Erdeena. Merona merah muka gadis itu ditenungnya. Segera Erdeena menundukkan kepala menahan malu. Tengku Firash tersenyum puas. Sengaja dia berkelakuan begitu, wajah malu Erdeena sungguh mengusik hatinya. "Tak payah sebok2 fikir siapa buah hati saya. Tiba masa nanti dapatlah kad kahwin saya." Tengku Firash berlalu pergi sambil mengenyitkan matanya manakala Erdeena tenganga mendengar jawapan yang diberi oleh Encik Singa. Bertuahlah siapa yang dapat Encik Singa, siapa yang mahu menolak Tengku Firash Afham jejaka segak bergaya, tinggi lampai berbadan sasa, berwajah tampan bak pelakon korea gituwwww. Park Hae Jin? Ji Chang Wook? Lee Dong Wook? Lee Jong Suk?  Saing2 deme la tu 🙈.

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now