Part 27

73 5 0
                                    

Hari minggu biasanya Erdeena memilih untuk berehat dirumah, jikalau rajin teman baiknya Rita akan mengajaknya keluar ke shopping mall untuk cuci mata atau tengok wayang. tapi kalini ini masing-masing bermalasan sahaja dirumah sambil marathon drama korea. Acara wajib setiap hujung jika tiada aktiviti diluar rumah. 

Tingg.. pesanan ringkas dari aplikasi whatsapp menerjah masuk ke telefon pintar milik Erdeena.  "Assalamualaikum Erdeena." ringkas salam diberi oleh si pengirim. "Waalaikumsalam. ini siapa ye?" balas Erdeena bertanyakan siapa si pengirim memandangkan icon gambar profil si pengirim tidak berapa jelas kelihatan. "cuba teka!" balas si pengirim. "Ish main teka-teka ni yang aku malas ni, ah lantak lah ! Kacau je aku tengah tengok Park Seo joon oppa aku ni." bebel Erdeena. "Bebelkan apa kau ni?" Rita menyoal sambil matanya fokus menonton televisyen. "Ni ha tah budak wechat mana sesat whatsapp aku lepaih tudok suruh aku teka sapa dia. Mana la aku nak tau." adu Erdeena. Rita sekadar menggelengkan kepala.

Tingg.. sekali lagi telefon Erdeena berbunyi. "haish siapa lagiiii , kacau betui!" bentaknya. "Erdeena? masih marahkan abang?" Si pengirim mula bertanya lagi. "Amar!" terjerit kecil Erdeena setelah membaca pesanan si pengirim. "Kau kenapa ni Erdeena?" Soal Rita melihat Erdeena mula tidak keruan." Amar! Ingat tak Amar? Senior sekolah kita dulu?" beriya Erdeena cuba mengingatkan Rita tentang Amar. "Ha! Amar Firhat Ketua Jenayah Sekolah yang berjaya dilembutkan hatinya oleh seketul Erdeena Naqiyyah?" laju Rita menjawab. Bukk.. Singgah bantal kecil dimuka Rita. " Kau cerita lama jangan ungkit lagi. Ha dia lahhh" jawab Erdeena. "Cemana dia boleh whatsapp hang ni? hampa ada terjumpa mana-mana balik ka? bukan dia pi Ostrolia ka mana ka? Balik dah ka?" bertalu-talu soalan keluar dari mulut Rita. Erdeena mencerita tentang pertemuan kembali dia dan Amar Firhat sejak dia pulang ke kampung , di kampung Tengku Firash dan album gambar yang diterima tempoh hari. 

"Eh hang reply dak whatsapp ABANG Amar hang tu?" terpacul soalan dari mulut Rita setelah puas mendengar cerita Erdeena. Sengaja dia menekan perkataan 'Abang' itu. "Hang rasa patut dak aku reply".  Erdeena ragu-ragu. "Hang balaih ja la Erdeena oiii, benda pun lama dah berlalu. Yang penting hang tau dia tak salah pun kan." jawab Rita sambil berlalu ke dapur. " Ha reply lekaih lepastu mai tolong aku masak! satlagi kebuloq kita." laung Rita dari dapur. Erdeena sekadar merenung skrin telefon pintarnya, jari jemarinya mula menaip ayat untuk membalas whatsapp Amar. "Amar?" balasnya ringkas dan pendek sekadar ingin memastikan tekaannya benar. " ya saya. Erdeena masih marahkan abang?" laju Amar membalas whatsapp Erdeena. "Mana dapat no saya?" Erdeena tidak menjawab pertanyaa Amar, sebaliknya dia terus bertanya. "Abang minta pada Tok Mah. Abang dah jelaskan segalanya pada dia. " balas Amar dengan ikhlas. "Abang nak ajak Erdeena jumpa esok. boleh? dah lama rasanya tak jumpa Erdeena" pinta Amar. Namun masih tiada balasan dari Erdeena. "Ritaaaaa!!! dia nak jumpa aku!" jeritnya Erdeena setelah membaca whatsapp dari Amar. "Hang pi ja lah.. berbaik-baik dengan dia." 

###

Erdeena bersetuju untuk bertemu dengan Amar. Amar mengajaknya bertemu di sebuah cafe. Amar sampai agak awal, sengaja dia mengajak Erdeena makan tengahari dengannya supaya dapat meluangkan masa yang panjang bersama gadis yang pernah menjadi teman rapatnya sewaktu dibangku sekolah dahulu. Erdeena terpacul di muka pintu cafe tersebut, Amar melambaikan tangannya kearah Erdeena. "Sila duduk Erdeena." jemput Amar. Tersenyum lebar dia memandang Erdeena yang sudah berada dihadapan matanya. Erdeena sekadar membisu, dia agak kekok berhadan dengan Amar. " Awak sihat? masih marahkan abang?" Amar memulakan bicara melihat Erdeena tiada respon. Erdeena hanya mengangguk kemudian dia menggeleng. Amar ketawa kecil melihat gelagat Erdeena. "takpe. Abang faham Erdeena awkward dengan abang." lembut Amar berbicara. "Boleh tak tak payah ber 'Abang' sangat?" perlahan tapi jelas kedengaran di telinga Amar. "Amboi dulu boleh je." usik Amar. "Please. Saya tak nak ingat perkara lepas lagi". pinta Erdeena lembut sambil menunduk. Dia masih belum ada kekuatan untuk bertentang mata dengan Amar. Alaahhh... drama je si Erdeena ni, orang kata enjin belum panas memang lah kekok. Lama kelamaan mereka semakin selesa dan rancak berbual. Amar menghantar Erdeena pulang atas permintaan Erdeena. Katanya risau Rita duduk di rumah sendirian. 

Sampainya dia dirumah, Rita sedang membasuh kereta Perodua Axia miliknya itu. "Hah! balik pun seketul Erdeena ni. Amboi siap berhantar." seloroh Rita. "Assalamualaikum." Amar memberi salam kepada Rita yang sudah tercegat di pintu pagar. "Waalaikumsalam. oooh ni la ABANG Amar hero malaya sekolah kita dulu." jawab Rita sengaja menyakat. " Amboi.. Awak kenal saya?" soal Amar agak terkejut dengan jawapan yang keluar dari mulut Rita. " Siapa tak kenal Ketua Jenayah sekolah ni" Erdeena tiba-tiba menyampuk. Terburai ketawa mereka mendengar kata-kata Erdeena. "Terima kasih Erdeena, sudi keluar makan dengan saya." Amar senyumtanda terima kasih, rasa puas dapat berjumpa dan berbaik kembali dengan sahabat lama. "Lepasni boleh ajak lagi. " usik Rita. Erdeena menepuk perlahan bahu kawannya itu. "Ish apa hang ni." bisik Erdeena." Amar tersenyum melihat telatah dua sekawan itu. "eh bolehhh.. Awak pun saya ajak nanti." Amar mengenyit mata pada Rita. Tercengang Rita dibuatnya melihat kenyitan maut dari jejaka yang berdiri dihadapannya itu. "Senyap hang."giliran Erdeena mengusik Rita. "Kami masuk dalam dulu na Amar. Terima kasih hantar saya balik." Amar sekadar mengangguk sambil tersenyum. Dia juga meminta diri untuk beransur pulang.

###

Tengku Farish leka bermain Ps4 miliknya di ruang tamu rumahnya. "Bro! aku lapar lah." sengaja dia menyiku abangnya yang sedang khusyuk membaca mangga tabloid di iPad. "Ish.. lapar pergi la makan." seloroh Tengku Firash apabila fokusnya terganggu. "Alaa aku teringin nak makan ayam percik lagi." adu Tengku Farish manja. "kau merepek apa. Mana nak cari ayam percik dalam rumah ni." selamba Tengku Firash membidas adiknya itu. "Alaaa nak ayam percik.. nak ayam percik.. jom la pergi pasar malam. kalau dengan Erdeena boleh, why not me?" mengada Tengku Farish sambil memeluk lengan abangnya itu. Amboiii kemain manja Encik Joker ni. "ish yelah2 jom ikut aku. Kita pergi pasar malam. Kalau lambat kau telan jelah joystick tu." bingkas Tengku Firash bangun mendaki tangga menuju ke biliknya di atas. Tiba-tiba dia teringat akan Erdeena. Gadis itu yang mengajarnya membeli belah di pasar malam. Selama hidupnya tidak pernah dia jejakkan kaki di tempat sebegitu. Hatinya teruja untuk bertemu Erdeena esok hari, terasa panjang pula cuti hujung minggu. Ececehhh ada orang dah rindu...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 10, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now