Part 4

76 5 0
                                    

Malam itu selepas mengerjakan solat isya', Erdeena pantas mencapai telefon bimbitnya, rasa rindu yang membuak - buak pada Tok Mah setelah beberapa hari dia meninggalkan orang tua itu sendirian di kampung. " Assalamualaikum Tok Mah. Tok Mah sihat?" segera Erdeena menyoal apabila Tok Mah menjawab panggilannya. "Waalaikumsalam Erdeena. Alhamdulillah, laguni la sihat orang tua. Tok tunggu hang talipon tiap hari, tok rindu hang cu oi" sahut Tok Mah dihujung talian, sebak hatinya mendengar suara cucu kesayangannya itu. "Tok.. ceq pun rindu kat Tok. Nanti ceq cuti ceq balik jenguk Tok na. Ceq janji kat Tok. Ni nak habaq, ceq dah kerja kat sini. Baru tadi mula kerja." terang Erdeena dengan teruja. " Alhamdulillah hang terus dapat kerja. Rezeki kita tu Allah dah aturkan baik2. Hang kerja baik2 na. Jangan curi tulang nanti gaji tak berkat. Hormat bos tu, jaga hati bos barulah kerja tu berkat. Ingat pesan Tok ni Edreena, jangan dok ikut kepala hang ja." panjang leteran Tok Mah kepada cucu kesayangannya itu. " Ya Tok Mah. Ceq ingat semua pesan Tok. Tok ceq nak masuk tidoq, esok nak pi kerja awai2 pagi. Nanti ceq telefon Tok lagi na." jelas Erdeena. " ha pi la tidoq elok2. Tok pun la ni tidoq awai. Assalamualaikum" balas Tok Mah. " Waalaikumsalam Tok Mah." jawab Erdeena lantas mematikan talian.

###

"Bro.. macam mana dengan PA baru?" soal Tengku Farish. Bingkas Tengku Firash bangun berdiri di tepi kolam ikan. Dia tersenyum sendirian terkenangkan peristiwa siang tadi. " hoi! senyum apa sorang2. ha terpikat dengan PA baru ke? sergah Tengku Farish. " Takdelah. Aku cuma teringat perangai PA aku tu. Dia boleh membebel sebab aku tak layan dia dengan loghat utara dia tu. " jelas Tengku Firash sambil tersengih. "amboi baru first day kerja dah berani bebel dekat bos. Dia bukan biasa2 bro. Simpan 😏" sakat Tengku Farish, seraya berlalu masuk ke dalam rumah. Tengku Firash masih di tepi kolam, entah mengapa dia asyik teringatkan keletah manja PA barunya itu. Manja ke? " Erdeena Sofea " nama itu disebutnya sambil tersenyum.

###

keesokan harinya...

Tengku Firash menekan butang interkom yang bersambung di bilik Erdeena. " Er.. Sofea. Tolong bancuhkan green tea untuk saya. " pinta Tengku Firash dengan nada tegas. Pagi ini mukanya tampak ketat sekali, tiada secalit senyuman manis yang terukir. Sudah beberapa orang pekerja kenyang makan makiannya hari ini. Mengamuk sakan Tengku Firash. Sungguh perangainya tidak terduga. "Baiklah. Encik Firash. Ada apa2 lagi yang EnciK Firash mahu? " soal Erdeena. Tiada jawapan diberi. Erdeena pantas pergi ke pantry. "mana pulak green tea dia ni. " rungut Erdeena mencari2. Usai membancuh dia sempat menampal sticky note pada cawan air itu.

Tok tok tok.. Pintu bilik Tengku Firash di ketuk perlahan. " come in! " sahutnya dengan suara garau, Erdeena segera meletakkan air yang dibancuhnya tadi dia atas meja. Sempat dia memberi isyarat meminta Tengku Firash untuk senyum sebelum dia bergegas keluar dari bilik itu. "fuhh tegak bulu roma aku. Dah kenapa dia ni. Datang bulan? " omelnya sendirian.

Tengku Firash mencapai cawan yang berisi air kegemarannya itu. Dihirupnya air teh hijau itu, " erk! Manis gila. Dia nak bunuh aku ke apa?! " Tengku Firash mula merengus menahan marah. Terjatuh sticky note yang ditampal Erdeena tadi. Dia segera mencapai dan membacanya. " what is this?"

Maaf kalau ini caranya nak buat senyuman Encik tampak manis. 😊

"ceh.. Nak kenakan aku pula dia ni. " selorohnya sambil tersenyum sendirian. Pintunya diketuk sekali lagi, muncul Erdeena membaca cawan yang berisi air teh hijau yang dipinta Tengku Firash. " ehem.. Letakkan saja. " balasnya selamba. Erdeena meletakkan cawan di atas meja dan menunduk hormat kepada bosnya itu. "Terima Kasih." ucap Tengku Firash. "Er.. Encik Firash tak marahkan saya? " soal Erdeena gugup. "Jadi awak sedar awak buat salah" balas Tengku Firash. " Mmmaafkan saya Encik Firash. " Kecut Erdeena dibuatnya. Pandai buat pandai tanggung lah. "okay takpe. Tapi saya kena hukum awak! " tegas Tengku Firash. Erdeena hanya menunduk ke bawah. Seram nak pandang muka singa sedang mengaum ni. Hai baru hari kedua kau dah buat hal Erdeena. "Hukumannya malam ni awak kena teman saya. " pinta Tengku Firash tegas. " Ha? " Erdeena terkejut mendengar arahan Tengku Firash. "Teman kemana Encik Firash? " soalnya masih takut-takut. " Nanti saya akan bagi maklumat selanjutnya pada awak. Sekarang pergi buat kerja awak. " arah Tengku Firash. Erdeena berlalu meninggalkan bilik Tengku Firash, dia bingung seketika. "Hukuman apa kena teman2 bagai ni?" selorohnya sendiri.

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now