Part 16

70 7 14
                                    

"Nenda! Nek yong! Tunggu2 nak ikut" termengah-mengah si kecil Rayyan dan Rayqal berkejaran mendapatkan Cik Puan Zarina dan Yong Khalida. " Aeyan.. Aeqal.. Nek Yong pesan apa? " Yong khalida bercekak pinggang memandang kedua-dua cicitnya yang baru berusia 4 tahun itu. " Nek Yong pesan jangan lari2 dalam rumah. Nanti jatuh. " petah Rayyan si abang berkata2 walaupun sebutannya masih pelat. "pandai pun cucu nenda ni. Nangi jangan lari2 lagi tau" pantas tangan Cik Puan Zarina mencuit hidung cucu-cucu kesayangannya itu. "Nenda.. Aeqal nak aiskrim. Jom la nenda kita makan aiskrim tepi pantai" Rayqal si adik memujuk sambil menarik jari2 nendanya. "Siapa nak makan aiskrim kena sayang Nek Yong dulu. " lantas Yong Khalida menundukkan diri meminta cicitnya itu mencium pipinya. Masing2 berebut mahu mencium.

Rayyan dan Rayqal leka menikmati aiskrim di bangku tepi pantai. Cik Puan Zarina dan Yong Khalida hanya berbual kosong. " Bonda. Saya dan Tengku Ngah dah sepakat nak buat kenduri arwah Fahim. Ina ingat nak suruh Firash dan Farish pulang dalam 2 atau 3 hari awal. Bonda tahulah mereka tu, susah betul nak balik sini. " terang Cik Puan Zarina pada Yong Khalida. " Baguslah. Bonda pun rindu budak berdua tu. Tengok Rayyan dan Rayqal ni teringat waktu Firash dan Farish kecil dahulu. " Yong Khalida tersenyum mengenangkan kisah kanak2 cucu kembarnya. Kuat betul genetik kembar keluarga mereka ye. Sehinggakan cucu dan cicit sekaligus dapat kembar.

"Nek Yong.. Betul ke abi dengan papa nak balik? " tiba-tiba si kecil Rayqal mencelah. " haah, Aeyan rinduuuuu sangat dengan abi. Papa pun Aeyan rindu. " Si abang pula menyampuk. "nanti Nek Yong suruh abi dengan papa balik ye. " Yong Khalida tersenyum sambil mengusap kepala cicitnya itu. Serentak Rayyan dan Rayqal bersorak gembira. Sejak kehilangan Tengku Fahim, Tengku Firash dan Tengkh Farish yang menjadi pengganti tempat mereka bermanja. " Nenda.. Nanti kalau nenda telefon abi Firash, aeyan nak cakap dengan abi tau. " pinta Rayyan. " Alaaaa nenda telefon la papa Farish sekali. Aeqal pun nak cakap dengan papa jugak. " pinta Rayqal juga. Serentak Cik Puan Zarina dan Yong Khalida ketawa mengenangkan kedua kembar itu masing-masing bersungguh mahu bercakap dengan bapa saudara mereka.

###

Toktok.. Pintu bilik Tengku Firash diketuk, muncul wajah kembarnya di muka pintu. "Bro. Ada dapat panggilan rasmi maam besar dok? " Tengku Farish bersuara bertanyakam tentang panggilan telefon dari bondanya. " Haruslah. Maam paling besar dah siap perintah suruh balik 3 hari awal disana. " Tengku Firash memberi respon dengan selamba. " kalau macam tu tak boleh nak bantah lah. Mahu kena hukum pancung dengan ayahanda nanti. " Tengku Farish memegang lehernya sambil membuat reaksi muka. " Kau lah selalu bantah. Sebab tu tak naik2 takhta. " balas Tengku Firash sambil ketawa. "Alah aku gurau je pun. So how? " Tengku Farish melabuhkan punggung di kerusi berhadapan abangnya. "Eemm aku.. Aku.. Aku ingat nak bawa Erdeena ikut sekali.😳" perlahan Tengku Firash berkata. "amboi! Takkan tak sabar dah. " sengaja Tengku Farish mengusik. "bukanlah. Haritu kan aku dah ikut dia balik kampung. Apa salahnya aku ajak. Rayyan dan Rayqal pun senang dengan dia" jelas Tengku Firash. "Iyelah bro. Aku pun ingat nak mengorat cikgu Hanis. 😉" Tengku Farish mengenyitkan matanya. "Mana? Cikgu Hanis guru budak2 tu?" Soal Tengku Firash. Tengku Farish sekadar mengangguk. Cikgu Hanis yang dimaksudkan adalah guru peribadi Rayyan dan Rayqal. Sudah lama Tengku Farish menyimpan hatinya pada gadis itu. Tetapi dia seringkali ditolak atau erti kata lain di 'friendzone' kan oleh Cikgu Hanis. Kahkahkah.. Adoiii kesian dia. Tengku Farish tak pernah serik untuk memikat Cikgu Hanis. Baginya hanya Hanis Zahira sahaja yang layak untuk memiliki hatinya. Cewahhhh... "Hoi! Berangan lah tu berangan. Kena reject lagi dengan Cikgu Hanis tu baru padan muka. " Tengku Firash menyergah adiknya yang kelihatan mengelamun sambil tersenyum sendiri itu. " Alahh dia reject pun sebab dia suka kau. Huh! Nak kata kau handsome, muka aku dengan kau serupa je. Aku handsome sikit kot. " ujar Tengku Farish. Cikgu Hanis mempunyai perasaan pada Tengku Firash, tetapi jejaka itu sebaliknya kerana dia tahu adiknya benar-benar mahukan gadia itu. Tengku Firash tak mahu ambil kesempatan, bimbang hubungan adik beradik mereka terjejas nanti. Pendirian Tengku Firash itulah yang membuat Tengku Farish amat menghormati abanghnya itu.

"Erdeena.. Jom lunch! Saya ganti balik yang awak kena gastrik haritu. " Tengku Firash bercakap melalui interkom. Erdeena sekadar mengiyakan. Dia menunggu Tengku Firash. "ceh.. orang dah ada buah hati, mana nak ajak kita makan" rungut Tengku Farish. "kau diam. Balik nanti ajaklah Cikgu Hanis makan puas2. " Tengku Firash beredar keluar dari biliknya meninggalkan adiknya tercengang. " Jantan tak guna.. Eiii sakit hati mak.. Sapa nak makan dengan mak.. " bebel Tengku Farish.

###

"minggu depan kita ke Terengganu." Tengku Firash bersuara memecahkan kesunyian. Erdeena yang sedang menikmati makanan yang dipesannya tadi seraya berhenti dan merenung jejaka itu. "Gi ganu? Bakpo? Makang kepok leko? " soal Erdeena dengan loghat Terengganu, Tengku Firash hanpir tersedak mendengar cara gadis itu mengajuk bahasa Terengganu, pantas tangannya menguis sedikit kepala Erdeena. Gadis itu tersenyum malu. Merah mukanya. " Balik kampung saya. Ada kenduri arwah. " jelas Tengku Firash sambil menyuapkan sesudu nasi. " Ouhhh tapiiii kenapa saya kena ikut? " soal Erdeena kehairanan. " If I want u to be there, u need to be there. No objection allowed! " tegas Tengku Firash sambil merenung tajam kedalam ada mana Erdeena. Terbatuk Erdeena melihat renungan itu. " Ya Allah. Bersepah hati aku kau buat. Mohon kutip balik. Hihi " desis hati Erdeena. "Hoi2.. Tengah makan berangan. Makan cepat! " sergahan Tengku Firash membuatkan Erdeena malu sendiri. Merah lagi mukanya. Dalam diam Tengku Firash rasa bahagia melihat kecomelan gadis itu setiap kali dia malu. Merah pipinya, lesung pipitnya menambahkan lagi kecomelan gadis itu. "Saya rindu gadis yang berpakaian kampung tempoh hari. " tiba-tiba ayat itu terpacul keluar dari mulut Tengku Firash. "Ha apa dia Encik Firash? Saya tak berapa dengar? " soal Erdeena meminta kepastian. " Takde apa, saya rindu nak balik kampung. " Tengku Firash berdalih sambil menahan malu. "Tak mungkin aku salah dengar. Dia rindu aku? Means dia suka aku lah? Erm Apa ni Erdeena? Tak mungkin dia suka kau. Kau ingat dia tu bos, anak Tengku berdarah raja lagi, kau apa ada? " hati Erdeena berbicara. Dia dapat merasakan sesuatu yang aneh sejak kebelakangan ini. Tengku Firash begitu mengambil berat tentang dirinya. Apakah ini satu ketentuan olehNya? Benarkah andaian Erdeena bahawa Tengku Firash menyukainya? Adakah Erdeena sudah mula berharap pada Encik Singa? Apakah tahap keegoan Encik Singa masih lagi tinggi? Ha jawab2

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now