Part 2

78 7 4
                                    

Pagi itu, Erdeena menghadiri sesi temuduga di Astana Holding bagi jawatan pembantu peribadi. Usai sesi temuduga dia terus pulang ke rumah Rita. Keputusan temuduga akan diumumkan esok harinya. Erdeena berdoa agar ada rezekinya untuk pekerjaan itu, dia amat berharap untuk lulus dan diterima untuk bekerja.

###

"Bro.. Dalam ramai2 ni kau pilih yang mana? Ni ada 2 3 yang paling baik punya. Kau nak yang mana? Yang seksi ni ke? Yang nerd ni ke? Atau haaa yang ala2 kampung girl ni? Soal Tengku Farish beriya kepada abangnya. "hmph susahnya soalan. Yang kampung girl ni macam okay. Sopan je tengok sejuk mata memandang. Ni jelah" tegas Tengku Firash membuat keputusan.

"Pilihan yang bagus. Aku pun suka. Comel! Erdeena Sofea! 😁" ujar Tengku Farish. "kau suka apa? ni aku punya PA jangan caras" gurau Tengku Firash. "hekeleh.. Baru PA bukan isteri..." tersengih seperti kerang busuk Tengku Farish mengusik abangnya. "Farish.. kau minta diorang call budak kampung tu datang kerja esok. " arah Tengku Firash. "amboi! esok jugak suruh masuk kerja. Gelojoh. 😂" usik Tengku Farish. Suka betul dia menyakat abang kembarnya itu. "Dahtu nak tunggu tahun depan baru masuk kerja? Aku dah serabut dengan jadual aku ni. Dengan meeting sana sini, out station lagi, kertas kerja bersepah, jumpa client lagi. Tak teratur hidup aku Rish" bebel Tengku Firash. Sememangnya dia sungguh serabut, mana tidaknya selepas sebulan PA lamanya berhenti kerja. Dengar kata tidak tahan dengan perangai Tengku Firash yang tak menentu itu. " 😂 haha yelah nanti aku minta tolong staff call that kampung girl tu khas buat Tengku Firash Afham, ye?" sindir Tengku Firash. Tengku Firash hanya menjeling mengejek adiknya yang tak sudah2 menyakatnya sejak dari tadi.

###

Smartphone milik Erdeena berdering rancak dengan iringin lagu nyanyian Kat Dahlia.

Erdeena lantas menjawab panggilan tersebut. Setelah mendengar penjelasan si pemanggil, Edreena tersengih sendiri. "hoi! Apa tu sengih2 sorang! " sergah Rita yang baru turun dari tingkat atas. "Ritaaaa!! Aku dapat! yes aku dapat! " jerit Erdeena keriangan sambil melompat memeluk Rita. "Jap2. Kau dapat kerja PA tu? Serious? " soal Rita tidak percaya. Laju saja Erdeena mengangguk. "tahniah wei! Bila mula? " ucap Rita sambil turut melompat bersama Erdeena. "Esok!" balas Erdeena dengan teruja.

###

Pagi itu Erdeena mengenakan dress labuh berwarna dusty pink dan dipadankan bersama shawl berwarna pastel yang dibelinya di butik semasa pulang dari temuduga. "Takkan la jadi PA pakai macam ni? " bisik hati kecil Erdeena. "Ah Lantaklah.. Suka aku lah nak pakai baju apa. Cantik apa? Sopan, ayu gitu" omelnya sendirian di hadapan cermin. "Erdeena Sofea! Kau buat apa lagi kat atas tu? " laung Rita yang menunggu Erdeena di bawah. Rezeki mereka dapat pergi kerja bersama di tempat yang sama. "Uish! Terperanjat aku. " rungut Erdeena. "ha ye nak turun lah ni. " dia menyahut panggilan Rita yang sudah mula membebel di bawah lantas turun pergi mendapatkan temannya itu. " Dah jom makcik Joyah. Tadi bising suruh cepat" perli Erdeena. "Amboi kemain lawa. Ni nak pi kerja ka nak pi merenyam (mengorat) bos. " sakat Rita sambil mengunci pintu rumah. "hahaha well mana tau jumpa jodoh" balas Erdeena sambil ketawa. Mereka menuju ke tempat kerja menaiki LRT. Memandangkan bangunan Astana Holding berhampiran dengan stesen LRT Rita tidak suka memandu dalam keadaan sesak di Bandaraya Kuala Lumpur. Baginya dia lebih rela naik LRT dari lambat ke tempat kerja hanya semata kerana kesesakan lalu lintas.

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now