Part 25

121 8 6
                                    

"Cik Pah! Buat apa tu?"sergah Erdeena. " eh Cik Erdeena ni.. nasib baik tak gugur jantung Cik Pah. Ni ha tengah lap2 habuk dekat piano ni, lama dah tak berusik. " kata pembantu tersebut. " Siapa yang pandai main piano ni Cik Pah? " soal Erdeena teruja ingin tahu. "Siapa lagi kalau bukan Encik Firash & Farish. Dari kecil diorang tu belajar main piano. Cik Erdeena pandai main piano?" jelas Cik Pah. "Dulu masa dekat Universiti pernah la belajar sekejap. heee dah lama tinggal ni" Erdeena mengimbau kembali kenangan semasa belajar di universiti. "Wahhh.. cubalah main Cik Erdeena, Cik Pah nak dengar." Pinta Cik Pah. "Boleh ye?" Erdeena ragu2. laju Cik Pah mengangguk. Erdeena duduk di bangku sambil jari jemarinya mula menekan papan piano. Erdeena memainkan lagu Haley Reinhart - Can't help falling in love with you sambil menyanyi.

Mendayu-dayu suara Erdeena menyanyikan lagu tersebut.
Tengku Firash yang sedang berada di dalam kamar tidurnya mendengari suara merdu yang datang dari arah ruangan santai villa tersebut lantas keluar menuju ke arah suara itu. Langkahnya terhenti apabila melihat wajah Erdeena yang begitu khusyuk bermain piano sambil mulutnya menyanyikan bait2 lagu itu. Tengku Firash mengelamun merenung Erdeena, "mak oii betul ke ni" bisik hati kecil Tengku Firash. Menyedari Tengku Firash sedang memerhatinya, seraya Erdeena terus berhenti memalingkan muka kearah bertentangan. Tengku Firash mendekati Erdeena dan duduk berhadapan Erdeena. Erdeena bingkas bangun ingin meninggal tempat itu.Nampak rajuknya masih bersisa, selagi Tengku Firash tidak meminta maaf darinya. Keras kepala taknak beralah juga Cik Baby Sister ni. "Erdeena.." lembut Tengku Firash memanggil gadis itu, langkah Erdeena terhenti tetapi dia tidak memalingkan mukanya. "Masih merajuk?" sepatah Tengku Firash bertanya. Senyap. Tiada jawapan malah hanya keluhan Erdeena. "Look. Im so sorry okay? I admit it was my mistake. Saya tak sengaja." jelas Tengku Firash sambil berdiri dihadapan Erdeena, oleh kerana itu agak rendang orangnya, Tengku Firash menundukkan sedikit mukanya menghampiri wajah Erdeena. Lelaki itu merenung anak mata Erdeena lembut. Jantung Erdeena berdegup kencang, dia hampir terdorong ke belakang mujur tangan Tengku Firash sempat menahan belakang badan Erdeena. Mereka merenung sesama sendiri beberapa ketika, awwwww sweet nauuu ingat romantik habis la tu.. haippp amboi amboi amboiii.. Erdeena segera berdiri sambil menunduk memandang lantai. Merah mukanya, Tengku Firash masih berlagak macho (please la..) " Jadi.. Cik Erdeena Naqiyyah maafkan saya tak?" soal Tengku Firash sekali lagi mendekat mukanya, "ishhh.. Iyeeee saya maafkan." laju Erdeena menjawab sambil berlari anak masuk ke dalam biliknya menahan malu.

 ###

"Bonda.. Nenda.. Firash balik KL dulu ye.. Nanti Firash balik lagi." Tengku Firash menyalami tangan keduanya diikuti Erdeena dan Tengku Farish. " Jangan lama2 sangat. Bonda tak sabar nak menantu." sempat Cik Puan Zarina berbisik pada Tengku Firash sambil tersengih memandang Erdeena, "InsyaAllah bonda, akan diusahakan" jawab tengku Firash sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu, Erdeena hanya terpinga-pinga. "Ni anak manja bonda ni pun sama. Tunggu lama2 nanti kena kebas dek orang baru tahu." kata Cik Puan Zarina pada anak bongsunya, Tengku Farish. "Eh bonda.. Takkan Farish nak langkah jendul pulak." jawab Tengku Farish dengan yakin. "Jendul tengkorak kamu.. Langkah bendul lah. " laju tangan Nenda Yong Khalida menyekeh kepala Tengku Farish. Tengku Firash dan Erdeena menahan ketawa.

Wajah Rayyan dan Rayqal muram. Erdeena menghulur tangan ingin memeluk keduanya tetapi keduanya bersembunyi di belakang Yong Khalida dan Cik Puan Zarina. "Rayyan.. Rayqal.. salam cepat." panggil Yong Khalida, tidak semena-mena keduanya terus menangis. "Kenapa ni sayang? " Erdeena terus memeluk si kembar sambil mengusap belakang badan mereka, Erdeena memujuk mereka. "Ami.. kenapa nak tinggalkan Aeyan dengan Aeqal..Ami kan dah janji." tersedu-sedu Rayyan sambil memeluk Erdeena dengan erat. "Ami.. Aeqal nak ikut ami.. nak ikut.." semakin kuat tangisan si kembar, suasana menjadi sebak seketika. Selalunya jika Tengku Firash atau Tengku Farish mahu pulang ke KL si kembar tidak sebegini.Erdeena menahan sebak juga , dia tidak mahu menangis dihadapan anak2 itu. " Ami kena pergi kerja sayang..." Ayat Erdeena tergantung disitu, dia hampir menitiskan air matanya. " Rayyan.. Rayqal.. Listen here. Abi promise nanti abi bawak ami balik sini lagi okay?" Tengku Firash cuba memujuk. Rayyan dan Rayqal yang masih tersedu sedan itu memeluk Tengku Firash dengan erat. " Abi janji ye.. bawa balik ami tau." kata Rayyan sambil mengesat air matanya. "Ye janji! tapi Rayyan dengan Rayqal tak boleh nangis2 macam ni" pujuk Tengku Firash sambil mengesat air mata Rayqal. Si kembar hanya mengangguk akur. Masing2 mengalirkan air mata dalam diam semasa bot yang membawa Tengku Firash, Tengku Farish dan Erdeena berangkat pulang. Alahai si kembar ni.. sedih2 pulak ye..

Sepanjang perjalanan di dalam kereta Range Rover yang dipandu oleh Tengku Firash, Erdeena hanya mendiamkan diri merenung smartphone miliknya yang memaparkan gambarnya bersama Tengku Firash dan si kembar ketika mereka di pantai tempoh hari. Beberapa kali juga Tengku Firash mengerling kearah Erdeena, hatinya gundah melihat Erdeena hanya berdiam diri. Mereka berhenti berehat di R&R untuk mengisi perut, perjalanan masih jauh. " Erdeena.. kita berhenti makan mahu? Saya dah laparlah. Makan sarapan tadi je." Ajak Tengku Firash sambil memandang wajah Erdeena, namun Erdeena sekadar mengangguk. "Erdeena.. Are you okay?" Tengku Firash merenung Erdeena, terlihat air jernih menitis dan Erdeena menunduk menangis. " Arr..are you okay dear?" sekali lagi Tengku Firash bertanya dengan nada yang sungguh lembut. "saya dapat rasa apa yang Rayyan Rayqal rasakan." sayu Erdeena menjawab. Tengu Firash memerhati gadis itu dengan penuh rasa belas kasihan. Dia juga tahu serba sedikit tentang nasib Erdeena. " Saya  dah janji kan tadi. Nanti saya bawa awak balik jumpa diorang lagi. Okay my dear? Dah jom makan. Kesian perut saya dok mengaum dari tadi. Kang dia ngap awak baru tahu" pujuk Tengku Firash yang cuba berjenaka. Erdeena tergelak kecil, sedikit sebanyak hatinya terpujuk juga. Waitttt.. wait.... wahhhh dah berani panggil My Dear ni..Sweet talker nii Encik Singa ni.. Aummmm.. 

 ###

Mereka duduk di meja di food court R&R tersebut. Erdeena memberitahu bahawa dia tiada selera untuk makan serta membiarkan Tengku Firash membeli makanan sendirian. Dari jauh Erdeena memerhati susuk tubuh yang tinggi serta tegap, seorang yang mempunyai rupa yang kacak berdarah raja pula. Siapa lagi kalau bukan Tengku Firash kesayangan. "Baiknya dia harini. Jarang2 lah nak tengok dia berlembut dengan aku macam ni. YA RABBI.. indahnya ciptaanmu. sedap mata memandang sejuk hati beta." Erdeena berseloroh di dalam hati. Tengku Firash mendekati meja dengan membawa sedulang makanan. "Nah.. untuk awak mee kari, untuk saya soto ayam. Nah ni green tea untuk awak, ni saya punya" sibuk Tengku Firash membahagikan makanan mereka berdua. Erdeena terkedu seketika. "Erdeena makanlah. Termenung apa lagi tu.. halloooo" Tengku Firash melambaikan tangannya dihadapan muka Erdeena. "Saya tak suruh pun awak beli makanan untuk saya" kata Erdeena dengan muka selenga. "ehh dia ni. Orang dah beli tu makan jelah. Kang nanti gastrik lah apa. Siapa yang susah? Saya juga. Makanlah, jamah sikit untuk isi perut tu." bebel Tengku Firash. "Ye..yeee saya makan ni. Tak baik tau bebel depan makanan." balas Erdeena. "Dah awak tu yang banyak songeh sangat. Ke nak saya suapkan?" soal Tengku Firash sambil merenung anak mata Erdeena dengan gaya kucing miangnya itu, mematikan kata2 Erdeena. Gadis itu terus menjamu selera tanpa menghiraukan Tengku Firash, jejaka itu tersenyum melihat kerenah gadis yang disayanginya itu. Lega hatinya melihat Erdeena mula tersenyum.

Tepat pukul 8 malam mereka tiba dihadapan rumah Rita. " Alright. Kita dah sampai. " kata Tengku Firash. Tiada reaksi dari Erdeena, senyap. "Laaa.. tidur rupanya. Alahai comel!" bicara Tengku Firash sendiri. Klikkk.. flash camera smartphone Tengku Firash mengejutkan Erdeena.  "ha! ye.. eh kita dah sampai depan rumah saya." Erdeena bersuara mamai. "Yes Princess. Awak dah boleh turun." kata Tengku Firash sambil sebelah tangannya memegang stering kereta. "Terima Kasih Encik Firash. Saya masuk dulu ya. Encik Firash hati2 balik. Dah sampai bagitahu saya ya. Assalamualaikum.Bye" Erdeena melambai dalam keadaan separa mamai. "Dah ber-Encik pulak. Alright saya balik dulu. Waalaikumsalam. Bye" sambut Tengku Firash sambil menggelengkan kepala sambil tersengih melihat Erdeena yang separa sedar itu.

 ###

Tinggg.. 
Bunyi pesanan ringkas menerjah masuk ke telefon bimbit Erdeena. Segera Erdeena menerpa ke arah telefon bimbit yang terletak di atas katil. pesanan ringkas dari Tengku Firash.

'Kesian cik driver kita ni kepenatan.' disertakan dengan gambat Erdeena tidur yang diambil ketika menghantar gadis itu pulang. Terkedu Erdeena melihat gambarnya yang lena dibuai mimpi ketika itu. "Ya Allah.. malunyaaaaa" jerit hati Erdeena. Erdeena sekadar membiarkan pesanan tersebut tanpa berbalas.
Tinggg..
'Kesiannya dia penat. See you tomorrow, jangan overslept pulak ye. Sleep well. Goodnight!' sekali lagi Tengku Firash menghantar pesanan ringkas. Merah padam muka Erdeena menahan malu. Semakin hari semakin galak usikan Tengku Firash pada buah hati pengarang jantungnya itu. Ada saja agenda mahu menyakat Erdeena. Semakin hari mereka semakin rapat. Wuuu bila ni Tengku Firash nak confess perasaan dia..

Suka Saya Tak?Where stories live. Discover now