Sampai sahaja di perkarangan bilik bedah hospital Dhia sedikit pelik .. kenapa Fathin ada disini ?? namun otaknya senang sahaja memberi jawapan .. mungkin Fathin sakit kot dan perlu operater untuk buang serpihan cermin kaca kereta mungkin.
Walaupun hati Dhia rasa semacam sahaja mengingatkan kata Sofea tadi tapi dia cuba tolak jauh-jauh .. Fathin pasti selamat dari tragedi itu .. Namun lamunan Dhia terhenti saat Amirul memanggilnya.
Dhia berjalan beiringan dengan Amirul menuju ke suatu tempat lain apabila selesai berbicara dengan seorang doktor di bilik bedah tadi .. dia berasa sedikit janggal dengan tempat tersebut kerana lorong itu bukan menuju ke wad sakit tetapi ....
"BILIK MAYAT"
Dhia terlopong membaca perkataan yang disitu .. kaki Dhia bagai tidak mampu berpijak dibumi lagi ..
"Tak mungkin ... " tutur Dhia perlahan sebelum kakinya seolah-olah tidak mampu menampung berat badannya lagi sebelum Amirul menyambutnya.
"Awak okey tak ? Awak rehat sini saja lah yea !! " pantas Amirul memberi nasihat agar Dhia tidak mengikutinya melihat jenazah Fathin supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada gadis tersebut ..cukup tadi dia dengar gadis itu pengsan setelah Sofea bagitahu Fathin dah tiada lagi walaupun masa itu mayat mangsa belum disahkan pihak keluarga .
"No .. i'm okey .. saya nak tengok arwah .. saya yakin tu bukan Fathin .. bukan Fathin ... Fathin masih hidup !! Fathin masih hidup !! .... " tutur Dhia keras sambil cuba berdiri namun kakinya tetap lemah ...
"Tapi ...... "
"Please !! Tolong saya !! " ujar Dhia merayu
"Baiklah ..! " Amirul akhirnya akur dengan kehendak Dhia ..
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Abang ... anak kita dah tak ada abang!! " tangis Datin Hanis tersedu-sedu dipangkuan suaminya
"Sabar Niss !! Allah lebih sayangkan dia " pujuk Datuk Farhan lembut sambil menyapu air mata dipipi ..
Memang tidak dapat dinafikan .. hati tuanya tetap juga tidak mampu menahan sebak dengan berita mengejut kematian anak lelaki tunggalnya .. namun dicekapkan hatinya agar tidak dilihat kesedihanya dimata isteri dan anak gadisnya yang sememangnya memerlukan sokongan dia untuk hadapi keadaan inii .
Dhia yang mendengar kata-kata Datin Hanis pantas menafikan kata-kata tersebut ..
"Tak .. Fathin masih hidup .. dia masih hidup " tutur Dhia dalam sendu sebelum berjalan perlahan-lahan ke arah bungkusan kain putih yang diikat kemas ...
"Fathinn .... u kejam Fathin .. u kejam ... u kejam " Dhia menangis tersedu-sedu ditepi jenazah Fathin yang cuma debu sahaja kerana kereta yang dinaiki telah terbakar dan mayat Fathin telah rentung.
" Dhia ... sabar Dhia .. " pujuk Amirul perlahan
"No ... " tempis Dhia kasar ..
" Fathin penipu .. dia jahat ... dia tipu saya .. dia tipu saya .. dia janji dia akan selalu berada disamping saya tapi kenapa dia yang tinggalkan sy ?? Kenapa ?? " tanpa menahan perasaan dihati .. butir-butir mutiara laju sahaja membasahi pipi gebu milik Dhia ..
YOU ARE READING
Cinta Yang Terlarang
RomanceCinta yang dibina antara Dhia Qistina dan Tengku Fathin terputus gara2 satu tragedi yang tidak disangka dimana ia telah memusnahkan impian Fathin dan Dhia untuk bersama . Namun ... disaat Amirul melafazkan akad terhadap Dhia satu peristiwa yang me...