"Kenapa Datuk panggil saya ?" Ujar Amirul setelah memberi salam .
"Duduklah " ujar Datuk Farhan tanpa menoleh Amirul.
Amirul sedikit kecut perut melihat muka Datuk Farhan yang dalam mood kurang baik . Tanpa tunggu lama , Amirul terus melabuhkan punggungnya ke kerusi empuk yang berada dibilik tersebut .
"Ermm... Amirul, saya panggil awak kesini bukan atas sebab kerja tapi hal peribadi " Datuk Farhan membuka mulut akhirnya setelah lama diam .
"Maksud Datuk ?"
"Macam ni, sebenarnya Sofea ada bagitahu saya sesuatu !! "Ujar Datuk Farhan sebelum berhenti sekejap .
"Sofea bagitahu Datuk apa ? " soal Amirul tertanya-tanya .
"Saya tak tahu nak percaya ke tak tapi Sofea bagitahu saya semasa dia membuat lawatan Ke Air Terjun dekat kampung sana minggu lepas dia ternampak seorang lelaki mirip Fathin " ujar Datuk Farhan akhirnya .
"Fathin , maksud Datuk Fathin masih hidup ? " ujar Amirul terkejut .
"Mungkin ya dan mungkin tidak tapi Sofea ada bawa bukti " Datuk Farhan menolak satu sampul ke arah Amirul .
Amirul mengambil sampul tersebut sebelum melihat isinya . Terkejut bukan kepalang Amirul apabila melihat wajah seorang lelaki didalam gambar tersebut yang sedang bermesra dengan seorang gadis disebuah kawasan air terjun sangat mirip dengan Fathin .
"Mirip kan ! Saya fikir hendak ke sana bagi mencari bukti kebenarannya " cadang Datuk Farhan lagi .
"Datuk yakin ke dia Fathin ? Bagaimana jika lelaki tu bukan Fathin tetapi pelanduk dua serupa ? " ujar Amirul lagi .
"Itu sebab saya nak kepastian sebab hati saya terlalu yakin bahawa anak saya masih hidup "
"Tapi kalau Fathin masih hidup ? Mayat siapa yang dikebumikan itu ? "
Datuk Farhan termenung sendiri sebelum bersuara .
"Saya nak cuba buat DNA balik ke atas mayat tersebut dan saya nak minta tolong kamu cari orang untuk mengali balik kubur tersebut " arah Datuk Farhan kepada Amirul .
"Baik Datuk "
"Tapi ingat, kamu mesti merahsiakan perkara ini dari semua orang termasuk Datin, Sofea dan isteri kamu sehingga kita temui jawapan yang sebenar " Datuk Farhan memberi amaran kepada Amirul sebelum Amirul berlalu keluar.
Amirul menganguk dan berlalu keluar dari bilik tersebut .
"Benar ke Fathin masih hidup ? Kalau benar siapa gadis yang berada disampingnya dan adakah Dhia sudah betul-betul mampu lupakan Fathin andai benar Fathin kembali nanti ? " bertubi-tubi soalan yang menerjah benak Amirul ketika itu , dia takut bercampur keliru kerana jika benar Fathin kembali mampu ke cinta Dhia tetap untuknya atau akan berbalik kepada Fathin dan jika lelaki tersebut bukan Fathin? Kenapa wajahnya begitu mirip sekali dengan Fathin ?.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Seperti yang telah dirancang Datuk Farhan ke tempat dimana lelaki mirip anaknya itu berada. Setelah berjalan dikawasan berhampiran air terjun tempat Sofea menangkap gambar lelaki tersebut Datuk Farhan berjalan perlahan mengusuri kawasan air terjun tersebut sehingga beliau sampai disebuah kampung yang mana terdapat beberapa buah rumah kampung dikawasan tersebut . Tanpa menunggu lama Datuk Farhan pantas mengapa seorang lelaki tua yang sedang membelah kayu dikawasan berhampiran.
"Assalamualaikum .. tumpang tanya boleh ? " sapa Datuk Farhan
"W'salam , minta tolong apa nak ?" Tanya pak cik itu kembali .
"Pak cik ada ternampak lelaki ni ? " soal Datuk Farhan sambil menunjukkan sekeping gambar .
Pak cik tersebut tidak memberi sebarang respon sebaliknya termenung seolah-olah sedang berfikir .
"Ermm .. rasanya macam kenal tapi lelaki yang pakcik kenal tu tak ada lah hensem macam ni " ucap pakcik itu jujur .
"Siapa nama lelaki itu ? Dimana dia tinggal ? " soal Datuk Farhan bertalu-talu .
"Siapa ? " soal pakcik tersebut sambil mengaru kepala .
"Lelaki yang pakcik cakap mirip lelaki dalam gambar ni ! " ujar Datuk Farhan lagi sambil menunjuk foto tersebut kepada pakcik itu .
"Ooohh, kalau budak laki tu nama dia Fathin .. tapi budak tu bukan baik sangat . Datang ke kampung orang tak dijemput lepas tu rampas kekasih anak orang . Ermm, kesian anak pakcik tapi nak buat macam mana .. sudah takdir kan! " bebel pak cik panjang lebar .
"Maksud pakcik ..lelaki tu bukan asal orang sini ? "
"Yaa, dengar cerita si Umairah tu terjumpa budak tu parah dekat hutan tapi sebab apa tu tak tahu lah pulak "
"Adakah lelaki tu macam ni ? "Ujar Datuk Farhan sambil menunjukkan gambar yang didapati daripada Sofea .
"Hah , betul lah tu , ni Umairah ! " ujar pakcik tersebut sambil menunding jari ke arah Umairah yang tersenyum bahagia disisi Fathin .
"Anak aku , pakcik mana dia tinggal ? " tanpa dapat dibendung perasaannya Datuk Farhan mengalirkan airmata .
"Anak ? " pak cik tersebut pelik mendengar ungkapan lelaki berkod kemas dihadapannya itu .
"Mana dia tinggal pak cik ? "
Tanpa banyak soal tangannya ditundingkan ke arah rumah Umairah.
"Terima kasih " ujar Datuk Farhan mengengam tangan pakcik tersebut sebelum beredar .
"Anak ? Betul ke anak dia ? Ish, tak mungkin lah, agaknya anak dia dah tak ada kot tu lelaki tadi meroyan cakap anak dia, sayang, orangnya nampak macam orang kaya tapi tak betul .. menangis depan aku .. huh , kesian3x tapi aku yang merungut pun dah macam orang tak cukup wayar juga .. lebih baik aku sambung kerja " ujar pakcik tersebut merangkap ayah Ilham sambil mengeleng kepala .
YOU ARE READING
Cinta Yang Terlarang
RomanceCinta yang dibina antara Dhia Qistina dan Tengku Fathin terputus gara2 satu tragedi yang tidak disangka dimana ia telah memusnahkan impian Fathin dan Dhia untuk bersama . Namun ... disaat Amirul melafazkan akad terhadap Dhia satu peristiwa yang me...