Dhia yang mendapat pangilan daripada adik Fathin yang mengatakan Fathin terlibat dalam kemalangan pantas ke hospital .
" Apa jadi pada abang Fath Sofea ? " soal Dhia sebaik sahaja sampai di hospital .
Sofea tidak membalas sebaiknya cuma memeluk Dhia sambil menangis tersedu-sedu .
"Kenapa ni sofea ? "
"Abang ... abang kak .. dia dah tak ada !!! " tersedu-sedu Sofea menutur ayat.
"What ?? Tak mungkin ... " jerit Dhia sebelum semuanya gelap gelita ..Apabila Dhia membuka matanya .. tempat tersebut begitu asing baginya,Dhia cuba mengingati semuanya dan .. dia kat hospital tadi .. yes, itu adalah hospital dan dengan perlahan-lahan Dhia melihat sekeliling sebelum fikirannya teringat akan Fathin .
Dengan pantas Dhia bangkit dari katil yang menempatkannya namun tangannya seolah-olah telah tersangkut pada sesuatu dan apabila Dhia memandang dia melihat tangannya berselirat dengan wayar dan tanpa membuang masa Dhia mencabut wayar tersebut dan berlari keluar dari hospital berkenaan dengan satu tujuan yang dia sendiri tak pasti .
Siapa yang membawanya ke wad hospital juga Dhia tidak ambil kisah kerana fikirannya cuma Fathin dan Fathin namun dia buntu dengan situasi tersebut .. kenapa Fathin ..
"Fathin .........." laung Dhia kuat sehingga memecahkan keheningan di tasik hospital tersebut
Seorang lelaki yang merupakan sahabat baik Fathin melihat Dhia yang menangis tersedu-sedu dibirai tasik sambil memanggil nama Fathin berasa kasihan pada gadis malang tersebut ... memang dia juga berasa kehilangan atas berita kereta yang dinaiki Fathin terlibat dalam kemalangan namun dia cuba untuk tidak menunjukkan dia lemah .Amirul cuba menghampiri Dhia dan memegang bahu gadis tersebut
"Saya tahu awk sedih but awak kena kuat ... demi Fathin walaupun ... " Amirul cuba menutur ayat namun dia gagal menghabiskan ayat tersebut
"Walaupun apa ? Awak siapa ?? " tutur Dhia yang masih tersedu-sedu
"Saya Arul, kawan ..... "dibiarkan ayatnya tergantung sebelum amirul mengeluh lemah
Dhia cuma merenung lelaki tersebut sebelum mengangguk. Dhia tahu nama Arul pernah diberitahu Fathin semasa Fathin ad disisi Dhia dulu .. mungkin dia Arul uang dimaksudkan lelaki tadi . Baru Amirul cuba untuk membuka mulut, telefon dalam poketnya berbunyi
"Hello "
"Hello abang Arul , datang ke hospital skrang , mayat arwah abang sudah dapat dikenal pasti tapi ..... " sofea tidak dapat menghabiskan ayatnya cuma mampu menangis sahaja
"Baik , abang datang sekarang"
Tanpa membuang masa pantas Amirul mengorak langkah menuju ke hospital namun langkahnya terhenti apabila Dhia menhalang.
"Awak nak kemana ? Ada khabar dari Fathin ke pangilan tadi ? " bertalu-talu Dhia menyoal inginkan kepastian
Amirul tidak menjawab sebaliknya cuma menganguk sahaja ..
"Fathin mcam mana ? Dia ok kan? " soal Dhia lagi penuh harapan
"Ermm .. ikut saya dan awk akan jumpa Fathin nanti " dengan perlahan Amirul menuturkan ayat
Tanpa banyak bicara .. Dhia cuma melangkah mengikut Amirul ke tempat yang bakal menemukan dia dengan Fathin .. Dhia tersenyum bahagia .. akhirnya doa dia termakbul .. Fathin masih hidup ..
Note: maaf typo ckit bab 6 dan 7 ni masa riin terbit mula2 .. asalnya tu adalah citew yg riin nk buat tp bila tkar blik idea lupa nk delete bhagian tu .. hehe
YOU ARE READING
Cinta Yang Terlarang
عاطفيةCinta yang dibina antara Dhia Qistina dan Tengku Fathin terputus gara2 satu tragedi yang tidak disangka dimana ia telah memusnahkan impian Fathin dan Dhia untuk bersama . Namun ... disaat Amirul melafazkan akad terhadap Dhia satu peristiwa yang me...