"Aku terima nikahnya Nur Dhia Qistina binti Muhammad Fakhri dengan mas kahwin Rm1000 ringgit tunai "
Dengan lancar Amirul melafaz akad didepan tok iman dan dengan itu maka sah lah Dhia dan Amirul sebagai suami isteri .
Dhia mengeluh perlahan . Airmatanya tidak mampu mengalir lagi dan akhirnya Dhia pasrah dengan takdir hidupnya ..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Setelah hampir setahun Fathin tinggal dikampung Umairah,kini dia mula selesa dan mampu menjalani kehidupan seperti biasa meskipun dia tidak mampu mengingati siapa dirinya dan apa yang terjadi padanya. Kebaikkan keluarga Umairah menjaga dan merawatnya membuatkan Fathin nyaman tinggal dikampung tersebut.
"Lar ... kat sini rupanya awak Fathin"
Suara lembut Umairah memyedarkan Fathin dari lamunan ...
"Ohh ... Umairah , maaf saya bosan asyik terperap kat rumah macam anak dara so saya keluar lah tengok pemandangan kat sini ... cantik !! "Puji Fathin ikhlas dari hati .
Umairah cuma tersenyum kearah Fathin yang masih memandang air sungai yang mengalir .Umairah masih teringat kejadian sewaktu Umairah terjumpa lelaki tersebut dalam keadaan berlumuran darah di dalam hutan berhampiran rumahnya. Sangkanya lelaki tersebut sudah meninggal kerana keadaan dirinya yang amat parah ketika itu namun takdir Allah tiada siapa yang menduga Fathin akhirnya selamat ..cuma ingatannya belum pulih sepenuhnya , itu yang membuatkan Umairah dan keluarga menghulurkan bantuan kepada lelaki tersebut kerana tiada maklumat yang diperolehi melainkan kad pengenalan lelaki tersebut . Tiada apa-apa maklumat keluarga yang membolehkan Umairah mengesan keluarga lelaki tersebut dan pernah Umairah cuba meminta bantuan sahabatnya yang berada di Kuala Lumpur untuk mencari alamat rumah yang tentera di kad pengenalan milik lelaki tersebut namun hampa apabila tempat tersebut terlalu banyak kawasan perumahan menyebabkan harapannya untuk mengesan waris lelaki tersebut gagal dan sebab itulah Umairah membuat keputusan untuk menjaga lelaki tersebut sehingga pulih.
"Umairah ooo umairah !! " panggil Fathin sambil melambai-lambai tangan dihadapan muka Umairah .
Umairah terus tersedar dari lamunan panjangnya .. pantas dia menyorok muka kerana malu Fathin melihat dirinya yang telah melayang ke alam mana .
"Jauh ke awak pergi ? Dah sampai kemana ? " soal Fathin sambil tersenyum
"Errr ... ma ..mana ada lah , ermm .. jom balik " ajak Umairah sambil menukar topik utama
"Eleh , malu lah tu sebab tu tukar topik ajak kita balik " Fathin terus menyakat Umairah . Comel bila melihat kulit Umairah yang merah menahan malu.
Umairah tidak menjawab sebaliknya cuma menjeling ke arah Fathin yang masih tersenyum . Umairah cuba bangun dan berjalan balik ke rumah namun kakinya tersilap memijak batu sungai yang licin dan hampir tersungkur jatuh namun tindakan pantas Fathin telah membuatkan Umairah terjatuh keatas pangkuannya.
"Ya Allah , apa korang buat ni ? " terjah Ilham yang datang tiba-tiba ditempat tersebut
Umairah pantas meleraikan pelukannya pada tubuh sasa milik Fathin sebelum cuba seimbangkan diri .
"Eh, kau jantan ! Kau datang sini tanpa tahu usul asal senang-senang cuba nak goda Umairah yea ? Dasar tak tahu malu langsung !! Datang menumpang kampung orang pun masih nak mengatal dengan kekasih orang " maki Ilham lantang kepada Fathin yang masih berdiri disebelah Umairah .
"Ilham, awak ni dah kenapa ? Sejak bila saya jadi kekasih awak dan apa hak awak nak hina orang ? Kita semua sama je dan kampung ni bukan milik awak dan penduduk kampung ni je tapi milik kita semua dan Fathin bukan sengaja sentuh atau cuba nak goda saya , dia cuba selamatkan saya dari terjatuh !! Awak tak tahu pangkal cerita tapi awak tuduh orang lain macam-macam .. ishhh !! " Marah Umairah sambil membela Fathin
"Umairah , awak tahu saya cintakan awak kan !! Saya tak suka tengok awak rapat dengan lelaki lain . "
"Ilham, saya cuma anggap awak tak lebih dari seorang abang je!! hrmmm, Fathin jom balik " Umairah menarik tangan Fathin berlalu meninggalkan Ilham yang masih disitu .
YOU ARE READING
Cinta Yang Terlarang
RomanceCinta yang dibina antara Dhia Qistina dan Tengku Fathin terputus gara2 satu tragedi yang tidak disangka dimana ia telah memusnahkan impian Fathin dan Dhia untuk bersama . Namun ... disaat Amirul melafazkan akad terhadap Dhia satu peristiwa yang me...