"Umairah ...saya minta maaf "
"Maaf ? Untuk apa ? " soal Umairah pelik
"Pasal tadi .. awak gaduh dengan Ilham sebab saya !"
"Ohh" Umairah terkekeh ketawa mendengar ucapan maaf dari Fathin .
"Kenapa awak ketawa ?? "
"Nothing, anggap je apa saya buat tadi sebab nak balas jasa baik awak selamatkan saya dari tercium batu kat sungai tadi "
Fathin mengaru kepala sebelum tersenyum kearah Umairah .
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Arul, Dhia .. maaf kalau mak tanya tapi bila kamu nak dapat anak ? Mak dan abah semakin tua .. kalau boleh, sebelum menutup mata .. kami nak juga merasa ada cucu " komen ibu Amirul pada suatu hari .
Amirul memandang wajah Dhia yang masih dalam keadaan serba salah
"Belum ada rezeki lagi mak .. insyaallah kalau rezeki dapat lah mak merasa cucu nanti " ujar Amirul menutup hal sebenar diatas perkahwinannya.
"Betul ke ? Ke Dhia tak boleh mengandung ? " pertanyaan ibu Amirul memberi satu sentakan buat Dhia . Dia tidak mandul cuma ... perkahwinan tersebut dibina bukan atas dasar suka tapi demi keselamatan pusaka papanya ."Ish, apa mak cakap ni ? "
"Dah tu, hampir setahun dah kamu bernikah tapi tanda pun tak nampak " komen ibu Amirul lagi .
"Insyaallah mak , Dhia janji akan bagi abang Arul zuriat cuma sekarang rezeki kami masih tiada lagi mak .. Dhia normal mak , Dhia bukan mandul " ucap Dhia perlahan sambil membela dirinya . Namun Dhia tidak tahu samaada dia boleh menunaikan apa yang dicakapkan atau tidak .
"Bagus lah kalau Dhia tak mandul !! Mak bukan apa , Arul cuma satu-satunya anak mak .. kalau Arul tak mampu bagi mak cucu , sape lagi yang nak bagi ! "Ujar puan Khairani sambil memandang kearah Dhia yang tertunduk memandang lantai.
Tidak terniat pun dihatinya untuk menyakiti hati menantunya namun hati tuanya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan isteri anaknya .
Dhia cuma tersenyum memandang ibu mertuanya sebelum anak matanya jatuh pada anak mata Amirul.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Dhia , kenapa awak memberi mak saya harapan padahal awak tahu untuk kita dapat anak itu mustahil sedangkan awak sendiri pun saya tak pernah sentuh " ujar Amirul kepada Dhia yang sedang termenung dibalkoni didalam bilik mereka .
Dhia tidak membalas kata-kata daripada suaminya yang tak pernah dianggap . Memang benar Dhia tidak membenarkan Amirul menyentuh dirinya dari malam pertama perkahwinan mereka lagi.
"Dhia, awak sendiri tahu bahawa harapan tersebut tak akan pernah menjadi kenyataan but ... kenapa bagi mak saya harapan Dhia ? Tolong jangan pentingkan diri sendiri sampai orang lain terluka . Cukuplah saya seorang je yang mengetahui hakikat sebenar menjadi suami yang tak pernah diangap tapi saya tak pernah menyesal sebab saya sedar batas saya sebab kita berkahwin cuma atas dasar wasiat papa awak je " Amirul melepas keluhan berat sebelum meninggalkan Dhia keseorangan disitu.
Walaupun mereka berkahwin bukan atas dasar cinta namun perkahwinan mereka sah dan sebagai suami , sudah semestinya dia ingin merasa cinta dan sayang dari seorang isteri . Sudah pelbagai usaha yang dia lakukan untuk mendapatkan hati isterinya namun apa yang dapat adalah cinta Dhia tetap untuk Fathin.Amirul melepaskan keluhannya lagi sambil memandang Dhia yang sedang termenung sebelum berlalu dari bilik tersebut .
Dhia termenung seorang diri didalam kepekatan malam sambil teringat kembali kata-kata suaminya bahawa dia pentingkan diri sendiri.
"Adakah aku pentingkan diri sendiri ? Hmmm .. Fathin kenapa susah untuk aku lupakan kau Fathin " Dhia bermonolog sendiri sebelum meramas mukanya untuk kesekian kali .
Xxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Arul, maafkan saya .. saya janji akan cuba buang perasaan sayang pada Fathin dan cuba mencintai awak Arul ..but tolong saya lupakan Fathin dengan kasih sayang awak "ujar Dhia sambil menyentuh lengan suaminya yang sedang termenung didalam bilik kerjanya .
Amirul memandang Dhia sebelum mengaut mukanya .
"Maafkan saya Dhia, saya terlampau mendesak awak untuk mencintai saya sedangkan kita pernah berjanji sebelum berkahwin bahawa awak ...... "
Belum pun sempat Amirul menghabiskan ayatnya Dhia pantas meletakkan jarinya dibibir Amirul
"Saya yang buta selama ni , maafkan saya kerana terlalu ikutkan hati mencintai orang yang sudah pergi selamanya dari hidup saya.. terima kasih sebab sedarkan saya , memang benar kata awak , saya selfish .. suami saya yang sepatutnya saya cintai saya tolak ketepi .. maafkan saya !!! " Dhia mula sedar akan kesilapannya memohon maaf pada lelaki yang telah banyak membantu dirinya .
"Awak tak pernah pon buat silap Dhia, saya yang silap kerana jatuh cinta pada awak "
Dhia tersenyum memandang suaminya sebelum memegang tangan lelaki tersebut .
"Kita bina hidup baru dan ajar saya untuk mencintai awak , boleh tak ? " ujar Dhia sambil merenung mata suaminya.
Amirul membalas renungan Dhia sebelum menganguk perlahan.
"Terima kasih Ya Allah, kau berikan Dhia kesedaran untuk mencintai aku ! " penuh syukur Amirul melafazkan didalam hatinya .
Dhia tersenyum sebelum memeluk spontan suaminya . Amirul yang terkejut dengan tindakan Dhia cuma membiarkan saja Dhia memeluk dirinya kerana sungguh nyaman bila rasa diri dipeluk manja oleh isteri sendiri .
YOU ARE READING
Cinta Yang Terlarang
RomanceCinta yang dibina antara Dhia Qistina dan Tengku Fathin terputus gara2 satu tragedi yang tidak disangka dimana ia telah memusnahkan impian Fathin dan Dhia untuk bersama . Namun ... disaat Amirul melafazkan akad terhadap Dhia satu peristiwa yang me...