BAB 23

205 1 0
                                    

"Fathin ..... anak mama " tanpa membuang masa Datin Hanis terus meluru kearah Fathin sambil memeluk erat anaknya .

  Fathin menolak lembut pelukan Datin Hanis sambil memandang penuh tanda tanya .

  "Maaf, mak cik siapa ? " tanya Fathin keliru .

  "Ni mama sayang .. mama "

  "Mama ? "

"Abang .. Fathin tak kenal Nis bang ? " soal Datin Hanis kepada suami nya .

  Tanpa banyak bicara Datuk  Farhan menarik lengan isterinya ke suatu tempat tertutup .

  "Kenapa abang tarik saya ? "

  "Nis, awak dengar sini.. Fathin lupa akan asal usul dia .. tapi Alhamdulillah dia masih selamat "

"Dia kemana selama ni ? "

"Nis nampak tak perempuan yang ada dengan dia tadi "

Datin Hanis tidak menjawab sebaliknya menganguk.

"Keluarga gadis tu yang selamatkan anak kita dan gadis tu juga isteri anak kita .. mereka dah lama kahwin dan sekarang isteri dia dah mengandung " terang Datuk Farhan panjang lebar

  "Tapi ... "

"Dah lah Nis .. semua dah tak penting sekarang ..apa yang penting cuma satu .. kembalikan ingatan anak kita "

  Datin Hanis cuma menganguk seraya berjalan kearah Umairah dan Fathin.

Xxxxxxxxxxxxx

"Assalamualaikum datuk "

"Wa'alaikummusalam , eh, Arul masuk lah "

Tanpa menunggu lama Amirul pantas berjalan masuk kedalam rumah milik Datuk Farhan .

   "Datuk .. ni DNA test keatas mayat dan report nmo sudah disesuaikan dengan DNA datuk " ujar Amirul panjang lebar .

   Datuk Farhan.membuka sampul kuning tersebut .

  "Ya Allah .. Nis tengok .. mayat yabg dijumpai tu bukan milik anak kita . Tengok ni " Datuk Farham menghulurkan sampul tersebut kepada isterinya .

  Datin Hanis menyambut dan melihat isi kandungannya .

  "Alhamdulilah .. saya pun yakin bahawa ini anak kita "

  Amirul tersenyum hampa .. bukan dia bermaksud tidak bahagia dengan berita yang baru didengarnya tapiu hatinya tidak tenang .

  "Ya Allah, semoga cinta Dhia selalu untukku dan semoga dia melupai kenangannya dahulu . "

"Sayang .. mereka ni siapa ? Apa yang terjadi sebenarnya ? " soal Fathin pelik

  Amirul terkejut apabila mendengar suara Fathin .

  "Datuk , Fathin ada sini ke ?"

Datuk Farhan menganguk seraya tersenyum .

"Mereka itu keluarga abang .. abang masih tak ingat ? "

Fathin cuma mengeleng dan memandang Amirul yang menghampirinya .
 

  "Fath, kau masih hidup " Amirul meluru mendapatkan Fathin .

"Kau .. kau siapa ? " soal Fathin lagi "sayang, ni siapa ? "

"Mairah tak tahu abang .. mungkin kawan abang " jawab Umairah acu tak acu . "Encik kawan abang Fathin ke ? " soal Umairah kepada Amirul .

  "Ya .. saya Amirul .. Fath ni aku Arul .. kau tak kenal aku eh or kau buat-buat tak kenal ?" Amirul seraya bergurau seperti biasa lalu memukul kepala Fathin kerana dianggap Fathin bergurau .

  Umairah terkejut dengan tindakan Amirul pantas menepis kasar tangan Amirul yang masih mengetuk kepala Fathin walaupun telah dihalang oleh Fathin .

  Tindakan Umairah menyebabkan Amirul menarik kasar tangannya sehingga menyebabkan Fathin bergerak kebelakang .

  Fathin cuba seimbangkan badannya dan berdiri memegang kolar baju Amirul erat .

  "Aku tak tahu kau siapa dan meskipun aku kawan kau .. apa hak kau nak sentuh aku ? " ujar Fathin marah apabila dirinya hampir jatuh akibat tempisan Amirul .
 

"Abang .. jangan macam ni .. dia tak tahu abang tak ingat tentang masa lalu abang " Umairah cuba meleraikan pergaduhan antara mereka .

  "Oit, Fathin kau jangan lebih-lebih .. aku minta maaf .. aku betul-betul tak tahu kau hilang ingatan "

"Dah lah , Umairah jom balik rumah kita "

Fathin menolak Amirul kasar dan menarik Umairah keluar dari rumah tersebut.

Datin Hanis dan Datuk Farhan yang mendengan kekecoh pantas berlari menuju ke bilik Fathin .

"Apa yang dah berlaku ? " soal Datin Hanis .

  "Saya nak balik kampung saya " tanpa menunggu tindak balas Datin Hanis , Fathin berlalu meninggalkan bilik tersebut .

Cinta Yang TerlarangWhere stories live. Discover now