"Doktor , macam mana isteri saya ? " soal Fathin apabila melihat doktor tersebut keluar dari bilik tempat rawatan Umairah .
"Isteri !! " soal datuk Farhan pelik .
"Alhamdulillah, isteri awak tak apa-apa cuma ada sedikit lebam dibahagian kepalanya tapi tidak berapa serius dan insyallah 2 or 3 hari lagi dia akan ok ! " ujar doktor tersebut sambil tersenyum .
"Tapi kenapa ada darah yang keluar tadi ? " soal Fathin tidak puas hati .
"Ohh, encik jangan bimbang .. pendarahan isteri encik dah dapat dihentikan .. nasib baik kamu cepat smpai sebab kalau terlewat beberapa minit sahaja lagi mungkin bayi dalam kandungan isteri encik akan meninggal dan saya nak nasihatkan supaya jaga isteri kamu baik-baik sebab kandungannya masih di peringkat awal lagi "
"Isteri saya mengandung ? " ujar Fathin tidak percaya .
"Ya , mengikut pengiraan sudah 2 bulan kandungan isteri kamu " jawab doktor itu lagi meskipun agak pelik dengan soalan Fathin
"Doc, boleh saya jumpa isteri saya "
Doktor tersebut cuma menganguk sambil tersenyum .
Fathin meluru masuk ke bilik Umairah dan pantas mendapatkan isterinya . Pak mat dan puan Aina tersenyum mendengar khabar anak mereka selamat dan berita tentang kehamailan anaknya cuma datuk Farhan yang masih keliru dengan situasi tersebut .
Xxxxxxxxxxxxxxx
"Maaf kalau saya tanya tapi betul ke apa yang saya dengar ? " tanya Datuk Farhan pelik .
"Itulah yang cuba saya katakan tadi , Umairah dan Fathin sudah berkahwin 4 bulan lalu " ujar Encik Muhammad per lahan .
"Tapi saya tak tahu pun ! Macam mana boleh berkahwin ? "
"Panjang ceritanya .. tapi apa yang boleh saya cakap mereka diperangkap " ujar Encik Muhammad lagi .
Xxxxxxxxxxxxxxx
"Sayang , kenapa boleh jadi macam ni ? " tanya Fathin risau .
"Mairah tak tahu bang, cuma apa yang Mairah rasa kepala Mairah dipukul dari belakang dan lepas tu Mairah tak ingat apa-apa " terang Umairah panjang lebar kepada suaminya .
"Pukul ? Siapa ? " ujar Fathin sambil memegang dagu .
"Entah "
"So sayang ok tak sekarang ni ? "
"Mairah okey lah abang ! " senyuman penuh ikhlas dihadiahkan kepada suami tersayang .
"Sayang .. kenapa tak bagitahu abang ... "
"Bagitahu apa bang ? " soal Umairah pelik
"Tak mungkin sayang tak tahu ? " soal Fathin kembali
Umairah cuma mengangkat bahi tanda tidak tahu .
Fathin pura-pura berfikir sebelum merapatkan dirinya ketempat Umairah .
"Sayang .. kenapa sayang rahsiakan benda ni dari abang ? " tanya Fathin sambil membuat muka sedih .
"Mairah betul-betul tak faham .. apa maksud abang ? " soal Umairah yang sedikit gelabah dengan perubahan suaminya.
"Kenapa sayang tak bagitahu abang yang sayang ada orang ketiga dalam hidup sayang selain abang ? "
"Tak abang , Mairah tak ada siapa-siapa pun selain abang .. mana ada orang ketiga dalam hidup Mairah lah abang ! " jelas Mairah tegas .
"Mairah tipu ! " pantas Fathin berpaling pura-pura hendak keluar .
"Abang .. sumpah bang .. tiada sesiapa pun dihati Mairah selain abang .. cuma abang dan hanta abang yang Mairah cintai " tutur Umairah sayu sambil memandang suaminya .
"Terima kasih sayang " pantas satu kucupan singgah didahi Umairah .
"Tapi ... "
Fathin cuma tersenyum kearah isterinya sambil memegang perut Umairah walaupun kandungannya belum besar lagi .
Umairah agak pelik dengan perangai Fathin .
"Abang .. Mairah tak cu ... "
Belum sempat Umairah habiskan ayatnya pantas jari Fathin singgah dibibir Umairah .
"Abang tahu sayang " ujar Fathin lembut
"Tapi tadi abang cakap Mairah ada orang ke-3 .. siapa yang cakap ? " soal Umairah tidak puas hati .
"Doktor !! " ujar Fathin lagi ."Doktor ??? " tanya Umairah tidak percaya .
"Iya .. doktor cakap tadi ! "
"Siapa doktor tu ..Mairah nak tanya dia nampak kat mana . "
"Tak perlu tanya doktor .. tanya abang pun dah tahu , abang dah nampak "
"Maksud abang ? "
"Sini sayang ... mulai hari ini kita akan ada orang ketiga dalam hidup kita " ujar Fathin sambil meletakkan tangannya diperut Umairah .
"Maksud abang ... " ujar Umairah teruja bercampur terkejut .
"Umairah mengandung .. dah 2 bulan " ujar Fathin sambil tersenyum
"But ... tak kan sayang tak tahu yang sayang mengandung? " soal Fathin lagi pelik ."Tak " ujar Umairah sambil tersenyum .
YOU ARE READING
Cinta Yang Terlarang
RomanceCinta yang dibina antara Dhia Qistina dan Tengku Fathin terputus gara2 satu tragedi yang tidak disangka dimana ia telah memusnahkan impian Fathin dan Dhia untuk bersama . Namun ... disaat Amirul melafazkan akad terhadap Dhia satu peristiwa yang me...